Blogger Layouts

I made this widget at MyFlashFetish.com.

zikrullah n doa

Jumaat, 5 November 2010

Buat tatapan Lelaki sejati,,sila baca

Assalamualaikum....

kepada semua yang membaca ruangan ini. Untuk tatapan seseorang yang bernama lelaki. ketahuilah bahawa seorang wanita itu amat cepat tersentuh hatinya.janganlah sekali-kali menghancurkan hati seorang wanita kerana nalurinya yang lembut dan mudah terasa.
  Jangan mencoba mengambil kesempatan keatas seorang wanita yang lemah,sebaliknya bimbinglah mereka ke jalan yang benar dan yang diridhai Allah. Tidak dinafikan banyak wanita yang telah terjebak,
tapi bantulah mereka dengan ikhlas dan janganlah peralatkan mereka dengan sewenang-wenangnya kerana wanitalah maruah sesebuah negara atau bangsa itu. Semoga hati-hati lelaki yang suka pada wanita menyedari akan hakikat ini.
  Wanita memperlukan kasih sayang daripada seorang insan yang bernama lelaki dan janganlah lelaki merasakan yang dirinya begitu ego dan menyatakan bahwa wanita tidak bisa hidup tanpa lelaki. coba lihat di luar sana banyak ibu tunggal yang bisa hidup berdikari membina keluarga yang ditinggalkan suaminya sehingga anak-anaknya berjaya dan sukses,
Berapa banyak lelaki yang sanggup melakukannya tanpa wanita????
  Sememangnya wanita mampu hidup tanpa kehadiran lelaki tetapi tidak banyak lelaki yang mampu hidup tanpa kehadiran wanita.
Selamatkanlah wanita dari lembah kehinaan dan jadikanlah wanita sebagi barang yang amat berharga dan jadikanlah mereka suritauladan yang indah dan dapat mewariskan zuriat kepada lelaki.
  Semoga nasib kita sebagai wanita terbela...insya-Allah..wassalam..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...