Blogger Layouts

I made this widget at MyFlashFetish.com.

zikrullah n doa

Selasa, 22 Februari 2011

Menyemai Cinta Hanya Untuk Allah :)



Antara tujuh golongan yang akan mendapat perlindungan di bawah Arasy ialah dua orang yang berkasih sayang kerana Allah. Mereka bertemu kerana Allah dan berpisah juga kerana Allah.Demikian sabda Rasulullah saw.

Perasaan cinta dan sayang itu suci kerana perasaan itu memang dikurniakan oleh Allah kepada hambaNya. Cinta itu tidak terbatas kepada sesiapa, ibubapa kepada anak, guru kepada murid, begitu juga lelaki dan perempuan.

Tetapi sayang, perasaan yang suci ini disalahgunakan oleh manusia lalu berlakulah perbuatan maksiat, memuaskan nafsu yang dilarang oleh Allah. Jadi, cintanya kerana nafsu bukan kerana Allah.

Orang yang bercinta kerana Allah, dia akan dapat mengawal dirinya daripada melakukan perbuatan maksiat. Orang yang bercinta kerana Allah akan menjalinkan  hubungan persahabatannya untuk kebaikan dunia dan akhirat. Taraf cinta sebeginilah   yang diredhai

Allah dan akan mendapat ganjaran pahala di akahirat nanti.
Selain itu, bercinta atas dasar kekayaan yang dimiliki oleh seseorang itu tidak akan bertahan lama kerana lebih mejurus kepada keuntungan  peribadi. Lumrahnya setiap kekayaan yang Allah anugerahkan itu tidak akan  bertahan lama.

Begitu juga halnya seseorang yang menyintai isterinya kerana mengikut perintah Allah. Begitu juga isteri mencintai suaminya kerana mengikut perintah Allah. Mereka saling mencintai kerana  terdapat  hukum mengenainya. Maka dua golongan begini turut termasuk dalam mencintai kerana Allah. Hubungan cinta yang wujud antara guru dan murid boleh dikaitkan dengan cinta kerana Allah. Guru cintakan muridnya kerana tuntutan Allah agar mengasihi anak muridnya dalam menyampaikan ilmu. Anak murid pula mencintai gurunya kerana perintah Allah agar mentaati gurunya.

Apatah lagi kalau anak murid menyintai gurunya kerana kebaikan dan jasa yang disumbangkan oleh gurunya itu. Maka ilmu yang disumbang sudah pasti ilmu Allah dan diredhai oleh Allah. Guru yang menyayangi anak muridnya sehingga sanggup mendidik mereka dengan  penuh kasih sayang sudah pasti mendapat redha Allah.

Begitu juga halnya orang yang dikurniakan rezeki lebih, lalu digunakan untuk bersedekah dan membantu orang yang kurang bernasib baik. Atas perasaan kasih sayangnya yang tulus itu telah mendorongnya mengorbankan sebahagiaan kekayaan  yang dimiliki untuk mendapat keredhaan Allah. Dengan cara  begini, dia bukan sahaja  mengeratkan hubungan dengan sesama manusia juga dapat mendekatkan diri kepada Allah. Orang ini juga termasuk dalam golongan orang yang cinta kerana Allah.

Oleh sebab itu sebaik-baik manusia di sisi Allah ialah mereka yang menggunakan segala nikmat yang dikurniakan itu untuk kebaikan diri dan  untuk orang lain. Jika kelebihan ilmuu yang dimiliki, maka ilmu itulah digunakan untuk mendidik diri dan masyarakatnya. Pendek kata semua yang dimiliki dimanfaatkan oleh manusia lain, dikira sebagai cinta kepada manusia kerana Allah.

Semoga cinta umat Islam pada akhir zaman   ini menjurus kepada cinta kerana Allah. Biar di mana pun mereka berada, jika mereka takut untuk melakukan dosa dan maksiat, di situlah  nilai cinta kerana Allah.

untuk kaum hawa..


Apabila kamu berkawan dengan lelaki,
ingatlah ada dua pilihan terbentang
PERTAMA...
kamu jadi seperti KELAPA...mudah diperoleh..
diparut...diperah.. dan diambil santannya...
lepas itu hampasnya dibuang...

KEDUA...
Kamu menjadi sebutir MUTIARA..
berada di dasar lautan...
tersimpan rapi.. dilindungi kulit...
bukan senang nak lihat..
apa lagi mendapatkannya..
hanya orang yang bertuah ...
berusaha menyelami dasar lautan...
dapat memperolehnya..
harganya mahal sekali..
dan ia akan tersimpan selamanya..
jadi..
kamu pilihlah sama ada hendak menjadi KELAPA ataupun MUTIARA..
di sebalik SANTAN..
menjadi penyedap makanan.. diperah segala kenikmatan..
dengan mudah jatuh menjadi titisan..
akhirnya habis kari dimakan.. pulut panggang sisi habis ditelan..
dan SANTAN hilang tak jadi ingatan..
yang terasa lazat hanya kari dan pulut panggang..
orang tak kenang jasa SANTAN..

MUTIARA...
tertanam di dasar paling dalam...
sukar andai mengharap jadi perhatian..
kerana MUTIARA dilindungi oleh cengkerang yang
menghadangnya dari ancaman musuh..
namun kiranya ditemui insan..
akan menjadi PERMATA HIASAN..terletak tinggi di cincin idaman.. atau di leher nan jinjang..
atau di lengan menawan.. makin lama MUTIARA tertanam..
makin tinggi nilainya..oleh itu...
pilihlah sendiri... menjadi SANTAN..
mudah jadi perhatian.. tapi hanya sebentar jadi santapan...
kemudian hilang segala nikmat dan pujian..
menjadi MUTIARA.. sukar ditemukan..
namun bila dihias indah gadis rupawan..
hilang ia..
tangisan mengiringi zaman..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...