Blogger Layouts

I made this widget at MyFlashFetish.com.

zikrullah n doa

Selasa, 29 Mac 2011

NAIK SALAH, TURUN PUN SALAH

Pada zaman dulu di negara Arab, ramai orang menunggang kaldai sebagai kenderaan. Seorang bapa membawa anaknya ke satu tempat dengan membawa seekor kaldai. Kedua-dua mereka menaiki kaldai itu dan lalu di sebuah pekan. Keadaan ini menarik perhatian orangramai. Ada di antara mereka berkata "Ini kes aniaya. Kaldai tu dah le kecil. Dua-dua orang pulak naik. Kan tu menyeksa binatang.. Tak ada peri kemanusiaan langsung".   
Si-bapa mendengar komen mereka. Lalu si bapa turun dan membiarkan anaknya sendirian di atas kaldai. Si-bapa meneruskan perjalanan sambil berjalan kaki. Mereka pun melalui sekumpulan orangramai. Sekali lagi ada yang komen, "Kurang ajar punya anak. Dia sedap-sedap naik kaldai. Bapanya dibiarkan berjalan kaki."   

Si-anak mendengar komen mereka, lalu dia turun dan menyuruh bapanya pula menunggang kaldai. Si-anak berjalan kaki mengiringi bapanya di atas kaldai. Mereka pun melalui sekumpulan orang. Sekali lagi mereka mendengar rungutan "Bapa tak ada otak, dia sedap naik kaldai, anaknya dibiarkan berpeluh berjalan."   

Mendengar komen itu, si-bapa pun turun dan berjalan bersama-sama anak. Kaldai itu dibiarkan berjalan sendirian. Mereka pun melalui sekumpulan orang. Masih ada yang komen "Apalah bodohnya orang tua ni. Ada kaldai tapi tak mau naik. Kalau macam ni, lebih baik tak payah bawa kaldai!"   

Mendengar kata-kata ini, si-bapa pun memberitahu anaknya. "Beginilah keadaan masyarakat. Mereka hanya pandai komen. Pandai melihat kesalahan orang. Ada saja yang tak betul. Kalau kita ikut saja kata-kata mereka rosak kita. Kita tidak boleh terima pandangan mereka secara melulu. Kita kena fikirkan kesemuanya dan kita buat apa yang baik pada kita. Jangan pedulikan komen mereka.."  



Pilihlah Aku Untuk Ikhlas Ya ALLAH..

Sejenak kita renungkan..
Semoga ada ikhtibar yang kita dapat ambil bersama dalam melayari bahtera kehidupan.ceria*

Orang yang sibuk melakukan kebaikan tidak akan sempat melihat kejahatan orang lain.  Demikian kata2 hukama yang menerjah ruang fikiranku.  Ah, betapa kurangnya kau melakukan kebaikan.. bisik hati kepada diri sendiri.  Justeru, mata, telinga dan indera yang lain masih sempat melihat, menghidu dan menuturkan kejahatan orang lain.  Terasa diri amat hina, ketika usia melonjak dengan begitu cepat, diri terasa masih merangkak-rangkak menyusur jalan taubat.

Betapa sekali-sekala melakukan kebaikan terasa hebat bukan kepalang.  Tanpa sedar riak bertandang.  Terasa ingin dipamerkan segala-galanya agar dipuji dan disanjung dengan kata-kata dan anugerah manusia.  Biar terserlah siapa aku, bisik ego diri.  Padahal nilai amal yang sebegitu tidak ada harganya walau sedebu.  Apatah lagi ALLAH yang pastinya tidak akan menerima sebarang sekutu.  Dan manusia pun akhirnya akan memandang sinis dan loya dengan ‘aku’ mu.

Apabila riak itu adalah tertipu dengan kehadiran manusia, sum’ah pula terpedaya tanpa kehadiran sesiapa.  Walaupun sesiapa di mata tetapi di hati masih mengharap-harap amal yang kononnya disembunyikan itu diketahui juga oleh manusia.  Ah, alangkah indah rasanya apabila amal yang cuba disembunyikan itu diketahui lalu diheboh-hebohkan pula.  Ah, hebatnya dia! Begitu kata sanjung yang dijunjung.  Pada ketika itu hati pun berbunga.  Aduh, sum’ah lebih dasyat tipuannya daripada riak.

Apabila terlepas diri daripada keduanya, menanti pula musuh ketiga yang tidak kurang hebatnya... ujub! Takjub dan berasa hairan terhadap diri sendiri.  Kali ini bukan pujian manusia yang terang dan bersembunyi yang diharapkan tetapi pujian diri terhadap diri sendiri.  Betulkah ini aku? Alangkah hebatnya.  Terasa diri bagaikan wali apabila amal ibadah mengatasi orang lain.  Aku bukan manusia biasa.  Aku tinggi mengatasi semua.  Ujub hakikatnya lebih sukar dikesan dan dirawat berbanding riak dan sum’ah.

Bukan mudah untuk ikhlas.  Semakin dicari terasa semakin misteri.  Memang, ikhlas itu rahsia dalam rahsia ALLAH.  Melakukan sesuatu kebaikan bukan kerana ALLAH..itu tidak ikhlas.  Meninggalkan satu kejahatan bukan kerana ALLAH.. itupun tidak ikhlas.  Kekadang begitu ikhlas hati ketika memulakan amal, tetapi sampai dipertengahan, kecundang oleh sesuatu yang selain ALLAH. Ya ALLAH, aku benar-benar pasrah.  Perjuangan untuk ikhlas terlalu seru dan keliru.  Bantu aku, memahami dan menangani rahsia ini.

Beribadahlah sehingga terasa penat untuk melakukan maksiat.  Begitu pesan hukama yang menjadi kompas hati.  Buatlah apa sahaja kebaikan sejak sebelum terbit fajar sehingga terbenam mentari.  Ikhlas atau tidak jangan diperkirakan dulu.  Jangan mengukur kesempurnaan di garis permulaan amal.  Beramallah walau hati terganggu oleh mazmumah dan ikhlas diintai oleh riak dan sum’ah.  Pedulikan ujub yang menanti masa untuk menyusup.  Tega dan relakan sahaja.

Teringat apa yang dipesankan oleh Imam Ghazali ketika muridnya bertanya, “Tuan, bagaimana keadaanku ketika mulutku berzikir tetapi hatiku masih lalai?” Lalu Imam yang arif dalam soal keajaiban hati itu pun berkata,”Teruskanlah berzikir walau hatimu lalai kerana sekurang-kurangnya lidahmu akan terselamat daripada berkata-kata yang kotor dan sia-sia.”

Teringat pula apa yang pernah ditanyakan oleh Abu Hurairah kepadada Nabi Muhammad SAW tentang seorang yang mengerjakan solat tetapi masih mencuri.  Lalu Rasulullah menegaskan solat itu lambat-laun akan menghilangkan tabiatnya yang buruk itu.  Jadi, jika dirimu masih melakukan kejahatan, ingatlah itu bukan alas an untuk tidak dan berhenti melakukan kebaikan.  Bahkan iringilah perbuatan dosa dengan kebaikan kerana kebaikan itu lambat cepat akan menghapuskan kejahatan.

Aku hanya insan kerdil di lautan rahsia ikhlas yang sangat dalam.   Yang terjangkau olehku hanyalah sebutir percikan ombak dipermukaannya.  Namun, aku juga hamba ALLAH yang berhak menuju-NYA.  Ketika aku keliru, tunjukkanlah.  Ketika aku lemah, perkukuhkanlah.  Ketika alpa, ingatkanlah.  Hanya Dikau wahai ALLAH yang berhak memilih sesiapa untuk dianugerahkan rasa ikhlas itu.  Padaku hanya tadbir..pada-Mu segala takdir.  Bantulah aku meluruskan tadbirku menjurus kepada takdir-Mu.
Pilihlah aku untuk ikhlas.. Amin!

Maher Zain - Freedom



Alhamdulillah lagu freedom mmg best la,,bila fhm mksudnya 2,,hmm best2,,hehehe,,,semoga t'hibur ye teman2,,,wallahua'lam :))))))))))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...