Blogger Layouts

I made this widget at MyFlashFetish.com.

zikrullah n doa

Ahad, 27 Februari 2011

~Lembutkanlah HATImu..

.........

Apabila seseorang sukakan kebaikan dan kebenaran, cintakan Allah dan Rasul, cintakan Islam dan amal Islami, cintakan ummah, cenderung kepada pahala, benci kepada dosa, rindu kepada syurga, gerunkan neraka, maka bersaksilah bahawa hatinya "GEMILANG" bercahaya. Inilah hati yang sentiasa diperjuangkan agar tetap berada dalam kondisi awalnya sewaktu lahir ke dunia.


Inilah dia hati para mukminin dan mukminat. Hati orang yang sentiasa diTARBIYAH dan diTAZKIYAHkan.. Pastikan hati dalam kondisi yangg kekal bersinar di dalam dada kita.


"Dengan hati yang hidup inilah orang yang lumpuh pun bisa menjadi mulia, orang yang tidak begitu cergas pun dapat menjadi mulia. Dengan kebersihan hati itu, insyaAllah otak akan lebih cerdas, idea lebih bijak, gagasan lebih cemerlang," kata K.H Abdullah Gymnastiar.


...........

~ Sengaja saya menulis sebahagian dari penulisan Ustaz Amal dalam buku beliau "LEMBUTKANLAH HATIMU".. Alhamdulillah, setelah membaca dan memahami isi kandungan buku tersebut (Segala kefahaman itu dari ALLAH).. saya merasakan buku ini sangat sesuai untuk dimiliki dan dijadikan santapan rohani.. Penerangan yang tidak terlalu 'berat' dan isi yang penuh dengan nasihat, membuatkan buku ini serba lengkap dan adakalanya terasa 'santai' apabila membacanya, kerana tidak memerlukan untuk memerah otak, hanya perlu dihayati dengan hati yang bersedia untuk mahu berubah.. 


Akhir sekali.. sama-sama kita berdoa, semoga hati yang dikurniakan Allah ini sentiasa tenteram dalam kebaikan.. Sentiasa bersinar dengan amal makruf nahi mungkar, sentiasa merindukan dalam ketaatan beribadah kepadaNYA. Ingatlah, Allahlah yang 'memegang' hati-hati kita.. kerana DIAlah MUQALLIBAL QULUB. Maka, sama-samalah kita perbanyakkan berdoa. Berdoa untuk diri sendiri, Ibu bapa, Guru-guru, sahabat handai dan juga orang di sekeliling kita. 

Mudah-mudahan dengan Rahmat dan kasih sayang Allah, Allah istiqamahkan hati kita agar sentiasa dalam kebenaran dan tetapkanlangkah kita agar sentiasa dalam kebaikan.. Allahumma amien..


Wallahu 'alam bis sowab..

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...