Blogger Layouts

I made this widget at MyFlashFetish.com.

zikrullah n doa

Selasa, 15 Mac 2011

Alangkah Malunya

Alangkah malunya
Jika seorang perempuan yang digelar islam
Tidak pandai berbicara tentang agamanya
Hanya pandai mengaku dia beragama islam/ sekejap sahaja marah apabila agamanya dihina
Fasih berbicara tentang kejahatan orang lain.


Alangkah malunya..
Seorang perempuan yang digelar muslimat,
Yang tahu dan belajar mengenai islam,
Tetapi tidak mengamal dalam kehidupannya,
Hanya pandai menyeru sedangkan dirinya disebaliknya.


Alangkah malunya..
Jika muslimat itu tidak menutup keaibannya,
Dibiarkan lelaki bukan ajnabi melihatnya,
Tanpa rasa segan dan berdosa,
Tetapi berbangga dengan gaya fesyen yang membaluti tubuhnya ,


Alangkah malunya..
Jika muslimat itu tidak mengenal jasa ibu bapanya,
Yang telah banyak berkorban untuk membesarkannya,
Tanpa meminta balasan sedikitpun,
Tetapi muslimat itu telah menderhakai orang tuanya,


Alangkah malunya..
Seorang muslimat yang digelar Hamba pada Yang Satu,
Yang berjaya dan sekelilingnya ada kemewahan,
Tanpa mengucap syukur pada Yang Esa,
Dengan tidak menunaikan kewajipan seorang muslim,
Sedangkan ALLAH Yang Maha Kaya,


Alangkah bertuahnya..
Jika perempuan muslimat termasuk aku,
Yang mempunyai matlamat yang jitu,
Untuk memperjaungkan Islam dan mengamalkannya,
Ingatlah Muslimat.
Sesungguhnya, tangan yang membuai dapat mengoncang dunia,
Inilah, betapa hebatnya seorang perempuang yang digelar muslimat,
ALLAHU AKBAR!!!!

La Takrabuz Zina






Firman Allah:
'Dan janganlah kamu menghampiri zina,
Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan
yang keji dan satu jalan yang jahat.'

Kebanyakan umat Islam menganggap penzinaan itu adalah semata-mata melakukan persetubuhan haram dan inilah perbuatan maksiat yang dilarang keras dan merupakan satu daripada dosa-dosa besar. Sebenarnya dalam agama Islam, bukan perbuatan zina itu saja yang dilarang keras, tetapi termasuk juga sebarang perbuatan@perlakuan kearah menghampiri zina yang disebut sebagai 'budaya takrabuz zina'.Takrif 'zina' itu luas, meliputi banyak aspek perlakuan. Rasulullah s.a.w. memperincikannya sebagaimana dalam sabda-sabda Baginda s.a.w. yang bermaksud:

'Zina dua mata itu menilik(memandang) perempuan yang ajnabi.'
'Zina kedua mata itu memandang, zina kedua telinga itu mendengar, zina kedua tangan itu menjabat(sentuh), zina kedua kaki itu melangkah dan zina hati itu mengingini, mengangan-angankannya.'Riwayat Bukhari dan Muslim.

Demikianlah, semua perbuatan maksiat itu zahir atau batin adalah dikira zina belaka. Samada berdua-duaan, berdating, berhimpit-himpitan, berbual di telifon, dan bermesra semuanya termasuk dalam kategori zina.Larangan melakukan tindak-tanduk yang membawa kepada perbuatan zina itu bukan khusus ditujukan kepada pasangan yang berkenaan sahaja, tetapi termasuk juga orang lain yang terbabit(bersyubahat). 

Maka jika anda membantu rakan anda dalam perbuatan maksiat, seperti menjadi perantara pasangan yang berbuat maksiat, member sesuatu yang digunakan untuk maksiat dan sebagainya, maka dosanya samalah seperti mengerjakan maksiat.Ramai orang tidak sedar, bahawa mereka turut terlibat dalam melakukan perbuatan menghampir zina itu. 

Di kalangan kita, masih ramai ibubapa yang sengaja (sportinglah kononya) member peluang kepada anak gadis mereka berdua-duaan dengan teman lelakinya. (Sebenarnya dalam sosial Islam, tidak ada istilah 'teman lelaki' bagi perempuan dan sebaliknya.) Ada-ada saja helah ibu bapa untuk tidak menganggu anak gadis mereka yang melakukan khalwat(berdua-duaan, berbual mesra) dengan teman lelakinya. 

Umpamanya, ada ibu yang masuk ke dapur, ada bapa yang ada-ada saja kerjanya yang perlu dibuat, lalu keluar rumah atau ke biliknya. Meninggalkan sepasang pasangan haram.Ramai ibubapa membenarkan anak gadis mereka keluar berdua-duaan dengan teman lelakinya(tanpa pihak ketiga) dalam keadaan tidak dharurat.

Mereka tidak sedar atau sengaja tidak mahu menyedarinya, bahawa dengan tindakan itu mereka turut terlibat atau bersyubahat atau secara tak langsung meluaskan peluang kepada anak gadis mereka menceburkan diri dalam kegiatan budaya takrabuz zina, walaupun sebenarnya mereka tidak mengharapkan anak gadis mereka melakukan perbuatan zinayang sebenarnya itu.

Ramai yang tak terfikir, kalau belum lagi melakukan zina, mungkin anak gadis mereka melakukan mukadimah zina. Pastinya, anak gadis mereka sudah melakukan zina mata, zina tangan, zina kaki atau zina hati dengan teman lelakinya.

Kerana terlalu jahil dan terpengaruh kepada amalan sosial barat yang dikatakan moden, ramai orang menganggap apa yang mereka lakukan itu adalah perkara biasa, sudah menjadi tradisi. Malah, mereka menganggap itulah tindakan yang selari dengan zaman moden sekarang ini. 

Tambahan lagi jika terhadap mereka ketika masa muda dulu, ibu bapa mereka pernah bertindak demikian, membiarkan mereka berdua-duaan dengan kekasih mereka.Pengaruh budaya barat dalam bidang sosial ini harus disedari sebagai virus berbahaya yang merosakkan budaya Islam, sekaligus meruntuhkan kekuatan umat Islam. 

Pada peringkat awal orang-orang barat(Kristian khususnya) melancarkan perang bersenjata terhadap kerajaan Islam, tetapi mereka gagal. Lalu menukarkan perang bersenjata itu kepada perang psikologi.Dalam tahun 1268, seorang Raja Perancis pernah mengemukakan saranan: 

'Adalah suatu yang amat sukar dan hampir mustahil untuk mengalahkan umat Islam melalui peperangan dengan bersenjata dan kekerasan. Berdasarkan pengalaman yang disokong oleh fakta sejarahsebelumnya, maka yang penting sekarang ialah mengatur langkah lain untuk umat yang degil itu.'

Antara 'langkah lain' itu ialah melancarkan perang psikologi dengan cara mengumpankan corak hiburan yang membawa kepada amalan pergaulan bebas antara muda-mudi Islam yang boleh diistilahkan sebagai'budaya takrabuz zina'. Sebagai contoh, pada masa kini, banyak rancangan televisyen yang memberi contoh negatif kepada masyarakat seperti Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Mentor dan seangkatan dengannya. 

Apabila seluruh Malaysia sudah didedahkan dengan hiburan seperti itu, maka ia dianggap biasa oleh orang ramai, maka tidak ada rasa berdosa kepada mereka yang melakukan pergaulan seperti itu.Hiburan dari barat itu sengaja dieksport ke Negara Islam sebagai satu strategi perang psikologi untuk melemahkan umat Islam. 

Tanpa kesedaran ini, umat Islam, bukan sahaja tidak peka dengan 'umpan' atau matlamat negatif hiburan dari barat, malah mereka menerimanya sebagai hasil seni dan budaya yang mereka iktiraf sebagai 'budaya global'. Sebenarnya apa yang disebutkan sebagai 'budaya global' itulah yang merupakan 'budaya takrabuz zina'.Tuduhan terhadap barat dalam hal ini bukan tidak berasas. Kaum Yahudi dan Nasrani memang selamanya mendendami dan memusuhi umat Islam. Allah SWT mengingatkan Rasulullah saw melalui firman-Nya:

' orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali menyukaimu(Hai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka' (al-Baqarah:120)

Perkembangan budaya takrabuz zina memang dirancang oleh musuh Islam untuk menghancurkan umat Islam. Inilah yang dikatakan sebagai strategi dalam perang psikologi mereka terhadap umat Islam. Seorang orientalis pernah berkata,

'Gelas minuman keras dan penyanyi perempuan(pelacur) dapat menghancurkan umat Muhammad. Ini lebih berkesan daripada apa yang dapat dilakukan oleh seribu meriam'.

Mudah saja manusia terseret dan tergelincir dari landasannya jatuh ke lembah maksiat, kerana kegiatan dan pergaulan bebas dalam dunia hiburan bercorak barat(muzik, sukan, dan sebagainya) itu adalah meliputi ciri-ciri'budaya takrabuz zina'. Di mana-mana saja, perbuatan maksiat dalam dunia budaya ini telah, sedang berlaku dan senang dilihat. 

Fenomena keruntuhan akhlak yang amat teruk sekarang, di kalangan muda mudi Islam khususnya, sehingga merebaknya wabak bohsia, bohjan, gay, pembuangan bayi luar nikah, seks bebas, pelacuran dan sebagainya adalah antara bukti-buktinya.Dalam rancangan Edisi Siasat di NTV7 pernah menayangkan betapa runtuhnya akhlak anak-anak muda melayu Islam melakukan seks bebas dalam tajuk rancangan 'Seks tepi tangga'. Kemanakah maruah umat Islam kini? 

Dikatakan Malaysia ini Negara Islam, tetapi gejala seperti ini berleluasa sehingga sukar untuk dibendung lagi, saban hari kita terdengar, terbaca di dada akhbar, kes pembuangan bayi, rogol, seks bebas dan sebagainya. Kemana perginya nilai-nilai Islam? Sehingga sanggup menjual maruah Islam seperti perempuan tidak bertudung, berpakainan ketat menampakka susuk tubuh badan.Jadi, dimanakah anda pada ketika ini? 

Adakah anda termasuk dalam golongan sedemikian? Jika ya, maka keluarlah dari lembah kehinaan itu dan bertaubatlah dengan taubat nasuha, kerana Allah Maha Pengampun. Jika tidak, maka usahakanlah menghidupkan kembali sinar-sinar Islam ke dalam masyarakat yang amsih lemah dan tidak menyedari semua ini. Laksanakan perintah Allah.

'Sesiapa di kalangan kamu yang ternampak kemungkaran, maka hendaklah dia mengubah dengan tangan. Jika tidak mampu, maka hendaklah dia mengubahnya dengan lisan, dan jika tidak mampu juga, hendaklah dia mengubahnya dengan hati(membenci dalam hati) dan itulah selemah-lemah iman'

Wallahua'lam

Rindu Berjumpa Dengan Allah...

Ketika cinta kepada Allah SWT telah bertakhta dalam hati hamba, maka dengan sendirinya ia akan selalu berusaha keras mengambil kesempatan yang ia miliki untuk berkhalwat dengan Allah, berzikir dan bermunajat kepadaNYA. Berusaha menyatukan hatinya bersama ALLAH swt. Setahap demi setahap akan lahirlah kerinduan yang terpendam kepada Allah swt yang bersemayam dalam hati dan mendorongnya untuk dapat melihatNya. Ketika diberitahu kepadanya bahawa Allah swt tidak dapat dilihat dan ditemui di dunia tetapi setelah mati, maka bertambahlah kerinduannya untuk bertemu dengan Allah swt.


Pertemuan dengan kekasih Yang Maha Agung, Zat Yang selama bertahun-tahun ia selalu bermunajat kepadaNya dan menmpahkan air mata dalam mihrabNya.
Pertemuan dengan Zat yang telah ia seru diwaktu-wktu genting, ia selalu mendapatiNya dekat dengannya dan mengabulkan doanya.


Pertemuan dengan Zat yang mencukupi, mengawasi dan menolongnya dari diriny dan musuhnya. Pertemuan dengan Zat yang member, memuliakan, menjaga dan memeliharanya dari setiap bencana dengan sebaik-baiknya.


Hasan al-Basri berkata,”Sesungguhnya, para pencinta Allah swt adalah orang-orang mewarisi kehidupan yang baik, merasakan kenikmatan ketika dapat bermunajat dengan kekasih mereka, dan mendapatkan kemanisan dalam hati mereka. Lebih-lebih lagi jika sudah terdetik dalam hati mereka, nescaya mereka akan mengingati kebesaranNya. Tersingkaplah tirai yang menutupi (pandangan)nya di tempat yang aman dan menggembirakan. Diperlihatkan kepada mereka keagunganNya dan diperdengarkan kepada mereka kelazatan perkataanNya serta disampaikan kepada mereka jawapan atas apa yang mereka munajatkan setiap hari dalam kehidupan mereka.


Dengan demikian, kerinduan kepada Allah swt adalah buah dari bertakhtanya cinta dalam hati seorng hamba. Ibnu Rajab menegaskan hal ini dalam perkataannya, “Kerinduan pada Allah swt merupakan darjat inggi yang dibangunkan dari kekuatan cinta kepada Allah swt. Sesungguhnya, Rasulullah s.a.w pernah meminta darjat ini kepada Allah swt.”


Disebutkan dalam doa Rasulullah S.A.W :

“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu keredhaan terhadap ketentuanMu, ketenangan hidup sesudah kematian, kelazatan melihat wajahMu, dan kerinduan untuk berjumpa denganMu tanpa adaya halangan yang menyukarkan dan tanpa adanya ujian yang menyesatkan.” 


Rasulullah s.a.w meminta kepada TuhanNya kerinduan untuk berjumpa denganNYA tanpa adanya hal-hal yang menyukarkannya. Baginda berdoa dengan sabda, “Kesempitan dunia dan takdir yang menyakitkan, atau fitnah dalam agama yang menyesatkan atau kalimah lain yang bermakna menjadikan kerinduan pada Allah itu lahir dari dorongan rasa cinta.”


Disebutkan dalam sebuah atsar bahawa Allah SWT berfirman, “Ingatlah, sesungguhnya orang-orang yang soleh telah lama rindu untuk bertemu denganKU. Padahal AKU jauh lebih rindu kepada mereka. Tidaklah para perindu itu rindu kepadaku kecuali kerana kurnia kerinduanKU kepada mereka. Ingatlah, barang siapa mencariKU, nescaya ia akan mendapatkanKU. Barangsiapa mencari selainKU, nescaya ia tidak akan pernah mendapatkanKU. Adakah orang yang menghadap kepadaKU, kemudian AKU tidak menyambtnya? Adakah orang yang berdoa kepadaKU, lalu AKU tidak makbulkan doanya? Dan adakah orang yang meminta kepadaKU, lalu AKU tidak member kepadanya?”…. 


(Sumber : Buku Mencintai Dan Dicintai Allah, Oleh Dr Majdi Al-Hilali)

Cinta vs Suka lalalalala~



Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang. 
Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira. 

Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga. 
Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja. 

Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku. 
Jikalau kita melihat mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum. 

Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata. 
Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja. 

Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu. 
Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar. 

Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta. 
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka. 

Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis. 
Bila orang yang kita suka menangis, kita akan membuat dia gembira. 

Perasaan cinta bermula dari kata. 
Perasaan suka bermula dari telinga. 

Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka. Umpama kita membuang telinga kita. Tapi jika kita cuba menutup mata. Cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang akan mengalami ini dalam hidup mereka. 

Cuma fikirkanlah bersama-sama siapa yang anda cinta...semestinya anda sudah mengetahuinya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...