Blogger Layouts

I made this widget at MyFlashFetish.com.

zikrullah n doa

Rabu, 28 Disember 2011

warkah buat bakal suamiku :)

                                              gambar hiasan ^__^ 


Warkah Buat Bakal Suami..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Assolatuwassalam, selawat dan salam buat junjungan mulia, Muhammad S.A.W Kekasih Istimewa…

Salam Sejahtera buat bakal suamiku, moga Allah sentiasa merahmati dan memberkati dirimu yang tidak pernah kutemui, namun doaku tidak pernah putus mengiringi setiap langkahmu demi meraih keredhaanNya…

“Seindah perhiasan dunia adalah wanita yang solehah,”

Ku mulakan warkah ini dengan bait indah yang ditinggalkan Rasulullah S.A.W kepada seisi alam. Wanita solehah! Idaman semua muslimin di alam maya ini… Alhamdulillah, itulah anjuran Islam yang kita cintai, pilihlah wanita yang mampu menyejukkan pandanganmu dan juga baitul muslim yang bakal dibina tika sampai saat itu, InsyaAllah.

Calon zaujku,

“Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu…”


Telah dinukilkan panduan sepanjang zaman, itulah lirikan utama buatmu memilih calon isteri. Tiap baris itu telah menjadi hafalanku sejak aku mengenali dunia baligh ini. Jika harta yang kau idamkan, ketahuilah diriku tidak punya apa-apa harta di dunia ini melainkan ilmu agama yang telah dititipkan buatku oleh umi dan abah. Tiada harta untuk kupersembahkan dalam taklik ijab kita nanti. Tiada harta sebagai jaminan bahawa kau akan menikmati sedikit kesenangan apabila ijab bersaksi telah dilafazkan. Hanya ketenangan yang mampu aku sediakan buatmu kerana aku pernah terbaca kata-kata …


“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.¨ (Ar-Rum: 21)

Jika keturunan yang mulia itu yang kau dambakan, ketahuilah jua aku hanyalah insan biasa di dunia ini. Umi dan abah telah menitipkan aku di bawah pengawasan Allah sebagai penjaga mutlak diriku. Namun apa yang pasti, aku adalah keturunan mulia, ayahanda Nabi Adam A.S dan bonda Hawa A.S, sama seperti mu. Ingin aku berkongsi lafaz sahih ini denganmu …

“…maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepadaNya. Jika Allah menolong kamu maka, tiada seseorangpun yang boleh menghalang kamu, dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan demikian)? dan ingatlah kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri…” (Ali Imran : 159-160)

Kecantikan, itulah pandangan pertama setiap insan. Malah aku meyakini bahawa kau juga tidak terlepas seperti insan yang lain. Ketahuilah, jika kecantikan itu yang kau inginkan daripada diriku, kau telah tersalah langkah. Tiada kecantikan yang tidak terbanding untuk kupertontonkan padamu. Telah aku hijabkan kecantikan diriku ini dengan amalan ketaatan kepada tuntutan agama yang kucintai. Kau hanya membuang masa jika kau menginginkan kecantikan lahiriah semata-mata.

Aku tidak menjanjikan aku mampu membahagiakan rumahtangga kita nanti, kerana aku memerlukan engkau untuk bersama-samaku menegakkan dakwah islamiyyah ini, dan aku merelakan diri ini menjadi penolongmu untuk membangunkan sebuah markas dakwah dan tarbiyyah ke arah jihad hambaNya kepada Penciptanya yang agung. Melalui pencarian ilmu agama bersama, marilah kita jadikan pernikahan ini sebagai risalah demi meneruskan perjuangan Islam. Aku masih kekurangan ilmu agama, tetapi berbekalkan ilmu agama yang telah dibekalkan ini, aku ingin menjadi isteri yang sentiasa mendapat keredhaan Allah dan suamiku untuk memudahkan aku membentuk usrah muslim antara aku, kau dan anak-anak kita untuk dibaiahkan dengan ketaatan kepada Allah Yang Maha Esa. Aku bercita-cita bergelar pendamping solehah, seperti mana yang dijanjikan Rasul,

“Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air kemukanya.” (Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih)

Renungilah FirmanNya ini, lalu kau akan tahu hakikat diriku dan dirimu dipertemukan oleh Allah atas namanya pertemuan dan jodoh.

“Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.” (An Nisaa’ : 1)

Calon Suamiku yang dirahmati,

“Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka”.(An-Nissa’:34)

Membenarkan seperti apa yang telah Dia katakan dalam QalamNya yang mulia, aku meyakini bahawa engkau adalah pemimpin untukku dan anak-anak pewaris kejihadan Islam yang bakal lahir. Jadikanlah pernikahan ini sebagai asas pembangunan iman dan bukannya untuk memuaskan bisikan syaitan yang menjadikan ikatan pernikahan sebagai tunjang nafsu semata-mata. Moga diriku dan dirimu sentiasa didampingi kerahmatan dan keredhaanNya. Lakukanlah tanggungjawabmu itu dengan syurga kesabaran, qanaah ketabahan moga kita akan menjadi salah satu daripada jemaah saf menuju ke syurga InsyaAllah…

Ingin aku berbicara mengenai pemberianmu kepadaku. Kau terlalu membimbangkan akan kehendak bersifat duniawi semata-mata. Benar? Ketahuilah, aku tidak menginginkan hantaran bersusun, mas kahwin yang hanya akan menyebabkan hatiku buta dalam menilai erti kita dipertemukan oleh Allah atas dasar agama. Cukuplah seandainya, maharku sebuah Qalam Mulia, Al-Quran, kerana aku meyakini Qalam itu mampu memimpin rumahtangga kita dalam meraih keredhaanNya bukan kekayaan dunia yang bersifat sementara. Bantulah aku dalam menjayakan agama Allah ini melalui pernikahan, kerana ia adalah laluan untuk aku menyempurnakan separuh daripada agamaku, InsyaAllah. Akhlakmu yang terdidik indah oleh ibu bapa dan orang sekelilingmu, itulah yang aku harapkan daripada kekayaan duniawi yang kau sediakan. Kutitipkan sebahagian daripada pembacaanku dalam Jalan Dakwah Mustaffa Masyhur, tidak lagi wujud keborosan dan kebakhilan kerana semuanya berada di dalam udara Qana’ah (berpuas hati dengan apa yang ada), redha dan yakin bahawa dunia ini bukanlah negara Janatunna’im. Lihatlah rumahtangga Rasulullah S.A.W, kadang-kadang berlalu sebulan demi sebulan, pernah dapurnya tidak berasap kerana tidak ada bahan makanan yang dapat dimasak. Walaupun demikian susahnya, rumahtangga Rasulullah S.A.W tetap menjadi rumahtangga yang paling bahagia yang tidak ada tolok bandingnya hingga ke hari ini.

Terlalu panjang rasanya aku mencoretkan warkah ini. Cukup dahulu buat tika ini, andai diizinkan aku akan kembali menitipkankan lagi kiriman bertintakan hati ini. Akhir bicara, maaf andai tiada pertemuan yang kususuli kerana padaku biarlah merindu daripada jemu tatkala kita disatukan.

Wassalam

Dari,
Tulang rusuk kirimu.

Pertemuan… menghadiahkan kita kasih sayang… jika cinta satu pasti bertemu… ia tidak ternilai… kerana antara hati kita telah tiada antaranya lagi yg ada hanyalah cinta kasih Ilahi… kita berpisah hanya sementara kerna pertemuan bukan milik kita… jasad dan suara berjauhan sentiasa namun cinta abadi… biar berpisah selalu menderita kerana syurga menagih ujian sedang neraka dipagari oleh nikmat bertemu tidak jemu… berpisah tak gelisah…

Ya Allah, gembirakan kami dengan redhaMu …

Isnin, 12 Disember 2011

Duhai teman~~dengarkan lah rintihan hatiku :)

..duhai teman...
dikala ini hatiku tidak keruan..
mencari sebuah kekuatan n semangat utk jiwa..
..yg makin sepi n usang kurasakan....

..duhai teman..
andai batas usiaku ini sudah ditetapkanNYA...
sudah dalam perencananNYA...
sudsah tersurat di LUH MAHFUZNYA...
redha duhai Tuhan...
sepertimana daku redha menerima segala ujian ini...

..duhai teman 
apa dayaku..
..berat maat memandang berat lagi bahu ini memikulnya..
namun...
duhai teman ku redha...
kupasrah..
kupercaya...DIA amat menyayangiku
sepertimana insan lain menyayangiku
disaat-saat akhir ku tika ini...

duhai teman..
jgn disesali...
kerna daku sendiri tak pernah sesal dilahirkan
kudunia ini...
diberi dugaan yg x sehebat mana..
x seperit dugaan para wali n alim ulamak...

duhai teman...
cuma kupohon...
disaat akhir ini....
doakan aku makin tabah..
makin kuat...
makin bersemanagt
makin redha
makin pasrah...
jua....
duhai teman...andai ini
yg terakhir buatkan....
doakan daku selalu..n 
hadiahkan al_fatihah seikhlas hati buatku..

"Wahai Tuhan ku tak layak ke syurga Mu 
Namun tak pula aku sanggup ke neraka Mu 

Ampunkan dosa ku terimalah taubat ku 
Sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar "

Bingkisan Untuk Ar-Rahman Ar-Rahim



Bismillahirrahmanirrahim!

Ya Rabbi,
Inilah catatan perjalananku yang baru. Setelah lama diri terbiar sesat dalam sedar, daku kembali lagi kepada-Mu. Daku pulang dengan tangisan yang tidak dapat kuhentikan. Pun, harapanku hanyalah agar Engkau masih menerima kepulangan ini.

Ya Rabbi,
Engkaulah sumber rezekiku. Kenapa hatiku terlalu sesak memikirkannya sedang Engkaulah yang menguruskan segalanya. Semuanya adalah, dari sisi-Mu jua datang dan perginya. Bawalah daku ke jalan-Mu yang lurus, terang dan tenang.

Ya Rabbi,
Engkaulah sumber keamanan. Kenapa hatiku masih mencarinya dari manusia? Engkaulah sumber cinta dan kebahagiaan. Kenapa daku masih mendambakannya dari manusia? 

Ya Rabbi,
Dipukul gelongbang dunia yang ganas, ditiup angin taufan nafsu, akhirnya daku terdampar di kaki takdir-Mu dalam kesakitan. Daku ingn membuang semua rasa itu. Namun, apakah akan Kau sambut kepulanganku ini?
Atau marahkah Kau padaku?

Ya Allah, marahkan Engkau padaku?

Ya Allah, wahai pelindungku,
berilah pengampunan-Mu kepadaku
berilah cinta dan kasih sayang-Mu kepadaku.
Wahai Yang Memiliki cinta,
Wahai Pemilik Cinta Yang Agung,
Daku menanti, Kau mencintaiku
sehingga aku pula mencintai-Mu.


Dari lorong-lorong yang sepi sekali
Dari jambatan yang usang dan sunyi
Dari hati yang mengemis pengampunan dan cinta Ilahi! 

Isnin, 10 Oktober 2011

ALLAH ITU ADA

Sebuah cerita yang saya coretkan semoga dapat menjadi iktibar dan menembah ilmu kita bersama.

Satu hari di sebuah sekolah rendah,seorang guru yang tidak beragama(ateis) telah masuk ke kelas untuk mengajar dan sebelum cikgu itu mengajar,dia memulakan set induksinya..Rupa-rupanya guru ini mahu menyebarkan dakyah ketidakpercayaannya kepada tuhan.
Cikgu memulakan bicara dengan memegang dan menunjuk sebatang pen kepada murid-muridnya, "sekarang,cuba kamu tengok pen ni,ada ke tak???"

Lalu dengan mudah murid menjawab,"ada cikgu..."
Cikgu pun lalu memindahkan posisi pen tadi ke belakang badannya supaya tidak dapat dilihat oleh murid-muridnya.
"Haa...sekarang kamu nampak tak??"

"Tak nampak cikgu.."

Lalu cikgu membuat kesimpulan dengan rasa puas sambil berkata,
"jadi,perkara yang kita boleh nampak itu ada dan perkara yang tidak boleh kita nampak itu tiada.."
Murid-murid berasa sangsi tetapi tidak tahu mahu berkata apa.

Seorang murid yang duduk bersebelahan dengan budak yang suka tidur dalam kelas telah mengejutnya dan memberitahu tentang gurunya itu.Lalu budak itu mencari jalan bagaimana untuk mengenakan gurunya yang menyampaikan dakyah itu.
Budak itu lalu berdiri sambil berkata,

"cikgu,kami tak nampak pun otak cikgu................ woi kengkawan,cikgu takde otak!!!!"
Lalu,seluruh kelas mentertawakan gurunya itu, "Ha..Ha..cikgu takde otak.

Di akhir kelas cikgu pun keluar seperti biasa tetapi dalam keadaan yang amat malu.

Pada masa yang lain pula,tiba lagi waktu untuk guru tadi masuk ke kelas.Kali ini guru itu menggunakan taktik lain dengan membawa makanan iaitu kuih karipap dan air.

Cikgu pun mengagihkan makanan kepada murid dan mereka semua gembira.
Cikdu pun berkata sambil menunjukkkan kuih karipapnya,
"cuba tengok ni,ada tak??"
Murid menjawab, "ada cikgu.."
"Baik,sekarang cikgu makan..(makansehingga habis)...sekarang ada tak"
"takde cikgu.."

"Haa..perkara yang kita boleh lihat,rasa dan pegang itu ada dan perkara yang kita tak boleh lihat rasa dan pegang itu tiada.."

Seperti biasa,murid berasa sangsi.

Seorang murid mengadu kepada sahabat yang menjawab dengan berani dahulu, "woi,cuba ko tengok cikgu tu cakap apa,camne ni??"

Lantas budak yang berani itu berkata, "cikgu,nak air.."

Cikgu dengan rasa puas hati kerana tiada sebarang tanda-tanda untuk mengenakannya pada budak itu lantas memberi air.

"Cikgu,tak manis air ni."
Si cikgu yang kebetulan membawa gula,memasukkannya dalam minuman budak itu.

"Cikgu,tak manis lagi.."
Si cikgu memasukkannya lagi dan murid itu masih merasa tidak manis minumannya.Lantas cikgu memasukkanya lagi gula itu.

"Cikgu,cuba rasa air saya ni,manis tak??"

Cikgu mengambil minuman dan merasa, "uiih..memang manis.."

Murid pun berkata, "cikgu,cuba cikgu tunjuk mana manis air tu??"
Cikgu lantas merasa malu sendirian dengan pertanyaan murid itu kerana kalau dia menunjuk pada air itu,sudah tentu dia menunjuk air,bukan menunjuk manis.

"Cikgu,cikgu tak payah la nak buat-buat cerita ni lagi.Kami yakin dan percaya bahawa Allah itu ada dan tak de kami ragu lagi.."

Semoga jadi iktibar....
-love hatiafnan-

Ahad, 11 September 2011

~aHLAN WA SAHLAN~

Aku bukanlah wanita idaman
bukan juga wanita harapan
tetapi aku berusaha menjadi sedemikian
mencari sinar kebahagiaan
disulami kasih sayang dari Tuhan
Aku bukanlah wanita pilihan
bukan juga wanita acuan Al - Quran
tetapi aku menyimpan seribu harapan
menggapai bintang menjadi awan
berarak riang mencari kawan
supaya aku dipimpin jalan
tidak terpesong haluan

Yang ku cari bukan pada paras rupamu
bukan juga pada susuk tubuhmu
tapi yang ku inginkan hanyalah satu
jagailah agama yang ada pada dirimu
juga menyimpan seribu keinginan
Diri menafikan segalanya
Saat kehadiran tidak diduga


Tuhan izinkan aku berkata
Aku masih belum bersedia
PadaMu jodoh ditentukan
dan kepadaMu jugalah kami disatukan
Seandainya inilah masa yang diperlukan
aku mohon diriku ditetapkan

kerana itu aku




kerana aku wanita
pandangan Adam mampu tembus ke dasar hatiku

kerana aku wanita
ingin disayangi itu fitrah diriku

kerana aku wanita
mudah terpikat dengan keindahan akhlak seorang lelaki

kerana aku wanita
emosiku selalu mengatasi logik akalku

kerana aku wanita
air mata teman setiaku

kerana aku wanita
sensitivitiku terhadap sesuatu amat tinggi

DAN..

kerana aku wanita
aku damba pertolongan darimu Adam

peliharalah bicaramu denganku
jangan bermain kata denganku
takut rosak hatiku

kerana aku wanita
akhlakmu ukuran dimataku

peliharalah akhlakmu dan imanmu
jangan kau burukkan darjatmu pada mataku
takut rosak thiqohmu

kerana aku wanita
maka peliharalah susunan kata-katamu

kerana aku mudah terasa
namun aku bukan lemah
sekadar ingin kau tahu hati ini mudah tercalar

kerana aku wanita
peliharalah dirimu dari mencemuhku

saat titisan jernih mengalir dari mataku
kerana itu cara untukku
meluahkan perasaanku
supaya hatiku tenang kembali

kerana aku wanita
aku memang sangat peka

maka fahamilah kecerewetanku ada sebabnya
WAHAI ADAM,

kalau kau sangka berpakaian selekeh itu 'cool',
hakikatnya kau begitu jelek pada pandangan kami.

andai kau rasa 'usha' itu tanda kejantanan,
darjat mu telah jatuh pada pandangan kami

jika kau fikir hidup membelakangkan agama itu kemodenan,
maka tiada lagi hormat untukmu dari kami.


sumber:www.iluvislam.com 

Rabu, 3 Ogos 2011

Rintihan Hatiku ,,,,






Wahai Hati ..

Kau di duga lagi tatkala hati ini disaluti bahagia..
Adakah aku yang mengundang cubaan ini?

Ya Allah, hanya pada Mu ku berserah..
Ku tahu ini semua dugaan Mu buat hamba Mu yang kerdil ini...



Wahai Hati...

Tabah dan terus kuat...
Jangan kau kalah dek nafsu duniawi..

Bersua demi meragut jiwa sunyi...
Tekadkan kalbumu apa yang kau hadapi kini..

Ingatkanlah diri siapa dirimu kini..
Pada Ilahi ku kembalikan hati..

Aku tak mahu tangis
kerna ia amat menyeksakan..

Aku tak mahu duka 
kerna ia menyedihkan...

Aku tak mahu ingatan
kerna ia membunuhku...

Pisahkan aku dengan memori semalam 
Memori yang tiada lagi makna dalam kamus hidup ini...

Wahai kasih..
Teruskanlah kau memimpini hati ini..
Bersama melangkah dalam pencarian yang hakiki..

Wahai hati,

Sabarlah kau dalam menempuh dugaan ini..
Jangan kau putuskan lemahnya diri
tatkala duri menusuk hati..

Wallahua'lam ~

Isnin, 1 Ogos 2011

Ciri-Ciri Wanita Yang Paling Baik

Kekuatan lelaki bergantung kepada wanita yang baik. Sebaliknya wanita yang jahat boleh merosakan masa depan lelaki. Kenyataan ini mungkin tidak disenangi oleh baik lelaki mahupun wanita. Tapi kenyataan itu boleh dibuktikan seperti berikut:

Wanita :-

1. Isteri sambut kepulangan suami dengan senyuman
2. Isteri menyediakan minuman untuk meredakan kepenatan suami.
3. Isteri menyediakan kain tuala dan berus gigi untuk suami mandi sebelum solat maghrib
4. Isteri siapkan tempat tidur untuk suami berihat selepas solat isya’
5. Isteri menemani suami menjelang tidur dengan perbualan yang menghiburkan
6. Isteri siapkan pakaian untuk kerja dan menghidangkan sarapan pagi
7. Isteri menjaga diri, maruah diri, dan menjaga harta dan anak suami

Lelaki :-

1. Masalah suami di pejabat hilang serta merta, hati gembira melihat keadaan isteri
2. Masalah suami di pejabat hilang serta merta, hati gembira melihat keadaan isteri
3. Suami mandi dan tubuhnya kembali segar sebelum menghadap Allah
4. Jiwa suami tenang sambil merihatkan minda dan tenaga.
5. Suami beroleh tenaga baru kerana mendapat aura isteri
6. Suami pergi kerja dalam keadaan jiwa yang tenang dan terhibur
7. Suami dalam perjalanan ke tempat kerja penuh keyakinan dan dapat bekerja yang penuh ikhlas

Inilah yang dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. tentang sifat dan sikap sebaik-baik wanita atau isteri. Sabda Rasulullah s.a.w:

وَخَيرُ النِّسَاءِ مَنْ تَسُرُّكَ إِذَا أَبْصَرْتَ وَتَطِيعُكَ إِذَا أَمَرْتَ وَتَحْفَظُ غَيْبَكَ فِى نَفْسِهَا وَمَالِكَ

Hadis riwayat Ahmad, an-Nasaie dan al-Hakim ini bermaksud: “Dan sebaik-baik wanita ialah mereka yang boleh mengembirakan engkau apabila kamu melihatnya, dan yang mentaati kamu apabila kamu menyuruhnya, dan dia memelihara maruah dirinya dan harta engkau ketika ketiadaanmu.

Lihatlah betapa cerianya suami ketika pulang dari tempat kerja. Keadaan itu berterusan sehingga suami tidur dan bangun semula. Suami tidak mengharapkan sesuatu daripada isterinya kecuali belaian kasih dan manja sepanjang masa.

Sebaliknya jika isteri jahat, tidak mengikut panduan di atas, maka suami akan berhadapan dengan tekanan perasaan. Perhatikan contoh berikut:

Isteri :-

1. Isteri menyembut kepulang suami dengan pelbagai soalan perangkap
2. Isteri sebuk di dapur untuk membuat makan malam
3. Isteri asyik menonton tv
4. Isteri tidur di hadapan tv
5. Isteri menghantar suami di hadapan pintu tanpa memohon maaf kerana tidak berasa bersalah kepada suami
6. Isteri tidak menjaga maruah diri dan harta suami diperlakukan sesuka hati.

Suami :-

1. Suami yang hendak masuk rumah berkira-kira untuk keluar rumah, masalah menjadi bertambah berat
2. Suami yang dahaga ke dapat mengambil sendiri air minuman
3. Suami juga menonton tv
4. Suami menunggu dilayan isteri di atas katil
5. Suami pergi kerja dalam keadaan tidak ceria dan terbuku pelbagai persoalan yang belum terjawab
6. Suami di tempat kerja penuh kebimbangan.

Isteri yang tidak dapat melakukan perkara yang disebut dalam hadis di atas, adalah sejahat-jahat isteri. Dia telah merosakan masa depan suaminya. Suami tidak beroleh pahala malah boleh jadi berdosa. Menyedari keadaan ini, seseorang isteri harus melatihkan diri ke arah wanita yang terbaik. Semoga kehidupan mereka nanti terarah kea rah yang tepat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...