Blogger Layouts

I made this widget at MyFlashFetish.com.

zikrullah n doa

Selasa, 29 Mac 2011

NAIK SALAH, TURUN PUN SALAH

Pada zaman dulu di negara Arab, ramai orang menunggang kaldai sebagai kenderaan. Seorang bapa membawa anaknya ke satu tempat dengan membawa seekor kaldai. Kedua-dua mereka menaiki kaldai itu dan lalu di sebuah pekan. Keadaan ini menarik perhatian orangramai. Ada di antara mereka berkata "Ini kes aniaya. Kaldai tu dah le kecil. Dua-dua orang pulak naik. Kan tu menyeksa binatang.. Tak ada peri kemanusiaan langsung".   
Si-bapa mendengar komen mereka. Lalu si bapa turun dan membiarkan anaknya sendirian di atas kaldai. Si-bapa meneruskan perjalanan sambil berjalan kaki. Mereka pun melalui sekumpulan orangramai. Sekali lagi ada yang komen, "Kurang ajar punya anak. Dia sedap-sedap naik kaldai. Bapanya dibiarkan berjalan kaki."   

Si-anak mendengar komen mereka, lalu dia turun dan menyuruh bapanya pula menunggang kaldai. Si-anak berjalan kaki mengiringi bapanya di atas kaldai. Mereka pun melalui sekumpulan orang. Sekali lagi mereka mendengar rungutan "Bapa tak ada otak, dia sedap naik kaldai, anaknya dibiarkan berpeluh berjalan."   

Mendengar komen itu, si-bapa pun turun dan berjalan bersama-sama anak. Kaldai itu dibiarkan berjalan sendirian. Mereka pun melalui sekumpulan orang. Masih ada yang komen "Apalah bodohnya orang tua ni. Ada kaldai tapi tak mau naik. Kalau macam ni, lebih baik tak payah bawa kaldai!"   

Mendengar kata-kata ini, si-bapa pun memberitahu anaknya. "Beginilah keadaan masyarakat. Mereka hanya pandai komen. Pandai melihat kesalahan orang. Ada saja yang tak betul. Kalau kita ikut saja kata-kata mereka rosak kita. Kita tidak boleh terima pandangan mereka secara melulu. Kita kena fikirkan kesemuanya dan kita buat apa yang baik pada kita. Jangan pedulikan komen mereka.."  



Pilihlah Aku Untuk Ikhlas Ya ALLAH..

Sejenak kita renungkan..
Semoga ada ikhtibar yang kita dapat ambil bersama dalam melayari bahtera kehidupan.ceria*

Orang yang sibuk melakukan kebaikan tidak akan sempat melihat kejahatan orang lain.  Demikian kata2 hukama yang menerjah ruang fikiranku.  Ah, betapa kurangnya kau melakukan kebaikan.. bisik hati kepada diri sendiri.  Justeru, mata, telinga dan indera yang lain masih sempat melihat, menghidu dan menuturkan kejahatan orang lain.  Terasa diri amat hina, ketika usia melonjak dengan begitu cepat, diri terasa masih merangkak-rangkak menyusur jalan taubat.

Betapa sekali-sekala melakukan kebaikan terasa hebat bukan kepalang.  Tanpa sedar riak bertandang.  Terasa ingin dipamerkan segala-galanya agar dipuji dan disanjung dengan kata-kata dan anugerah manusia.  Biar terserlah siapa aku, bisik ego diri.  Padahal nilai amal yang sebegitu tidak ada harganya walau sedebu.  Apatah lagi ALLAH yang pastinya tidak akan menerima sebarang sekutu.  Dan manusia pun akhirnya akan memandang sinis dan loya dengan ‘aku’ mu.

Apabila riak itu adalah tertipu dengan kehadiran manusia, sum’ah pula terpedaya tanpa kehadiran sesiapa.  Walaupun sesiapa di mata tetapi di hati masih mengharap-harap amal yang kononnya disembunyikan itu diketahui juga oleh manusia.  Ah, alangkah indah rasanya apabila amal yang cuba disembunyikan itu diketahui lalu diheboh-hebohkan pula.  Ah, hebatnya dia! Begitu kata sanjung yang dijunjung.  Pada ketika itu hati pun berbunga.  Aduh, sum’ah lebih dasyat tipuannya daripada riak.

Apabila terlepas diri daripada keduanya, menanti pula musuh ketiga yang tidak kurang hebatnya... ujub! Takjub dan berasa hairan terhadap diri sendiri.  Kali ini bukan pujian manusia yang terang dan bersembunyi yang diharapkan tetapi pujian diri terhadap diri sendiri.  Betulkah ini aku? Alangkah hebatnya.  Terasa diri bagaikan wali apabila amal ibadah mengatasi orang lain.  Aku bukan manusia biasa.  Aku tinggi mengatasi semua.  Ujub hakikatnya lebih sukar dikesan dan dirawat berbanding riak dan sum’ah.

Bukan mudah untuk ikhlas.  Semakin dicari terasa semakin misteri.  Memang, ikhlas itu rahsia dalam rahsia ALLAH.  Melakukan sesuatu kebaikan bukan kerana ALLAH..itu tidak ikhlas.  Meninggalkan satu kejahatan bukan kerana ALLAH.. itupun tidak ikhlas.  Kekadang begitu ikhlas hati ketika memulakan amal, tetapi sampai dipertengahan, kecundang oleh sesuatu yang selain ALLAH. Ya ALLAH, aku benar-benar pasrah.  Perjuangan untuk ikhlas terlalu seru dan keliru.  Bantu aku, memahami dan menangani rahsia ini.

Beribadahlah sehingga terasa penat untuk melakukan maksiat.  Begitu pesan hukama yang menjadi kompas hati.  Buatlah apa sahaja kebaikan sejak sebelum terbit fajar sehingga terbenam mentari.  Ikhlas atau tidak jangan diperkirakan dulu.  Jangan mengukur kesempurnaan di garis permulaan amal.  Beramallah walau hati terganggu oleh mazmumah dan ikhlas diintai oleh riak dan sum’ah.  Pedulikan ujub yang menanti masa untuk menyusup.  Tega dan relakan sahaja.

Teringat apa yang dipesankan oleh Imam Ghazali ketika muridnya bertanya, “Tuan, bagaimana keadaanku ketika mulutku berzikir tetapi hatiku masih lalai?” Lalu Imam yang arif dalam soal keajaiban hati itu pun berkata,”Teruskanlah berzikir walau hatimu lalai kerana sekurang-kurangnya lidahmu akan terselamat daripada berkata-kata yang kotor dan sia-sia.”

Teringat pula apa yang pernah ditanyakan oleh Abu Hurairah kepadada Nabi Muhammad SAW tentang seorang yang mengerjakan solat tetapi masih mencuri.  Lalu Rasulullah menegaskan solat itu lambat-laun akan menghilangkan tabiatnya yang buruk itu.  Jadi, jika dirimu masih melakukan kejahatan, ingatlah itu bukan alas an untuk tidak dan berhenti melakukan kebaikan.  Bahkan iringilah perbuatan dosa dengan kebaikan kerana kebaikan itu lambat cepat akan menghapuskan kejahatan.

Aku hanya insan kerdil di lautan rahsia ikhlas yang sangat dalam.   Yang terjangkau olehku hanyalah sebutir percikan ombak dipermukaannya.  Namun, aku juga hamba ALLAH yang berhak menuju-NYA.  Ketika aku keliru, tunjukkanlah.  Ketika aku lemah, perkukuhkanlah.  Ketika alpa, ingatkanlah.  Hanya Dikau wahai ALLAH yang berhak memilih sesiapa untuk dianugerahkan rasa ikhlas itu.  Padaku hanya tadbir..pada-Mu segala takdir.  Bantulah aku meluruskan tadbirku menjurus kepada takdir-Mu.
Pilihlah aku untuk ikhlas.. Amin!

Maher Zain - Freedom



Alhamdulillah lagu freedom mmg best la,,bila fhm mksudnya 2,,hmm best2,,hehehe,,,semoga t'hibur ye teman2,,,wallahua'lam :))))))))))

Isnin, 28 Mac 2011

Imej Solehah Pada Wanita Mukmin

Memelihara imej atau penampilan diri bukan soal kecil yang boleh dipandang ringan. Ia sangat perlu dan penting dalam menjalani urusan kehidupan. Kenapa penting sangat menjaga imej ini?

Pertama, kerana imej diri ini kalau dijaga akan membuatkan orang lain memandang baik terhadap kita dan dapat sedikit sebanyak mengenal peribadi, keyakinan serta hala tuju hidup kita. Jika imej yang kita tampilkan adalah imej yang baik, lebih-lebih lagi yang unik dan istimewa, baiklah pandangan orang terhadap kita. Dengan itu lebih mudahlah orang berurusan dengan kita dan kita berurusan dengan orang lain.

Kedua, dengan melihat imej diri kita, orang juga akan membuat tanggapan tertentu terhadap ahli keluarga dan orang-orang yang rapat dengan kita. Jika baik imej yang kita tampilkan, baiklah tanggapan itu. Jika tidak maka sebaliknya pula. Bahkan orang juga akan membuat tanggapan sendiri terhadap pegangan atau keyakinan kita berdasarkan imej yang mereka lihat pada diri kita.

Ketiga, imej diri juga akan menjadi benteng diri. Ada bisikan halus di dalam diri yang akan mengingatkan kita supaya tidak buat sesuatu yang bertentangan dengan imej yang kita tampilkan. Kalau imej yang kita perlihatkan pada diri kita itu imej bermaruah, kita akan lebih bersungguh-sungguh memelihara maruah diri. Oleh itu kita akan lebih selamat dari terjerumus ke dalam gejala yang boleh merosakkan diri.

Imej Yang Berbeza

Bagi wanita Mukmin telah Allah gariskan tatacara berpakaian, bergaul, berakhlak, bertutur dan sebagainya yang semua ini ada kaitan dengan pembinaan imej diri. Imej yang akan membezakan wanita beriman dengan wanita yang tidak beriman iaitu apa yang boleh kita namakan ‘imej solehah’.

Imej yang unik dan istimewa yang Allah khususkan hanya untuk wanita-wanita yang beriman kepada-Nya.

Bagaimanapun, imej solehah atau imej wanita baik-baik ini tidak terletak semata-mata pada tudung yang dikenakan. Tidak juga pada jubah yang dipakai. Atau lain-lain aksesori pakaian. Sebaliknya, imej solehah ini adalah gabungan sinergi pelbagai aspek luaran dan dalaman pada diri seseorang wanita Mukmin. Pakaian dan hiasan hanya salah satu aspek daripadanya.

Kalau pada seorang isteri, antara ciri imej solehah itu adalah pada sejauh mana suami senang memandang kepadanya, sebagaimana disebut dalam hadis: “Sebaik-baik mata benda dunia ialah isteri yang solehah, sekiranya engkau pandang kepadanya, engkau berasa senang…” (Riwayat Muslim dan Ibnu Majah)

Aspek-aspek yang jika digabungkan kesemuanya dapat membentuk imej solehah ini merangkumi:

1. Cara Berpakaian dan Berhias

Wanita beriman disuruh memperlihatkan imej tersendiri dalam soal berpakaian dan berhias. Tujuannya, seperti yang Allah jelaskan di dalam surah al-Ahzab ayat 59 ketika menyuruh kaum wanita ‘melabuhkan jilbab/tudung’, adalah supaya mereka “lebih mudah dikenali (bahawa mereka perempuan yang beriman) dan kerana itu mereka tidak ganggu”.

Selain dilabuhkan menutupi bahagian-bahagian aurat termasuk betis, leher dan bahagian dada, pakaian yang dapat menonjolkan imej solehah juga tidak menampakkan bayangan bentuk badan atau bayangan kulit. Dengan kata lain, tidak ketat atau nipis.

Sayidatina Aisyah r.a. pernah meriwayatkan bahawa Asma bt Abu Bakar telah masuk menghadap Rasulullah s.a.w. dengan memakai pakaian yang agak nipis, lalu baginda s.a.w. memalingkan muka sambil bersabda: “Wahai Asma! Sesungguhnya orang perempuan bila sudah cukup umurnya (baligh), adalah tidak patut untuk dilihat darinya selainkan ini dan ini - sambil Nabi menunjukkan kepada muka dan tapak tangannya.”
Teguran Rasulullah s.a.w. ini hanya melibatkan aspek berpakaian. Asma waktu itu sudah pun dikenali sebagai gadis yang baik dari keturunan baik-baik, terutama selepas dia memeluk Islam menyusuli ayahandanya Sayidina Abu Bakar as-Siddiq r.a.

Dengan membaiki kekurangan dalam satu aspek ini, akan sempurnalah imej solehah pada diri Asma. Begitulah kira-kira yang tersirat dari teguran Nabi s.a.w.

Dalam berpakaian, wanita beriman boleh memilih apa jua fesyen yang menutup aurat dan menyerlahkan imej kewanitaan, asalkan tidak menyerupai lelaki.

Abu Hurairah r.a. telah meriwayatkan satu hadis:

“Rasulullah s.a.w. telah melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian lelaki.” (Riwayat Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah, Ibnu Hibban dan al-Hakim)

Menyentuh soal berhias, wanita tidak boleh dipisahkan dari wangi-wangian. Tetapi jika keluar rumah, ada batas yang Islam gariskan. Jangan sampai ada bau wangi pada tubuh atau pakaian yang begitu menusuk hidung hingga menarik minat lelaki. Sabda Nabi s.a.w. : “Mana-mana perempuan yang memakai wangi-wangian lalu ia berjalan melintasi satu kaum (kumpulan lelaki yang bukan mahrimnya), dengan tujuan agar mereka dapat mencium bau wanginya, maka ia telah dikira berzina. Dan setiap mata (yang memandangnya dengan penuh berahi) dikira telah berzina.” (Riwayat an-Nasa’i, Ibnu Khizaimah dan Ibnu Hibban)

2. Cara Bergaul

Imej solehah juga terpancar pada cara bergaul, berinteraksi dan berkomunikasi. Imej solehah ini akan terjejas jika, umpamanya, seorang wanita itu membiarkan dirinya berada di tempat sunyi atau tersorok dengan seorang lelaki ‘asing’ (ajnabi) tanpa ditemani orang kedua atau mahramnya. Kerana ini akan mengundang prasangka dan merangsang perbuatan maksiat. Nabi s.a.w. mengingatkan bahawa tidak berkhalwat (bersunyi-sunyian) seorang lelaki dengan seorang perempuan melainkan syaitan menjadi yang ketiganya.

Imej solehah juga akan terjejas jika seorang wanita itu dilihat bertepuk tampar, berpegang tangan dan seumpamanya dengan lelaki ‘asing’. Sebaliknya jika pergaulan dihadkan pada interaksi dan komunikasi sekadar yang perlu dan tidak berlebih-lebihan serta memelihara batas aurat, imej solehah akan lebih tertonjol. Lebih-lebih lagi bagi seorang wanita yang telah bersuami.

Justeru Nabi s.a.w., ketika menggambarkan tentang isteri yang solehah, menyebut antara cirinya “apabila memandangnya, engkau (suami) berasa senang…”
3. Cara Membawa Diri Di Luar Rumah

Untuk memelihara imej solehah, seorang wanita yang beriman seeloknya berteman waktu keluar rumah. Di samping imej dan maruah diri dapat dijaga, keselamatan juga lebih terjamin. Lebih selamat dari gangguan berbanding dengan jalan berseorangan.

Justeru Rasulullah s.a.w. mengingatkan: “Wanita itu aurat, maka bila dia keluar, mendongaklah syaitan memandangnya.” (Riwayat Muslim)

Jika seseorang wanita keluar untuk perjalanan jauh (bermusafir) pula, syarat berteman ini amat dituntut. Malah menurut hadis, mesti ditemani oleh mahramnya. Sabda Nabi s.a.w.:“Janganlah seorang wanita bermusafir selama dua hari dalam satu masa melainkan hendaklah bersamanya mahramnya atau suaminya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hikmah dari peringatan Nabi s.a.w. ini, jika wanita keluar rumah tanpa sebarang teman terutama yang bertaraf mahramnya, pelbagai kemungkinan tidak baik boleh berlaku. Waktu itu tudung, jubah atau pakaian yang menutup aurat tidak lagi menjadi perisai yang kebal. Sebaliknya, ia sudah terdedah kepada risiko untuk diterobos. Maruah dan kehormatan diri akan terancam.

4. Cara Bertutur

Cara dan gaya bercakap juga menyumbang kepada pembentukan imej. Ia boleh menggambarkan sikap dan perawakan. Bagi memelihara imej solehah, Allah melarang cara bercakap yang boleh mendatangkan tanggapan tidak baik terutama dari kaum lelaki yang mempunyai niat serong.

Firman-Nya:
“Maka jangan kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (untuk menaruh tujuan buruk kepada kamu) dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan.).” (Al-Ahzab: 32)

Apa pun, imej solehah bukanlah imej yang dibuat-buat tapi lahir secara semula jadi. Jika Islam difahami, dihayati dan diamalkan dalam berpakaian, bergaul, berjalan, bercakap, berakhlak dan sebagainya, dengan sendirinya imej solehah ini akan tertonjol.

Imej ini terpancar hasil dari kesungguhan mengamalkan ajaran Islam dengan penuh faham dan dengan hati yang bertakwa. Oleh itu, ia adalah imej yang tulen dan semula jadi. Lahir apa yang dipanggil ‘syiar’ yang datang dari lubuk hati yang bertakwa.

Allah menyebut dalam firman-Nya:
“Demikianlah (ajaran Allah), dan barangsiapa yang membesarkan syiar (agama) Allah maka sesungguhnya itu datang dari hati yang bertakwa.” (Al-Hajj: 32)

sahabat selama2nya :)

Bismillahirrahmanirrahim.

Sahabatku,

Kata orang bercinta, biar jauh di mata tetapi tetap di hati. Andai rindu menggigit sukma, pandanglah pada sang rembulan di malam hari kerana bulan itu hanya satu dan di mana juga kita berada, kita tetap memandang bulan yang satu.

Kata orang berkasih, biar jauh di mata tetapi hadir dalam doa. Andai dilanda rindu dendam, segera memandang langit yang luas agar terasa keluasan rahmat Tuhan, mudah-mudah Allah yang Maha Pemurah itu segera mengaturkan pertemuan.

Kata orang saling menyayang, biar jauh di mata tetapi tetap diingati walau ke alam mimpi. Andai terasa sayangnya meluap-luap, pandanglah ke tanah agar segera mengingati mati, mudah-mudahan ingatan pada kematian akan melenyapkan keripuhan hati yang melanda.

Tetapi, pesan aku padamu wahai sahabat yang teramat, amat, amat aku sayangi... Andai di hatiku atau hatimu terdetik rasa yang tak mampu diluahkan dengan kata-kata... Aku tidak mampu berkata apa-apa kerana dirimu terlalu istimewa. Aku tak mampu meluah rasa sekeping hatiku pada dirimu wahai sahabat.

Aku hanya mampu memujuk hati.

Jauhmu dariku adalah kerana Allah.
Sepimu dariku adalah kerana kesibukan seharianmu sebagai penuntut ilmu.
Senyapmu adalah kerana jadualmu padat sebagai pejuang agama Allah.
Diammu adalah kerana dirimu dikelilingi sahabat-sahabat yang soleh solehah.

Dan aku hanya terdaya meminta dan terus meminta dari Allah agar sentiasa memelihara sahabat yang aku cintai ini dengan sebaik-baik penjagaan. Kerana, hatiku selalu yakin bahawa tiada penjaga yang lebih hebat jagaannya selain dari Allah yang Esa. Hatiku terpujuk, jiwaku menunduk, perasaanku terduduk...

Sekeping hati ini aku berikan pada Allah, lantunan doa buat sahabat yang sentiasa hadir setiap sujud terakhir dalam solatku.

Sahabatku,

Di saat mereka memandang rembulan, melempar pandangan pada keluasan langit, menjatuhkan hati memandang debu tanah yang berhembus perlahan... Aku tidak mampu menutup rasa hatiku, kerana kita sebenarnya punya KIBLAT YANG SATU. Hanya itu yang mampu mendamaikan ripuh gelora kalbuku saat merindui dirimu wahai sahabatku.



Sahabatku,

Walau di mana dirimu berada, apakah di utara selatan timur mahupun barat... Aku selalu mendoakan kesejahteraan buatmu hatta diriku tidak lagi beriringan di sisimu. Kita tetap bersama, dalam doa dan sujud saat memandang kiblat yang satu.



ukhwah fillah :) sayang sahabat2 semua. :)


“Alangkah indahnya Ukhwah apabila segala-galanya kerana Allah”








                                             (: peserta muslimah :)


                                                                                        
                                           cewaaaahhh pozing semua :)















ربنا اغفر لنا ولإخواننا الذين سبقونا بالإيمان ولا تجعل في قلوبنا غلا للذين ءامنوا ربنا إنك رءوف رحيم
“Ya Tuhan kami, beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman; Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang.” (QS 59:10)
“Alangkah indahnya Ukhwah apabila segala-galanya kerana Allah”





                                 Ya ALLAH..
Persahabatan buat hati gembira..
Mesra kami penawar duka..
Rindu kami menambah rasa..
Rajuk kami membuah ceria..
...
Ya Rahman..
Silaturrahim kami ukhwahfillah..
Bermusuh kami na'uzubillah..
Berpisah mati InsyaALLAH..
Pengubat hati doa rabhitah..
Ya Hayyu Ya Qayyum..
Ampunkan salah jika ku berdosa..
Pasti terpisah kami di alam nyata..
Temukan kami di taman Syurga..
Amin.
wallahua'lam :)

Ahad, 27 Mac 2011

GURU :)


بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

Sebaik-baik GURU adalah . . .
Yang pribadi dan Akhlaknya amat baik untuk ditiru.

Sebaik-baik orang yang memberi Pelajaran
adalah . . .
Orang yang dengan pelajarannya ,
Dirinya Kian Baik & mepesona pribadi akhlaknya.

Sahabat Yang Baik adalah . . .
Orang Yang senantiasa hadir . . .
Disaat Kita Senang ataupun Susah.

Tapi SAHABAT SEJATI tidak hanya . . .
hadir disaat kita bahagia ataupun . . .
ketika duka menimpa.

Mereka itulah (Sahabat Sejati)
Orang yang senantiasa mengingatkan kita . . .
Ketika jauh kepada -Nya &
Senantiasa mengajak Kita . . .
Untuk terus berjuang di Jalan Nya.

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
وَالعَصرِ ﴿١﴾ إِنَّ الإِنسٰنَ لَفى خُسرٍ ﴿٢﴾ إِلَّا الَّذينَ ءامَنوا وَعَمِلُوا الصّٰلِحٰتِ وَتَواصَوا بِالحَقِّ وَتَواصَوا بِالصَّبرِ ﴿ ٣

"Demi masa...
Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,
kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran".( QS Al-ashr: 1-3 )

Oleh kerana itu . . .
Marilah Kita bersyukur kepada ALLH SWT.
Yang telah mempersaudarakan Kita.

Sebaik- baik MURID adalah . . .
Murid yang tahu Etika & Menghormati GURUnya,
Mengamalkan Ilmu Yang Benar Yang Di Dapatkannya. . .
Menjaga nama baik sang guru, dan
Menghiasi dengan DOA kpd
Maha Pemberi Ilmu . . . Agar . . .
Sang GURU Terjaga Terpelihara dari . . .
Ilmu & Amal Yang Menggelincirkan,
Terjaga Terpelihara dari Tipu daya syaithon
yang menjerumuskan.

Semoga kita Di Media ini . . .
Berjumpa
&
berpisah
karena . . .
ALLAH SWT
Amin . . .

Terima Kasih Wahai GURU

_________________________________________


GURU belahan jiwa . . .
Kekasih yang sempurna . . .
Akhlakmu mempesona . . .
Duhai bulan purnama . . .

Bunga-bunga bersemi diatas tanah suci
Mekar Indah Mewangi
Cintamu kan abadi

Keseluruh penjuru . . .
Kau tegakan Agama
jagat Raya Gempita . . .
Menyambut Akhlak Mulia

Kunyanyikan Lagumu
Dengan senandung Rindu
kekasih yang ditunggu
Wahai kau "MAHA GURU"

Berlimpahnya cintamu
Mulianya ajaranmu
Tumbuh subur di qalbu
jantung, darah & nadiku

Guru jalan hidupku
hingga akhir hayatku
Ku ikut agamamu
Jangan tinggalkan aku

Maju bangkitlah jiwa
Hati penuhi cinta

Janganlah kau tergoda . . .
Oleh surga dunia
Karena tujuan kita . . .
Hanya ALLAH SWT semata

Wahai para perindu
tetapkanlah hargamu
Menuju sang petunjuk
Jalan Lautan Biru

Tuk Menggapai Fitrahmu
Makna Kesucianmu

(Mayada - "MAHA GURU")

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...