Blogger Layouts

I made this widget at MyFlashFetish.com.

zikrullah n doa

Sabtu, 19 Mac 2011

RAHSIA DI SEBALIK HADIAH??haiiyaaa

Assalamualaikum semua..heeeheeeheee <<artikel nh ana copy n paste je>>ngeee~

Bila aku buka email pagi tadi aku ada terbaca tentang rahsia pemberian hadiah. Aku tak tahula betul atau tidak jadi kita layan je la artikel ni…

    Hadiah yang anda beri kepada kawan/kekasih/ isteri/suami anda mempunyai maksud yang tersirat…

    JAM TANGAN… … … Tanda meningati setiap masa dan waktu.

    CINCIN… … …. … .Tanda ikatan kasih yang abadi.

    GELANG… … … … .Tanda mesra

    RANTAI LEHER … … .Ikatan cinta yang perlu perhatian.

    SUBANG… … … … .Tanda penghargaan dan penghormatan.

    KASUT… … … … ..Sentiasa mengambil berat/prihatin.

    PAKAIAN/KAIN. .. … .Semoga kasih berkekalan dan dekatselalu.

    PAYUNG… … … … .Tanda kasih dan sentiasa ingin melindungi.

    MINYAK WANGI… … .Tanda cinta

    BINGKAI GAMBAR… ..Sentiasa merindu dan tak ingin berjauhan.

    BUKU… … … … … Bersifat terbuka dan bertolak ansur.

    BUNGA… … … … … Tanda perkenalan dan tanda sayang

    COKELAT … … .. semanis cintamu.

    LAGU/CD/KAD UCAPAN … … … mengabadikan cinta

    SEJADAH DAN ALQURAN… … … tandanya kekasihnya ituvmenyayanginya dunia
    dan akhirat.

    Satu lagi… . zaman mellinieum.. . .

    HANDPHONE… tandanya… . kau jangan lari dariku!!!!.. . .. .aku kan cari
    kamu walau dimanapun… melainkan kalau handphone tu ditutup… ..

    HADIAH PALING BERHARGA DALAM DUNIA!!
    MASUK MEMINANG… … tandanya dia serius dan betul2 seriuss..!
hahahahahah..

Untukmu...Bersabarlah Wahai Remaja

Bersabarlah Wahai Remaja

Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang soleh dan solehah buat kedua ibu bapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah. Kembalilah kepada matlamat hidup kita iaitu untuk mendapat mardhotillah.

Andai engkau belum berkahwin jangan kau risau jodohmu, ingatlah janji Tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disususli dengan pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri. Jodoh pertemuan semua di tangan Allah tapi tidak bermakna kita tak perlu berusaha untuk mendapatkannya cuma tak perlu ditonjolkan dengan berlebih-lebihan. Walau siapa pun jodoh yang Allah tentukan untuk kita , terimalah dengan hati yang redha. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kita sayang tak jadi hal lah, tapi kalau dapat orang yang kita tak nak lantaran kelemahan yang ada pada dia. Ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing dan mungkin kita ada kekuatan yang dapat mengubah si dia supaya hidup dia bermakna dan mungkinkita sahaja yang mampu mengcungkil kelebihan yang ada pada dia. Mungkin juga si dia ini ada sesuatu kelebihan yang kita sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kita.


Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuan, kemanjaan, serta kemampuannya menggoncang iman lelaki tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya, dan yang paling penting pegangan agamanya. Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk menggodanya. Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan perempuan yakni sebuah perkahwinan. Janganlah cuba menghampiri zina hati yang sangat halus untuk kita tafsirkan namun ianya boleh menyebabkan penyakit hati yang sukar untuk kita ubati. Jika kita merasakan kita boleh elakkan dari zina mata. tangan, dan kaki tetapi zina hati belum tentu kita dapat hindari jika cinta antara lelaki dan perempuan itu berputik.


Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta untukmu cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik-beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu. Manusia ini adakalanya membenci sesuatu padahal ia adalah baik buat kita dan adakalanya kita sengan dengan sesuatu itu padahal ia buruk buat kita. Berhati-hatilah kita dengan tipu daya syaitan yang cuba memperdayakan dan menyesatkan umat manusia.


Hati kita ini walau pun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita, kita tak mampu untuk mengawalnya. Hanya allah yang boleh memegangnya. Sebab itu kita mesti dekatkan diri dengan Allahsupaya dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah. Bercinta dengan Allah berbeza dari cinta dengan manusia. Betapa nikmatnya cinta Allah hanya meeka yang pernah merasainya sahaja yang mampu mengerti. Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga. Jangan sesekali tangan yang menggoncang dunia juga akan menggoncang iman seseorang. Fikir-fikirkan....

Istighfar pengubat dosa

Syeikh al-Maghari berkata: Kemudian Allah menambahkan lagi rakaman ancaman dan balasan kepada mereka yang ingkar. Ini kerana segala hujah dan bukti atas kebenaran Nabi Muhammad s.a.w telah jelas. Ibnu Kathir pula menyebut: Bahawa Allah s.w.t. memberi amaran dan ancaman terhadap orang kafir dengan Muhammad s.a.w. 

Benarlah firman Allah s.w.t., (Orang-orang yang ingkar itu) tidak menunggu melainkan kedatangan (azab) Allah kepada mereka dalam lindungan-lindungan awan, bersama-sama dengan malaikat (yang menjalankannya), padahal telah pun diputuskan perkara itu (balasan azab yang menimpa mereka); dan kepada Allah jua kembalinya segala urusan. (Al-Baqarah: 210)

Firman Allah, (Orang-orang yang ingkar itu) tidak menunggu melainkan kedatangan (azab) Allah kepada mereka dalam lindungan-lindungan awan, bersama-sama dengan malaikat (yang menjalankannya). Terdapat dua tafsiran ulama berkenaan ayat ini:

* Kecuali Allah mendatangkan mereka dalam lindungan awan dan dengan malaikat. Kecuali Allah datangkan Allah. 

Itulah pertanyaan yang bermaksud mengecam sikap orang-orang yang teragak-agak dan berlengah-lengah dari memasuki ke dalam kedamaian dengan keseluruhan jiwa mereka. Apakah yang menyebabkan mereka enggan menyahut seruan itu? Apakah yang ditunggu-tunggu mereka? Apakah mereka akan terus bersikap begini sehingga mereka didatangi oleh Allah di dalam gumpalan awan bersama para malaikat-Nya? 

Dengan lain perkataan adakah mereka tertunggu-tunggu dan mahu berlengah-lengah sehingga tiba hari yang amat ditakuti yang dijanjikan Allah. Iaitu dia akan datang di dalam gumpalan awan dan para malaikat juga datang berbaris-baris tanpa bercakap sepatah pun melainkan apabila diizinkan oleh Allah dan bercakap benar?

Tiba-tiba dalam masa kita sedang menghadapi pertanyaan dalam bentuk kecaman yang mengandungi ancaman yang menakutkan - kita dapati hari yang ngeri itu telah pun tiba dan segala sesuatu telah selesai dan seluruh mereka menghadapi peristiwa mendadak yang telah diperingatkan Allah kepada mereka.

Al-Sonhadji berkata: Ayat ini merupakan pertanyaan, tetapi mengandungi kejian atau istifhamun inkari. 

Maksudnya: Tidaklah patut orang yang sudah tergelincir daripada kebenaran atau enggan memeluk Islam, hendak menunggu-nunggu pula atau melihat sahaja. Apa yang mereka tunggu tidak lain ialah azab jua yang akan datang.

Allah akan mendatangkannya melalui naungan awan dan dibawa oleh para malaikat dan akhirnya berlakulah apa yang akan berlaku, sebagai menyempurnakan kehendak dan hukuman Allah. Kepada-Nya dikembalikan segala urusan pembalasan. 

* Qatadah berkata: Malaikat yang datang untuk mengambil dan mencabut nyawa mereka. Dikatakan juga pada hari Kiamat ia adalah lebih zahir. Sedangkan Abu al-‘Aliyah dan al-Rabi’ pula berpendapat: Para malaikat datang kepada mereka dalam lindungan awan dan Allah mendatangkan mereka mengikut kehendak-Nya. al-Qurtubi menyebut: Dikatakan bukanlah kalam menunjukkan zahirnya pada hak Allah s.w.t. tetapi maknanya urusan Allah dan hukumnya datang kepada mereka. 

Gambaran

Dikatakan juga dengan apa yang Allah janjikan daripada perbicaraan dan azab yang dikenakan kepada mereka. 

Firman Allah s.w.t.: Dan kepada Allah jua kembalinya segala urusan. 

Sayid Qutub berkata: Itulah cara al-Quran yang amat menarik yang membezakan dari segala kalam yang lain, iaitu cara menayangkan gambaran yang hidup tepat pada saat dan waktunya, di mana hati berdiri di hadapannya seolah-olah orang yang melihat, mendengar dan menghayatinya (di alam kenyataan).

Sampai bilakah mereka ponteng dari memasuki ke dalam kedamaian, sedangkan peristiwa agung yang ngeri itu sedang menunggu mereka? Malah peristiwa yang ngeri itu telah menimpa mereka ketika kedamaian masih dekat dengan mereka, iaitu kedamaian dunia dan akhirat pada hari langit kelihatan pecah dan bergumpal-gumpal dengan awan mendung dan para malaikat turun begitu ramai dan hebat. Iaitu pada hari roh dan malaikat berdiri berbaris-baris tanpa bercakap sepatah pun kecuali diizinkan Allah dan bercakap benar, iaitu hari Allah menyelesaikan urusan dan segala urusan telah diselesaikan.

Syeikh Sya’rawi berkata: Di sana terdapat dua perbezaan antara kamu kembali dengan kamu dikembali. Seolah-olah segala urusan dikembalikan dengan zatnya. Sekali diheret kepada Allah, orang yang baik akan kembali kepada Allah dengan berdirinya kerana dia akan pergi ke tempat yang baik yang sedang menunggunya. 

Adapun yang tidak baik sudah tidak mengharapkan pertemuan dengan Allah. Lantaran itu dikembalikan kepadanya, sama ada hendak atau tidak.

Akhirnya penulis menukilkan sifat orang yang baik yang sentiasa bertaubat walaupun melakukan dosa. 

Terdapat satu riwayat daripada Anas katanya: Diceritakan kepadaku bahawa iblis menangis apabila turunnya ayat 135 surah Ali `Imran yang bermaksud: Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah. 

Ibn Mas’ud berkata: Ayat ini adalah lebih baik dari dunia serta isinya bagi orang yang melakukan dosa. 

Al-‘Allamah Ibn Rajab al-Hanbali menyebutkan di dalam kitab Jami’ al-‘Ulum wa al-Hikam katanya: Abu Hurairah telah berkata: Sesungguhnya aku beristighfar kepada Allah dan bertaubat kepada-Nya setiap hari 1,000 kali. Ini adalah sebagai tebusan bagiku. Dia telah menamakan perkara yang dipohonnya sebagai tebusan.

Aisyah berkata: Beruntunglah bagi sesiapa yang mendapati istighfar yang banyak di dalam lembarannya (di akhirat). 

Abu al-Minhal berkata: Tiada jiran yang paling disukai oleh seseorang hamba di dalam kuburnya melainkan jiran yang banyak beristighfar. Umumnya boleh dirumuskan bahawa ubat yang mujarab bagi dosa ialah istighfar. Diriwayatkan daripada Abu Zar, katanya: Setiap penyakit ada ubatnya dan ubat bagi dosa adalah istighfar.

Qatadah berkata: Al-Quran ini telah menunjukkan kepada kamu penyakit kamu dan ubat kamu. Penyakit kamu ialah dosa dan ubat kamu ialah istighfar. 

Sebahagian ulama berkata, jalan penyelesaian bagi orang yang berdosa ialah tangisan dan istighfar. Sesiapa yang tertekan dengan dosa maka banyakkanlah istighfar. 

Rayah al-Qaisi berkata: Aku mempunyai lebih daripada 40 dosa. Aku beristighfar kepada Allah untuk setiap dosaku sebanyak 100,000 kali.

Diceritakan pada suatu masa dahulu terdapat seorang yang menghitung dirinya semenjak dia mula baligh. Dia mendapati dosanya sebanyak 36. Dia pun beristighfar kepada Allah untuk setiap dosanya sebanyak 100,000 kali dan dia bersolat (sunat) untuk setiap satu dosa sebanyak 1,000 rakaat. 

Kemudian dia berkata: Walaupun begitu, aku masih rasa tidak tenteram daripada cengkaman Tuhanku yang akan menghukum aku dengannya dan aku berada di dalam bahaya tentang penerimaan taubatku.

Pada suatu hari seseorang berkata kepada al-Hasan: Tidakkah seseorang itu merasa malu terhadap Tuhannya, dia memohon ampun dari dosa-dosanya, kemudian kembali melakukannya, kemudian dia memohon ampun, kemudian dia kembali melakukan dosa.

Al-Hasan berkata: Syaitan amat suka kalau mendapati orang seperti kamu ini. Janganlah kamu semua merasa bosan terhadap istighfar.

Iktibar dan pengajaran ayat: 

*Mengithbatkan sifat Allah yang Maha Perkasa. 

*Balasan dan seksaan Allah boleh berlaku di dunia dan di akhirat. 

*Kesudahan makhluk adalah kepada Allah jua yang akan dibuat keputusan mengikut kehendak-Nya.



~coretan dari seorang jamba Allah~ :)

Muhasabah Seorang Wanita Solehah

Jadilah seorang wanita solehah,
Yang hatinya dibalut rasa taqwa kepada Allah,
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Dien Allah,
Yang senantiasa haus dengan ibadah kepada Allah,
Yang senantiasa dahaga akan mengharap ridha Allah
Yang sholatnya adalah bekal dirinya,
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar,
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu,
Yang senatiasa bersama para mujahiddah Allah

Jadilah seorang wanita solehah
Yang menjaga tutur katanya,
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya,
Yang senatiasa berbuat kebajikan karena sifatnya yang penyayang,
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jahat

Jadilah seorang wanita solehah
Yang menghormati suaminya.
Yang senantiasa berbakti kepada orangtua dan keluarga,
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga,
Yang akan mendampingi suami dalam mendidik anak-anaknya untuk mendalami Islam,
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan,
Karena dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat.

Jadilah seorang wanita solehah,
Yang senatiasa bersedia untuk menjadi makmum imamnya
Yang hidup di bawah naungan Al-Qur'an dan qana'ah
Yang tidak dikotori dengan perhiasan dunia
Yang menjaga matanya dari berbelanja,
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya.

Jadilah seorang wanita solehah
Yang selalu menjaga lisan, penyayang keluarga & suaminya,
Matanya kepenatan karena membaca Al-Qur'an,
Suaranya lesu karena penat berzikir,
Tidurnya lelap dengan cahaya keimanan,
Bangunnya Subuh penuh kesigapan
Karena dia sadar betapa indahnya menjadi wanita solehah melebihi perhiasan apapun didunia
Semakin sadar bertambah usianya bertambah kematangannya.

Jadilah seorang wanita solehah
Yang senantiasa mengabdikan diri untuk menjadi mujahiddah Allah
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat,
Yang mana buah kehidupan itu perlu dipelihara dan dijaga,
Agar tumbuh putik tunas yang bakal menjaga dirinya di alam baqa'
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian.

Jadilah seorang wanita solehah
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia,
Karena dia mengimpikan syurga Allah.

Semoga senantiasa dirahmatiNya...   

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...