Blogger Layouts

I made this widget at MyFlashFetish.com.

zikrullah n doa

Jumaat, 28 Disember 2012

Bila diuji lelaki


1. Ingat dan berpegang pada prinsip.Utamakan wawasan akhirat yang berkekalan..Cintaku milik Allah!

2. Apabila gangguan mereka membuatkan mereka asyik bermain di fikiran,segeralah berzikir dan beristighfar.Baca Al-Quran

3. Apabila dia sering menelefon.Betulkan niat kerana Allah,berikannya kesedaran tentang tidak patiutnya berhubung,sehikmah mungkin.Bertegas dengannya.Kenalkan padanya orang-orang yang soleh untuk membimbingnya.Pendekkan perbualan.


4. Apabila diajak keluar,jangan sesekali keluar! kecuali urusan yang betul-betul penting


5.Apabila dia kerap sangat menelefon,bertegas dan minta dikurangkan.Kemudian bertegas jangan telefon lagi.Bagi kefahaman dan hujah

6.Apabila ditanya adakah aku sudah berpunya,cintaku hanya untuk Allah pada masa ini dan akan ku pelihara rasa cinta hanyalah untuk lelaki yang dipilih Allah untukku


7.Apabila tidak disangka-sangka dia menemuiku,cuba mengelak,duduk jauh-jauh,buat sesuatu agar dia terlindung dari memandang wajahku.Cakap sekadar perlu,ringkaskannya!!

[sumber: Seindah Mawar Berduri by Ustazah Fatimah Syarha]


Khamis, 29 November 2012

bila saya suke someone ^.^

bila saya suke someone ..hehehe




saya suke someone,mula2 krana sy sgka dy mjaga bts pgaulannya dgn prmpuan,,tp x..even dy suke kwn sy,,sy juz hampa sbb dy x mcm yg sy sngka,,,tp skrang sy da xde hati kt dy,,maybe dy rse sy suke dy lg..but sorry i don't like u anymore...please jgn anggap sy suke awk lg.

n now sy sdar,,klau kite sukekn seseorg pndamlah dlm hati...jgn luahkan even kt kwn2..cam2 kbaikannya..klau kite meninggal,kite mati syahid InsyaAllah...n mgkin ia akn memudahkan lg utk kite lupaknnya bile kite kcewa.kwn sy kata:klau kita tnampak org yg kita suka,istighfar byk2 dan org yg tlalu bharap adlh org yg mudah kecewa...(klau la sy mampu buat cmtu...)
lgpun..


couple dlm islam tetap haram even kite jdkan ia sbg cinta islamik.sbb copule ialah aktiviti yg mghampiri zina.klau kite bercinta,kite zina pd hati sbb memuja-mujanya,mrinduinya,lidah dgn mngucapkan kata2 manis,mata dgn mlihat aurat yg bkn halal bg kite,kaki dgn mlgkah k tempat maksiat...


barula sy tau tntang ni semua,,sbb before this sy x pnh tau..
so sy sdr..bile sy sukekan seseorang,sy tlh bzina hati,,sbb sy rindu dy,puji n kagumi dy,hgga sy lalai n leka.


andainya ade org yg mnyimpan prasaan pd sy,,dn yakin sy jodoh dy slps dy solat istikharah,,

sy hrp dy pinang sy,,n then btunang utk bberapa bulan,wktu tu adlh wktu yg baik utk saling mngenali latar blkg 
masing2.



.kmudian nikah..n lastly,,,bercinta slps nikah,,
this is because..in Islam NO COUPLE BEFORE AKAD NIKAH


n bila walimatulurus,,sy xnk  buat prsandingan,sy x nk ade karaoke sbb karaoke mbawa kpd maksiat,sy bdosa andainya sy mnyediakan laluan kepada maksiat,so,sy nk lgu nasyid je,
tp sblum tu mas kahwin x perlu mahal2 insyaAllah,,sbb sy ade dgr ceramah dlm al-kulliyah,,wanita yang mulia ialah wanita yg mas kahwinnya rendah,,ini sbb,supaya x mmbebankan bakal suami..x silap sy laa..

“Daripada Aisyah, Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud: ‘Sesungguhnya nikah yang paling besar keberkatannya ialah yang paling murah (rendah) maharnya.’” (Hadis riwayat Al-Baihaqiy)
Saidina Umar berkata: “Awas! Janganlah kamu melampau dalam memberi mas kahwin kepada wanita kerana sesungguhnya jika wanita itu seorang yang mulia di dunia atau seorang yang bertakwa di sisi Allah, nescaya Rasulullah s.a.w orang yang paling utama berbanding kamu dalam memberi mas kahwin yang banyak.


Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “sesungguhnya wanita-wanita yang yang paling diberkati dan menjadi keutamaan adalah yang paling rendah mas kahwinnya”(Riwayat Ibn Hibban)
Dalam sebuah hadis lain yang bermaksud: “sebaik-baik kamu ialah yang paling mudah mas kahwinnya”((Riwayat Al-Tabarani).Hadis marfu’ namun lemah pada sanadnya)
Juga hadis lain yang bermaksud: wanita-wanita yang paling diberkati dalam kalangan umatku adalah yang paling rendah mas kahwinnya”((Riwayat Ahmad)namun masih lemah pada sanadnya)

tp bkn skrg,,lps habis blaja :)

mak sy nk sy dpt calon suami yg dpt mbimbing sy,yg boleh mjadi imam,boleh mngaji,rajin k masjid,jge bts pgaulan,berilmu,beriman n ekonomi kukuh,,sbb mak nak anknya hidup senang,tp bkn bererti mewah.

sy pun harap dpt jodoh yg cam mak sy harapkan..sy dpt rse sy syg n cinta jodoh sy tu even sy  x pernah tau siapa dy..hehe




sy nk cinta tu kekal smpy tua..

but before everything begin...:

^-^
sekian shj luahan n angan-angan




cantiknya dia!!





Cantiknya wanita itu,
bukan kerana ramainya lelaki yang memujamu.

Cantiknya wanita itu,
bukan kerana cantik dan mahalnya pakaian yang menutup auratmu.

Cantiknya wanita itu,
bukan kerana manjanya nada suaramu

Cantiknya wanita itu,
bukan kerana kelembutan yang bukan pada tempatmu.

Cantiknya wanita itu,
bukan kerana keberanian yang salah di sisi agamamu.

Namun Akhawatku Sayang,
Cantiknya wanita itu terletak
pada bibirmu yang selalu berzikir,
pada mukamu yang bersinar dengan cahaya wudhuk,
pada hatimu yang penuh rahmah dan taqwa,
pada pendirianmu yang tak goyah,
memperjuangkan agamamu...

ingin bersamamu...... ;')


Aku saat bersamamu begitu damai, aku saat bersamamu begitu tentram, aku saat bersamamu tak mau meninggalkanmu.

aku saat bersamamu ingin terus memegangmu, aku saat bersamamu kau selalu bercerita banyak tentang duniaku, aku saat bersamamu kau selalu menasehatiku dengan bahasamu..

Seandainya ku tahu apa arti yang kau terangkan padaku, aku tak sanggup meninggalkanmu..........tapi ku selalu mencoba terus belajar arti bahasamu..

ku mencintaimu......ku menyayangimu.....ku selalu menciummu ketika ku selesai membuka isimu..ku memelukmu erat erat ketika ku membawamu.....ku tak sanggup melepaskan pelukanku saat memelukmu..karna didalam isimu kau bisa mengantarkanku beserta orang tuaku...kesurganya Allah Azza Wa Jalla..

Seperti apa yang Abu Umamah r.a. katakan:"Rasulullah shallallahu'alaihi wasallam.telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Quran,setelah itu Rasulullah shallallahu'alaihi wasallam memberitahu tentang kelebihan Al-Quran."

Telah bersabda Rasulullah shallallahu'alaihi wasallam.: "Belajarlah kamu akan Al-Quran, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya.

"Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya,"Kenalkah kamu kepadaku." Maka orang yang pernah membaca akan menjawab:"Siapakah kamu?"

Maka berkata Al-Quran: "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."

Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Quran itu:"Adakah kamu Al-Quran." Lalu Al-Quran mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah Azza Wa Jalla.Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota diatas kepalanya.

Pada kedua ayah dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya:"Dari manakah kami memperolehi ini semua, padahal amal kami tidak sampai ini." Lalu dijawab:"Kamu diberi ini semua Karena anak kamu telah mempelajari Al-Quran."

Serta bertemu dengan Nabiku MUHAMMAD SHALLAHU ALLAIHI WASSALLAM.....Aamiin ya Rabbal'alamin..

Khamis, 22 November 2012

Bersabarlah dalam menanti~

Wahai Hati...
Bersabarlah dalam menanti,
Yakinlah janjiNya adalah pasti..
Pada akhirnya kebahagiaanlah yg kelak kan diraih.
Wahai Jiwa...
Tenanglah dalam lara,
Percayalah bahawa janjiNya adalah nyata,
Jangan pernah ragu dengan kehendakNya.
DIA lebih tau mana yang terbaik untuk para hamba2Nya..
Wahai Raga...
Tetaplah istiqamah dalam asa,
Cinta yang suci sedang menguji keimanan kita,Seberapa sabar kita dalam menunggu...
Seberapa kuat kita saat tertatih...
dan seberapa tegar kita disaat rapuh...
Segala uji dan cubaanNya tak pernah ada yang sia2,Dibalik itu semua pasti ada hikmah dan barakahnya, bersabarlah untuk suatu Keindahan,Kebahagiaan itu pasti kan datang untukmu,
Disaat yang Indah di waktu yang tepat...Aamiin.



Ahad, 3 Jun 2012

~I love you forever!~



Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang~

bercinta dengan cara yang Allah cintai,pasti membuahkan bahagia
bercinta dengan cara yang Allah murkai pasti mengundang sengsara
menodai cinta suci dengan maksiat dan nafsu diri, pasti mengundang kecewa
menodai cinta Ilahi dengan kehendak diri pasti mengundang penyesalan hingga ke hujung nyawa


*******
Cinta, cinta, cinta, bila berbicara bab cinta ini, memang tidak akan pernah habis, memang tidak akan pernah memuaskan hati bagi pencari tegar cinta sejati, cinta sesama makhluk di muka bumi, fitrah manusia sememangnya ingin mencintai dan dicintai tetapi manusia kini bukan hanya bercinta, tetapi menambah dosa dan merasa seronok sekali.


Sedikit pun tiada rasa malu, sedikit pun tiada rasa jijik, sedikit pun tiada rasa berdosa dengan Ilahi ,kerana pabila seseorang itu sedang di amuk cinta, akal tidak berguna lagi, nafsu yang memandu diri, memenuhi kehendaknya hingga tidakkan pernah merasa puas dan akan melakukannya berulang kali.


'Aku tak boleh tinggalkan dia, aku sayang sangat dekat dia, dia macam nyawa aku!'
'aku..dah buktikan cinta aku pada dia, sekarang ni, aku dah jadi milik dia'
'sayang..I love you so much, jom dating?abang rindulah'
'papa, sampai hati papa tinggalkan mama!apa yang kurang kat diri mama?semuanya mama dah bagi kat papa!'
'hensemnya pelajar baru tu, dah la smart, tinggi, kemas, bijak, pakej lengkap!terbaik ni takleh lepasan peluang!'
'awak, saya ada tulis surat khas buat awak, nanti baca k *tersipu-sipu..berlalu pergi*'


*************


Cinta, dikalangan remaja, para belia masa kini, itulah topik terhangat bermula dari peringkat sekolah hinggalah ke universiti. ramai yang berebut, bergaduh sebab seorang perempuan, yang perempuan bergaduh bertarik rambut kerana seorang lelaki 'dia aku punya lah! yang kau sibuk nak rampas dia tu kenapa?!macam dah tak ada lelaki lain dalam dunia ni ko nak amik!' *wrestling diteruskan*.


Bagi remaja, tak boleh nak hidup tanpa cinta ni, macam satu kekosongan dalam jiwa, tak ada teman nak berkongsi, tak ada sesiapa yang memahami, semua orang ada cinta sendiri, ada boyfriend nak bawa jalan-jalan, ada teman nak bermesra, sampai rasa dunia yang punya.


bercouple, berdating, bermesraan, bergelak-ketawa, bermanja-manjaan dan semua yang seangkatan dengannya, boleh dilakukan dengan suami atau isteri sahaja. Ooops..tak terhad kepada itu, selain itu ia boleh juga dilakukan bersama ahli keluarga, sahabat yang sama jantina serta adik/kakak/abang angkat yang sama jantina dengan kita. jika lelaki, berkasih sayanglah dengan sesama lelaki, jika perempuan, berkasih sayanglah sesama perempuan, berkasih sayang dalam konteks ini bukan bermaksud berkasih sayang sampai melakukan hubungan sejenis,tidak.tidak.tidak. tetapi saling berkasih sayang kerana Ilahi, saling memperingati dan berjuang demi menegakkan Islam yang dicintai.

Renung sejenak...


Cuba kita renung-renungkan balik, berkasih sayang yang dibenarkan dalam Islam adalah amat amat luas, tetapi manusia lebih cenderung memilih untuk bercinta dengan cara yang tidak Allah sukai, dengan cara bercinta dengan pasangan yang tidak halal buat diri, kalau kita tengok senarai untuk cinta yang halal, banyak sangat yang dibenarkan Islam, tetapi yang satu itu jugalah yang kita selalu lihat orang buat. Bermesra ditempat awam, lebih dasyat, bertudung dan berpimpinan tangan di khalayak umum, lebih dasyat, sampai ke hotel untuk memenuhi kehendak nafsu. nauzubillah.


Jika benar cinta, berkahwinlah, bernikahlah dengan pasangan itu, dari berdating, keluar berdua-duaan, berpimpinan tangan, merenung sesama sendiri dan saling berhubung dengan pelbagai kemudahan teknologi masa kini.


Sms, phone call, Yahoo Messanger, Facebook, email, twitter,skype dan pelbagai cara lagi. 
Adakah ini yang dikatakan bercinta sampai ke syurga?
atau 
ini yang dikatakan bercinta untuk berseronok sementara dan kemudian berakhir di neraka?


"Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk" (Surah Al-Israa ayat 32).


Allah dan larang kita untuk mendekati, belum buat lagi, segala medium yang membuatkan kita semakin menghampiri zina adalah tidak dibenarkan dalam Islam.


Dari Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W bersabda :
"Sesungguhnya Allah Ta'ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah dengan memandang. Zina lidah ialah dengan berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat, sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menurti"




Cuba kita fikirkan...


Jika asas percintaan itu rapuh, bukan berlandaskan syariat, bukan bercinta dengan cara yang Allah cintai, mungkinkah untuk kita mempunyai mahligai bahagia idaman tiap insan yang kekal bahagia hingga ke akhirat nanti? tepuk dada tanya iman, Cuba kita renungkan sebentar erti cinta yang sebenar.


Kita dan pasangan kita itu, ada satu kuasa yang mencampakkan rasa kasih sayang, menumbuhkan benih cinta dalam hati kita, siapa? siapa? siapa?


ALLAH S.W.T.


Allah Maha Tahu tentang perihal diri kita serta pasangan kita, DIA Maha Mengetahui tentang kesukaan, kelemahan diri kita dan pasangan kita, DIA sentiasa memerhati dan pasti akan memberikan yang terbaik buat kita, DIA pasti akan mempertemukan kita dengan orang yang bersefahaman dengan kita.

tetapi...


Mengapa Dia tidak kita cintai sepenuh hati? Mengapa kita tidak mahu mendekatkan diri pada Ilahi? Mengapa Dia kita belakangi dan pasangan kita, kita dahului? Mengapa tidak kita mengharap pertolongan Ilahi, yang memegang tiap hati di muka bumi, Mengapa tidak kita MENJAGA ALLAH? mengapa kita hanya menjaga pasangan kita? mengapa??!


kerana..


Nafsu dah menerajai hati, rasional akal ditolak tepi, balasan di akhirat dipandang sepi, nikmat duniawi dijunjung tinggi, semuanya bangga melanggar perintah Ilahi~


Allah Maha mengetahui bahawa cinta itu fitrah manusia, maka bernikahlah, jika tiada perancangan untuk berkahwin atau mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat, elakkanlah berhubung dengan orang yang kita cintai itu. Jika benar cinta, pasti mahu sampai ke syurga, bukan berseronok sementara dan berakhir di neraka. 


Kita perlu ingat, orang yang kita cintai itu BUKANLAH MATLAMAT dalam usaha kita menggapai cinta Ilahi, orang yang kita cintai itu, hanya salah satu medium yang Allah berikan buat kita untuk mendekatkan diri kita padaNya. Jika berpisah dengan pasangan kita, kita tidak sepatutnya sedih kerana Allah sentiasa menyediakan medium yang lain untuk kita menghampiriNya dan pasti Allah akan menggantikan dengan sesorang yang lebih baik dari pasangan yang berpisah dengan kita.


mencari redha Ilahi adalah MATLAMAT UTAMA kita.


Cintailah Allah dengan sesungguh-sungguh cinta
Taatilah perintahNya dan tinggalkanlah segala laranganNya
Jangan berlagak sombong di dunia
Kelak merasa kerdil diri sebagai seorang hamba di akhirat sana


sekadar satu perkongsian buat diri agar tidak melakukan perkara yang Allah tidak sukai.


mari kita sama-sama muhasabah diri kembali~


~JAGALAH ALLAH, dan ALLAH PASTI MENJAGAMU~


Isnin, 23 Januari 2012

Bila langit mula mendung


Bila langit mula mendung, kekadang terdengar bebelan orang-orang di sekeliling kita, "Cuaca buruk je akhir-akhir ni ye.." Soalnya, kenapa hujan dikatakan cuaca buruk?

Berapa ramai di kalangan kita yang mengeluh bila hari hujan? 

- Iskk, tak kering la baju kalau asyik hujan je..
- Alahai, hujan laaagiiii
- Tiap-tiap hari hujan...susah la mcm ni
- Payah nak buat apa2 kalau hujan
- Tak boleh balik lagi, hujan!
Bukankah bebelan-bebelan itu lebih baik digantikan dengan doa : "Allahumma syaiyiban nafi'a" (Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami). 

Hakikatnya, hujan itu rahmat.

"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya)." (Al-A'raf : 57) 

Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya.
1. Membersihkan udara
2. Menyubur tanaman
3. Membekal air ke empangan

Ini sikit sahaja senarai kebaikannya. Ada banyak lagi.

Kenapa orang selalu "bad mood" bila hujan? 

"Hujan tidak, mendung pun tidak, tiba-tiba je bermuram ni..?" Macam biasa dengar ayat tu kan? Seolah-olah sinonim sungguh hujan dengan suasana muram/tak best. Kesian hujan.

Sedarkah kita? Bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat manusia. Sebab itu, Nabi pun pernah pesan, bila hujan turun, doa mustajab. 

Sekarang ini, di tempat kita hampir tiap-tiap hari hujan. Tiap-tiap hari ada masa untuk doa menjadi mustajab. Kenapa lepaskan peluang dengan keluhan sia-sia di saat pintu-pintu langit sedang terbuka?

"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah" (al-Qamar : 11) 

Maka, BERDOALAH. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Dan semoga, hari esok akan lebih baik. Dalam ilmu tasawwuf dan ilmu-ilmu fardhu Ain lain pun ada juga mengingatkan kita tentang kebijaksanaan Allah.

Lihatlah firman Allah yg bermaksud : "Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya." (Al-Mukminun : 18) 

Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN. Baru hari ini kita tahu, bahawa Allah turunkan hujan lebat kepada kita sekarang ini ada sebabnya, ada sukatannya. Kemudian, air itu akan disimpan di bumi. Selama mana? Itu semua rahsia Allah. 

"Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian kami berikan kamu meminumnya; dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya." (al-Hijr : 22) 

Semoga ada iktibar untuk peringatan kita.

"Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit dan bumi dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan." (Surah Hud : 123) 



~~ Sesungguhnya Setiap Rezeki Itu Datang Dari ALLAH S.W.T~~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...