Blogger Layouts

I made this widget at MyFlashFetish.com.

zikrullah n doa

Jumaat, 22 April 2011

Renungan Buat Insan Bergelar Muslimah

Wahai sahabat, cinta itu bukan membiarkan diri untuk disakiti mahupun untuk dikhianati!

Kerap kali kita dengar cinta memerlukan pengorbanan. Namun, adakah pengorbanan itu adalah mengorbankan diri? Merelakan maruah dipijak? Diri diekploitasi? Diri disakiti? Pasti tidak kan..Cinta yang sejati tidak akan memaksa kita untuk menyakiti diri sendiri, tidak akan membiarkan kita untukmenangis dan diperlakukan sesuka hati. Lalu, ayuh kita muhasabah diri, apakah cinta yang sedang kita pertahankan sekarang adalah cinta sejati, jika tidak, maka jom kita tinggalkan cinta itu!

Wahai wanita, sedarilah lelaki yang menyentuhmu sebelum masanya adalah lelaki yang telah menghina kamu sebagai wanita!

Cinta memang perlukan bukti..perlukan tanda..namun bukan semestinya dengan pujuk rayu, peluk cium mahupun setakat kata-kata manis. Sedarilah..lelaki yang punya cinta sejati tidak akan mengheret kita ke lembah hina, tidak akan membawa kita pada jalan kemungkaran. Katakan pada mereka, aku tidak perlu kata-kata manis..aku tidak perlu sms mendayu-dayu..aku tidak perlu janji setia..namun aku perlu pemimpin sejati yang bisa mengimani solatku..suami yang mampu setia padaku dan bakal ayah yang bertanggungjawab pada anak-anakku. Lalu bagaimana bisa lelaki yang tidak mampu menjaga solatnya..tidak mampu menjaga dirinya dari maksiat itu berupaya untuk menjadi suami yang boleh membawa kita ke syurga?

Sesungguhnya Islam meraikan fitrah kita untuk sayang dan menyayangi..cinta dan mencintai..namun kitalah yang selalu mencemarkan fitrah yang suci itu dengan perbuatan-perbuatan kotor kita.

Yakin dengan janji Allah..

Wanita yang baik, untuk lelaki yang baik, wanita yang jahat untuk lelaki yang jahat. Ingatan ini untuk diri saya dan buat sahabat-sahabat juga.. Mengapa sangsi dengan janji Allah? Sedangkan Allah itu tidak pernah memungkiri janjinya. Sedangkan Allah itu Maha Mengetahui segala isi hati.

Jika kita masih mencari cinta sejati, jangan berputus asa. Jika sering bertemu dengan cinta yang tidak sejati dalam hidup ini, maka semaklah diri kita. Kerana diri kita, sikap kita dan perwatakan kita masih belum membolehkan diri kita untuk bertemu dengan "Toyyibin"(lelaki yang baik) kita. Jangan gusar soal jodoh..tapi gusarlah andai kita masih belum menjadi wanita yang baik..

Memang tidak dapat kita nafikan, ada kala letih diri, kecewa melanda, sedih bertamu dalam meniti pencarian cinta sejati. Namun, lontarkan segala resah dan kecewa itu pada Allah..kerana sesungguhnya cinta dan sayang itu milik-Nya dan Dia jua yang mampu mencampakkan cinta dan sayang itu dalam hati manusia.

 
Wahai sahabat,

Tiada yang lebih indah dari cinta Allah, tiada yang lebih nikmat dari mendapat redha Allah..jika cinta dan redha Allah mampu kita raih, pasti kita tak kisah pun dengan cinta dan redha manusia. Moga Allah cinta dan redha pada kita! amin ya Rabb....
.

Amanah pesonanya wajah

Hayati sekilas bait ini;


"Indahnya wajah, bukan demi dosa.
Bukan juga untuk meremuk hati insan.
Tapi, untuk sujud pada tuhan."

 Seringkali berlaku, manusia yang dikurniakan nikmat hensem/cantik acapkali alpa lantaran mudahnya mendapatkan cinta insan. Bertukar-tukar pasangan, mempermain-mainkan perasaan insan lalu lalai dalam hanyutan cinta yang akan fana juga.

 Insafilah insan, bahawa nikmat yang diberi Allah akan dihitungkira kelak. Baik atau buruknya, pahala atau dosa lalu syurga atau neraka. Wajah yang indah adalah nikmat yang patut disyukuri, bukan dikufuri. Apa yang mampu dijawab di hadapan mahkamah Allah nanti jikalau keindahan wajah digunakan bagi merosakkan ketenteraman hati manusia lain.

 Meskipun, godaan perasaan kasih sayang yang kadangkala manis terasa walau ia tenggelam dalam kekaburan noda telah menerjah relung hati, akal yang berpaksi pada iman tidak harus mati. Bukankah kita boleh menyaksikan melalui mata hati, mana satukah cinta yang harus dipandang tinggi. Mana yang lebih penting, perasaan manusia biasa ataupun perasaan Allah taala?

 Lihatlah kisah nabi Yusuf a.s, Abu Bakar al-Misk dan lelaki penjual kipas bulu yang tidak menyalahgunakan nikmat pesonanya wajah malah mampu menepis himpitan nafsu yang bukan sembarangan hebatnya.

 Cinta itu dari ilahi, lantas secara logiknya bagaimanakah mungkin para penjenayah cinta iaitu pelaku maksiat berkemungkinan memperoleh nikmat sebenar cinta sejati? Sucikan cinta kita dengan tariqat taubat, wangikan ia dengan malu dan cantikkan ia dengan ikhlas.

InsyaAllah, cinta itu akan suci..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...