Blogger Layouts

I made this widget at MyFlashFetish.com.

zikrullah n doa

Sabtu, 5 Mac 2011

SEMANIS KASIH SEHANGAT CINTA~

Zaman remaja merupakan saat-saat yang paling menduga keimanan. Zaman remaja inilah zaman yang sinonim dengan zaman bercinta. Saat- saat bercinta inilah membuatkan seseorang itu merasakan amat bahagia. Membuatkan seseorang itu sentiasa tersenyum ceria. Ketika hangat bercinta inilah segala-galanya indah belaka. Mereka yang sedang bercinta merasakan dunia ini hanya milik mereka berdua, tidak menghiraukan orang lain, malah ada yang sanggup membuang ibu bapa, sanak saudara, malah ada yang sanggup membuang agama kerana cinta.

Ketika hangat bercinta inilah sayang terhadap sang kekasih meluap-luap. Rindu akan kekasih hati setiap saat. Sehari dirasakan seperti setahun lamanya. Terungkailah kata-kata cinta. Terlafazlah janji setia sehidup semati. Ketika ini bila ditanya, indahkan bercinta itu? Sudah pastilah indah bagi mereka.
Saat-saat bercinta inilah semuanya indah. Semua yang buruk dipandang cantik, mana yang salah dipandang betul. Semuanya hanyalah kerana cinta, kasih dan sayang. Apabila cinta diakhiri dengan kemusnahan, maka manusia itu akan menyalahkan takdir. Mereka tidak mahu melihat kesilapan diri sendiri. Adakah cinta mereka itu kerana Allah atau kerana nafsu?
Sudahkah cukup cinta kita kepada Allah pencipta kita? Sebelum kita mencintai hamba yang diciptakan oleh Allah. Sudah cukupkan cinta kita kepada Allah sebelum kita mengalihkan cinta kita kepada manusia? Sudah terbalaskah cinta yang Allah berikan kepada kita?
Kejarlah cinta kepada Allah, nescaya cinta kepada manusia akan datang menyusul. Serahkanlah cintamu sepenuhnya kepada Allah kerana cinta Allah kekal abadi. Bagaimana kita ingin menghangatkan cinta kita kepada Allah? Lihatlah mereka yang sedang di lamun cinta dengan kekasih mereka. Begitulah kisahnya jika kita ingin menghangatkan cinta kita kepada Allah.
Bagi mereka yang bercinta, setiap saat menanti-nantikan sms, e-mail mahupun surat dari si ‘dia’. Apabila sudah diperolehi, maka akan di baca berulang-ulang kali, akan di dakap, akan di hayati setiap patah perkataan, akan difahami makna setiap ayat yang dikirimkan akar apa yang dikirimkan sampai ke hati sanubari. Begitulah hakikat insan yang sedang bercinta dengan kekasihnya.

Orang yang sedang bercinta juga akan sentiasa teringat akan si ‘dia’. Ingatan terhadap kekasih mereka tidak pernah padam. Sentiasa di ingatan tidak kira di mana sahaja. Bagi mereka juga semua yang dilakukan hendaklah sempurna di mata kekasihnya. Mereka tidak mahu melakukan sedikit pun kesalahan kerana takut kekasih mereka akan marah dan meretakkan hubungan mereka.
Rindu merindu juga menjadi satu kelaziman kepada pasangan yang bercinta. Sentiasa merindui pasangan masing-masing. Sehari dirasakan bagai setahun lamanya. Rasa ingin berjumpa sentiasa dan bila berjumpa pelbagai perkara harus di jaga. Penampilan amat penting dan akan memastikan penampilan semasa berjumpa dengan paasangan mereka sentiasa kemas, bersih dan menawan.

Inilah jawapan bagaimana cinta kita kepada Allah. adakah cinta kita kepada Allah sehangat cinta kepada manusia? Kita susur kembali percintaan kita dengan Allah. Allah telah memberikan kita 114 warkah surat cinta. Jika kita sedang hangat bercinta dengan Allah, maka akan habislah 114 warkah surat itu kita baca dan akan diulang-ulang membacanya tanpa jemu. Setiap baik kata-kata akan di teliti dan setiap ayat akan di fahami pengertiannya agar al-Quran yang diturunkan sebagai ayat-ayat cinta Allah menjadi pegangan kita.

Begitu juga halnya dengan sentiasa mengingati Allah. Zikir tidak akan penah lekang dari bibir mereka yang sedang hangat bercinta. Segala sesuatu akan dipandang mengunakan mata hati, tidak melalui mata kasar. Semua yang dilihat mengingatkan mereka kepada Allah. Apa sahaja yang dilakukan mestilah sempurna agar kemurkaan Allah tidak menimpa mereka. Sesungguhnya mereka yang sedang hangat bercinta dengan Allah amat takut melakukan sedikit pun kesalahan.
Rindu merindu juga menjadi perkara yang wajib kepada insan yang sedang hangat bercinta dengan Allah. Mereka merasakan ingin bertemu sentiasa. Solat lima waktu tidak cukup dirasakan untuk bertemu Allah. Solat-solat sunat akan ditambah, qiamullail menjadi kewajiban kerana rindu untuk bertemu dengan Allah.

Penampilan juga akan dijaga tatkala bertemu dengan Allah. sebelum solat hendaklah bersih dan kemas. Pakaian solat hendaklah sentiasa bersih serta memakai wangi-wangian. Apabila berjumpa pula, hatinya hendalah sepenuh perhatian kepada Allah. Ketika solat sepenuhnya hati kepada Allah, tidak mengingati selain Allah, menyembah, sujud kepada Allah.
Adakah cinta kita sehangat ini? Seperti ahli sufi yang terkenal Rabiatul Adawiyah yang menolak cinta dunia kerana takut tergugat cintanya kepada Allah.
Berapa kalikah kita membaca al-Quran? Adakah kita menghayatinya? Adakah kita mengkajinya? Bagaimana pula zikir kita kepada Allah? Adakah hanya berzikir selepas solat sudah memadai? Adakah kita sentiasa menjaga perintah dan larangan Allah? Adakah cukup solat 5 waktu untuk menghilangkan rindu kepada Allah? Sepenuh hatikah solat kita?

Semua ini perlulah ditanya kepada diri kita sendiri bagi menganalisis diri kita. Adakah kita mencintai Allah lebih dari segalanya ataupun mencintai makhluk Allah melebihi Allah? manakah yang lebih kita igaukan? Siapakah yang lebih dirindui? Bila ditanya adakah kita mencintai Allah? Sudah semestinya kita akan menjawab ya. Tapi bagaimana pula jika ditanya hangatkah cinta kita kepada Allah?
Hangatkan cinta kita jika hanya membaca ayat-ayat cinta Allah sehari sekali? Hangatkah cinta kita jika hanya solat 5 kali sehari? Hangatkah cinta kita jika berjumpa sekadar melepaskan tanggungjawab? Hangatkan cinta hanya berzikir selepas solat?

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...