Blogger Layouts

I made this widget at MyFlashFetish.com.

zikrullah n doa

Rabu, 18 Mei 2011

Bolehkah berCINTA sebelum berKAHWIN?

Cinta adalah fitrah (komponen kejadian manusia). Firman Allah, "Fitrah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah itu." maksud surah Ar-Rum : 30

Imam Ibn Qayyim menjelaskan cinta adalah fenomena universal dan ia memberi kesan yang mendalam kepada jiwa manusia hinggakan dalam sastera Arab menghasilkan lebih dari 60 istilah cinta. Dunia Melayu pun apa kurangnya. Syeikh (alMarhum) Abdullah Nasih Ulwan berpendapat, Islam mengiktiraf cinta yang bersemi pada setiap individu dan Islam telah menggariskan TIGA tahap cinta :

1)Cinta Agung
    Cinta kepada Allah, Rasul dan Islam serta berjihad membuktinya.

2)Cinta pertengahan
     Cintakan sesama manusia : ibubapa, anak-isteri, kaum kerabat dan sahabat handal.

3)Cinta bawahan
      Menyintai sesuatu melebihi cinta kepada Allah, Rasul dan Islam.

Bolehkah pasangan bukan muhrim bercinta sebelum kahwin?

Syeikh Atiyyah Saqr menjawab : kenapa tidak? Cinta adalah suci, cinta dalam bentuk apapun dibolehkan oleh syarak asalkan tidak dikotori dengan niat dan aksi kotor, ia mestilah tidak bercanggah dengan hukum-hukum syarak dan diiringi dengan cinta yang diredhai oleh Allah.

Cinta sejati boleh dibina sebelum berkahwin asalkan cinta yang direstui agama, dilahir dan dipupuk melalui saluran agama. Islam tidak menentang cinta kerana cintalah asas dalam ibadah antara hamba dengan Penciptanya, manakala cinta jugalah asas kepada pembentukan sebuah keluarga Islam yang harmonis.

Cinta yang dibanteras oleh Islam ialah cinta yang dicemari oleh maksiat dan menuruti hawa nafsu, manakala mereka yang memupuk cinta tapi tetap berpegang kepada ajaran Allah dan mengikuti saluran syarak adalah diharuskan oleh syarak dan seterusnya memandu cinta melalui jalan pernikahan yang sah dan halal.

Rujukan :
1. Syeikh (Prof) Abdullah Nasih Ulwan, Islam wal Hubb (Islam dan Cinta)
2. Syeikh Atiyyah Saqr, Islam wa Musykilatul Hayah (Islam dan permasalahan hidup)
3. Ibn Qayyim al-Jauziah, raudhah al-muhibbin wa Nuzhah al-Musytaqin (taman orang-orang bercinta dan kerinduan)

Wanita..akal senipis rambutnya..

Jangankan lelaki biasa.. 
nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.. 
tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.. 
masih mencari walau ada segalanya.. 
apa yang ada di dalam syurga.. 
namun Adam tetap rindukan Hawa.. 
dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok.. 
untuk diluruskan oleh lelaki.. 
tetapi seandainya lelaki itu tidak lurus.. 
mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.. 

Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah.. 
kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.. 
didiklah mereka dengan panduan dariNya.. 
jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta.. 
kerana nantinya mereka semakin liar.. 
jangan hiburkan mereka dengan kecantikan.. 
kerana nantinya mereka semakin menderita.. 
kenalkan mereka kepada Allah.. 
zat yang kekal.. 
disitulah punca kekuatan dunia.. 

Akal senipis rambutnya tebalkan ia dengan ilmu.. 
hati serapuh kaca kuatkan dengan iman.. 
perasaan selembut sutera hiasilah dengan akhlak.. 
suburkanlah ia kerana dari situlah 
nantinya mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rabb.. 
bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan satu kelemahan.. 
ia bukan diskriminasi Allah.. 
sebaliknya disitulah kasih dan sayang Allah.. 

Wanita yang lupa akan hakikat kejadiannya.. 
pasti tidak akan terhibur.. 
dan tidak akan menghiburkan.. 
tanpa iman,ilmu dan akhlak mereka tidak akan lurus.. 
bahkan akan semakin membengkok.. 
itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya.. 

Bila wanita menjadi durhaka.. 
pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara.. 
lelaki pula jangan mengharapkan ketaatan semata-mata.. 
tapi binalah kepimpinan.. 
pastikan sebelum wanita menuju Illahi.. 
pimpinlah diri kepadaNya.. 
jinakkan diri kepada Allah.. 
nescaya jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu.. 
janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra r.a.. 
seandainya dirimu tidak sehebat Saidina Ali karamallahuwajhah.. 

oleh:AA Abdurrahman 

Wanita Solehah

Menurut perspektif Islam, wanita adalah pelengkap lelaki, sekali gus memelihara keseimbangan ciptaan Allah s.w.t. Malah Rasulullah s.a.w memartabatkan kaum wanita pada kaca mata Islam sebagai perhiasan dunia yang paling indah dan unik. Sebagaimana sabda Baginda bermaksud : " Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan paling insah ialah wanita yang solehah."
(Riwayat Muslim)

Hadis ini jelas menunjukkan betapa Islam memandang tinggi kedudukan wanita dalam kehidupan global. Jika ditelusuri dalam lembaran Al-Quran, wanita digambarkan dengan tiga fungsi penting iaitu :

1. Wanita dianggap sebagai fitnah dan musuh andainya dia tidak dididik dan diasuh serta dibentuk menurut acuan Islam.

2. Wanita juga ujian bagi seseorang lelaki dalam menerajui bahtera kehidupan ke arah kebahagiaan dan kesejahteraan hidup.

3. Wanita adalah anugerah Ilahi yang istimewa kepada lelali yang mendambakan kemesraan dan kebahagiaan hidup.

Sejarah Islam sebenarnya melahrikan ratusan personaliti wanita terbilang yang menjadi teladan kepada warga muslimah dewasa ini. Mereka adalah golongan wanita contoh yang menempa tinta emas yang mewarnai sejarah kegemilangan dan keunggulan Islam.

Sehubungan itu, baginda Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :

" Ada empat wanita mulia yang juga penghulu segala wanita di dunia; mereka itu ialah Asiah bt Muzahim, isteri Firaun; Maryam bt Imran, ibunda Isa; Khadijah bt Khuwailid, isteri Rasulullah s.a.w dan Fatimah bt Muhammad, puteri kesayangan Baginda." (Riwayat Bukhari)

Asiah adalah simbol teladan bagi wanita beriman yang tetap mempertahankan keimanannya kepada Allah, meskipun hidup sebumbung bersama suaminya, Firaun yang tidak beriman kepada Allah.

Maryam pula adalah simbol bagi wanita dalam ibadahnya dan ketinggian darjat ketakwaannya kepada Allah serta mampu memelihara kesucian diri dan kehormatannya ketika mengabdikan dirinya kepada Allah.

Manakala Khadijah pula adalah simbol kepada isteri yang setia tanpa mengenal penat lelah mendampingi suaminya menegakkan panji-panji kebenaran Islam, berkorban jiwa raga dan segala harta bendanya serta rela menanggung pelbagai risiko dan cabaran dalam menyebarkan risalah Islam yang diamanahkan pada bahu Rasulullah.

Akhirnya, Fatimah pula adalah simbol pelbagai dimensi wanita yang solehah, anak yang soleh dan taat di hadapan ayahandanya, isteri yang setia dan taat di ahdapan suaminya serta ibu yang bijaksana di hadapan putera puterinya. Dialah pemuka segala wanita dan juga seorang wanita mithali yang setiap detik kehidupan yang dilaluinya, sewajarnya dijadikan ikutan muslimah solehah.

Demikianlah antara beberapa profil wanita muslimah contoh yang mewarnai pentas kehidupan dengan ketenangan, kemesraan dan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Islam menganjurkan setiap muslim yang bakal melangkah ke alam perkahwinan agar berhati-hati dalam memilih calon isteri.

Kriteria calon isteri penting dalam kehidupan berkeluarga kerana ia adalah antara ciri kesolehan isteri yang dituntut Islam, di samping bakal menjamin kerukunan dan kebahagiaan rumah tangga.

Dalam hal ini, Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya : "Janganlah kamu nikahi wanita kerana kecantikannya, kelak kecantikannya itu akan membinasakannya, janganlah kamu nikahi wanita kerana hartanya, boleh jadi hartanya akan menyebabkan kederhakaanmu, sebaliknya nikahilah wanita yang beragama. Sesungguhnya wanita yang tidak berhidung dan tuli tetapi beragama, itu adalah lebih baik bagimu." (Riwayat Abdullah ibn Humaid)

Jelas di sini, bahawa aspek keagamaan dalam diri seseorang isteri adalah penentu hala tuju sesebuah rumah tangga yang dibina dan dibentuk.

Ini kerana agamanya yang bertapak kukuh dalam jiwa sanubarinya, dia pasti akan taat kepada suaminya pada semua perkara yang tidak bertentangan dengan perintah Allah dan tidak mendatangkan mudarat kepadanya.

Isteri solehah juga akan bersifat amanah terhadap harta benda suaminya, di samping menjaga maruahnya. Sewaktu ketiadaan suaminya, seorang isteri solehah memelihara dirinya dan maruhanya seperti tidak boleh keluar rumah tanpa izinnya, tidak boleh menerima tetamu yang tidak dikenali dan sebagainya.

Ketaatan dan sifat beramanah seorang isteri solehah ini banyak dipengaruhi oleh firman Allah yang bermaksud : "...perempuan yang solehah mestilah taat dan memelihara kehormatan dirinya ketika ketiadaan suaminya dengan perlindungan Allah.." (Surah An-Nisa:34)

Malah isteri yang solehah ingatannya sentiasa segar dengan pesanan baginda yang bermaksud " Jika seseorang wanita menunaikan silat lima waktu, berpuasa sebulan di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya, mentaati suaminya, nescaya dia dapat masuk ke mana-mana saja pintu syurga menurut kehendaknya." (Riwayat Imam Ahmad)

Isteri solehah juga adalah isteri yang sentiasa menyempurnakan keperluan suaminya, di samping memelihara keredaannya pada setiap masa dan keadaan. Ini kerana keredaan suami adalah anak kunci utama yang melayakkan menjadi penghuni syurga penuh kenikmatan.

Sabda Rasulullah bermaksud : " Mana-mana isteri yang meninggal dunia, sedangkan suaminya reda kepadanya, nescaya isterinya akan masuk syurga." (Riwayat Al-Hakim dan Tarmizi)

Apa yang paling penting ialah isteri solehah adalah pendidik dan pengasuh terbaik kepada anaknya yang juga penyejuk hati ibu bapa dan saham akhirat yang pahalanya berkekalan, biarpun ibu bapanya sudah lama meninggal dunia. Dengan agamanya itu, seseorang ibu mewariskan segala ilmu agamanya kepada anaknya agar mereka kelak akan menjadi anak soleh dan taat, bukan saja kepada ibu bapa bahkan taat kepada Allah.

Agama inilah ramuan terbaik yang boleh melenturkan peribadi anak, perhiasan akhlak terpuji, mengisi minda dan hati anak dengan keimanan dan ketakwaan serta membimbing kehidupan ke arah keredaan Ilahi.

Demikianlah betapa besarnya fungsi seorang wanita yang bertindak sekali gus sebagai isteri dan ibu solehah dalam sesebuah institusi keluarga. Justeru, Allah menganugerahkan ganjaran syurga bagi wanita solehah yang beriman dan benar-benar melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dan ibu dalam kehidupan sehariannya.

Akhirnya, Rasulullah s.a.w pernah bersabda, maksudnya : "Sebaik-baik wanita itu ialah wanita yang melahirkan anak, yang penyayang, yang memelihara kehormatannya, yang mulia pada kaca mata ahli keluarganya, yang menghormati suaminya, menghiaskan dirinya untuk suaminya tercinta, memelihara diri daripada pandangan orang lain, yang mendengar kata-kata suaminya dan mentaati segala perintahnya. Apabila bersama suaminya, dia memberikan apa saja yang diperlukan suaminya dan dia tidak pula menilak ajakannya serta tidak merendah-rendahkan atau menghina kedudukan suaminya di hadapan orang lain."

"Sesungguhnya,Allah Memang Sengaja...

Memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah supaya kita dapat
menjadi penilai yang baik.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah supaya kita sedar
bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa
mengharapkan pertolongan ALLAH.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah supaya kita dapat
KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK
DIRI KITA.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah supaya kita sedar
bahawa ALLAH MAHA PEMURAH DAN PENYAYANG
kerana mengingatkan kita bahawa dia
bukanlah pilihan yang hebat untuk kita
dan kehidupan kita pada masa depan...

Memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah supaya kita dapat
mengutip pengalaman yang tak semua orang
berpeluang mengalaminya.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah supaya kita jadi
MANUSIA yang HEBAT JIWANYA.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah supaya kita lebih
faham bahawa CINTA yang TERBAIK HANYA ADA
BERSAMA ALLAH.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah supaya kita LEBIH
MENGENALI KEHIDUPAN yang TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yang kecewa,menderita dan
sengsara kerana cinta,fahamilah bahawa
kehidupan kita makin sampai ke
penghujungnya. Hari esokpun kita
sendiri tak pasti sama ada menjadi milik
kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan
melaksanakan suruhan-NYA dan meninggalkan larangan-NYA.

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu
untuk menolak permintaan hamba-NYA yang
menadah tangan meminta dengan penuh
pengharapan HANYA kepada-NYA

Muslimah Solehah

"Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah"
Hadith Riwayat Muslim



WANITA ibarat bunga, cantik indahnya pada pandangan mata hanya sementara. Yang kekal menjadi pujaan manusia, hanyalah WANITA yang mulia akhlaknya kerana akhlak itu umpama bunga diri. Tiada guna berwajah cantik tetapi akhlak buruk, tiada guna juga berwajah cantik tetapi hati kosong dari ilmu.


Ibarat bunga, ada yang cantik apabila dipandang tetapi busuk baunya. Ada pula yang kurang menarik dan baunya juga kurang menyenangkan. Ada juga bunga yang tidak menarik pada pandangan mata kasar tetapi apabila dihalusi dengan mata hati, ternyata amat tinggi nilainya.


WANITA adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan WANITA. Oleh yang demikian, Allah telah menetapkan hukumnya ke atas mereka; walaupun berat di pandangan mata si jahil dan ingkar tetapi ia ada kemanisan iman yang dicicipkan oleh WANITA solehah.


Kerana itulah, sebagai anak, dia menjadi anak yang solehah. Sebagai remaja dia akan menjadi remaja yang berhemah, sebagai isteri, dia menjadi isteri yang menyenangkan dan menenangkan hati suaminya, sebagai ibu, dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasih sayang dan pastinya sebagai hamba Allah, dia akan menjadi hamba yang tunduk dan menyerah diri hanya kepada-Nya.


Firman Allah dalam surah an-Nisa',ayat 24 yang bermaksud:
"Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupun wanita sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikit pun."

WALLAHUAL'LAM :))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...