Blogger Layouts

I made this widget at MyFlashFetish.com.

zikrullah n doa

Selasa, 10 Mei 2011

DICIPTA - HALAQAH SENTUHAN QALBU

Wahai Hamba Allah...
Allah ciptakan manusia ini untuk beribadat kepadaNya..
Nikmat yg diberikan oleh Allah SWT adalah untuk digunakan
mengabdikan diri kepada Allah SWT...
Sebagai manusia yang kerdil, kita hendaklah sentiasa bermuhasabah diri..
Seharusnya kita bertanya kepada diri..
Adakah selama ini hubungan kita dengan Allah mantap?
Jika kita menjaga hubungan baik dengan Allah, bersyukurlah dan sentiasalah
menjadi hamba yg beriman sehingga titik akhir kehidupan kita..
Jika kita masih tercari-cari diri dan lansung tidak pernah mengingat
kepada Allah, maka kembalilah kepadaNya..
Sesungguhnya, bersyukurlah kita masih diberi nikmat kehidupan
untuk diberikan kesempatan bertaubat kepadaNya..
Sesungguhnya..Allah sangat kasihkan kepada hambaNya
Allah sangat sayangkan kepada hambaNya..
Maka..kembalilah kepada Allah,
kerana Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang..

NASIHAT AL-GHAZALI ; AKTIVITI HARIAN

Ada empat perkara yang boleh dibuat, kata Imam Al-Ghazali..

pertama;  
    yang terlebih afdal, bahawa engkau habiskan waktumu itu dengan mencari ilmu yang bermanfaat, bukan ilmu yang sia- sia yang sangat diminati orang sekarang ini, yang mereka namakannya ilmu manfaat (padahal ia bukan ilmu yang bermanfaat ).
  Ilmu yang bermanfaat ialah ilmu yang menambah takut dirimu kepada Allah swt,dan menambah penglihatanmu terhadap "aib dirimu, dan menambah makrifatmu dalam engkau beribadat kepada Tuhan,dan menyedikitkan kegemaranmu terhadap negeri dunia,dan menambah kegemaranmu terhadap negeri akhirat, dan membukakan pintu hatimu untuk mengenali bermacam- macam penyakit amalanmu sehingga engkau dapat menjauhinya.


Kedua ;

      bahawa engkau tidak berkuasa menghasilkan ilmu yang bermanfaat tetapi engkau kuasa berbuat ibadat seperti berzikir, membaca al-quran, bertasbih an sembahyang. Maka ini adalah darjat orang yang 'abid dan cara hidup orang yang soleh. Dengan cara ini juga engkau dapat tergolong di dalam kumpulan orang yang beruntung.


Ketiga ;

           bahawa engkau membuat sebarang pekerjaan yang dapat memberi kebaikan kepada orang-orang Islam dan dapat menggembirakan hati orang-orang yang beriman, atau engkau menolong orang yang soleh di dalam pekerjaan mereka seperti berkhidmat kepada para ulama dan ahli sufi dan ahli-ahli agama dan berulang- alik dalam menunaikan hajat mereka,atau
    berusaha untuk memberi makanan kepada fakir miskin, atau menziarahi orang sakit, atau menghantar jenazah, maka semua ini adalah lebih afdal daripada semata-mata ibadat sunat sahaja, kerana amalan yang seperti ini selain sebagai satu ibadat ia juga merupakan pertolongan kepada orang lain.


keempat ;

        Jikalau engkau tidak dapat membuat salah satu daripada tiga perkara yang tersebut tadi maka berusahalah untuk menunaikan hajatmu sendiri dan mencari nafkah bagi dirimu dan keluargamu, dan mereka juga selamat daripada bahaya lidah dan tanganmu. Dan agamamu pula selamat, iaitu apabila engkau tidak terlibat dengan sebarang kemaksiatan.
   Maka dengan itu engkau akan dapat mencapai darjat Ash-habul Yamin, sekiranya engkau tidak dapat mencapai darjat As-Sabiqin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...