Isnin, 4 April 2011
Luruskanlah hatiku Tuhan
Ahad, 3 April 2011
Hatiku..dimana?
Bismillahirrahmanirrahim...
Hari ni boleh kata saya sedikit gembira, gembira dihati je...lebih kpd syukur, kerana apa? Kerana seorang sahabat yang aku sayang telah kembali...kembali dari laluan yang tidak tahu adakah benar jalan cintanya itu. Saya tahu benar niatnya ingin membawa sang kumbang itu ke jalan yang sama- sama diredhai namun adakah NIAT MENGHALALKAN CARAMU wahai sang bunga???
Kesilapan lalu juga telah banyak mengajar diri, dan jika tidak saya temui kesilapan itu mana mungkin saya pelajarinya. Betullah kata- kata dimana kalau sentiasa betul bagaimana kita nak tahu dimana kesilapan kita, dan tiada seorang pun yang selamanya tidak pernah salah dan tiada seorang pun yang selamanya baik belaka.
Saat dia meminta pandanganku setelah dia tinggalkan laluan itu, saya bersyukur sangat- sangat, akhirnya Allah bukakan mata hatinya. Tapi, setiap jalan baru yang kita nak lalui, tak mudah yang kita sangka, pasti ada halangannya. Halangannya daripada sang kumbang yang tak henti- henti menagih madu si bunga. Saya cuba kuatkan hatinya supaya tidak termakan dek bisik- bisik syaitan. Dan titipkan kata- kata buat disampaikan kepada sang kumbang itu supaya terkesan dihatinya bukan tujuan untuk menilai apa- apa cuma sebagai muhasabah diri.
Dan kata- kata yang diilhamkan Allah menjadi pesanan terakhir buat si bunga yang saya sayang.....Sekuat mana cinta dan kasih kita pada seseorang, yang menyatukan kita ialah Allah...Kalau Allah tak mengizinkan, kita takkan bersatu. Kalau Allah izinkan, sejauh mana kita terpisah, selama mana kita menyepi, sejauh mana kita lari, insyaAllah, kita akan disatukan. Jadi sama- samalah kita cari yang menjadikan segala sesuatu dan yang menyatukan itu iaitu....ALLAH.
Terima kasih juga wahai bunga yang disayang, membuatkan diri ini juga tersedar,kerana diri juga sedang mencari hati yang kadang- kadang ada dan kadang- kadang seolah mahu lari...
YA Allah, tetapkanlah hati hambaMu ini....
Sabtu, 2 April 2011
Mencarinya Iman
Bidadari Tercantik
Berjihad pada agama Allah merupakan satu amalan yang menjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat. Setiap manusia yang mati wlaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.
'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari-bidadari yang lain (nama puteri bongsu saya -bermaksud mata yang di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad pada agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia shahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari2 syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut.... tetapi dia malu nak bertanyakan kepada nabi kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap beri nama sebagai salah sorang yang akan keluar/pergi.
Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2 lalu ditanyanya dimanakah dia... lalu lelaki itu menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah... lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalan dia... di suatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan begitu... takpernah dilihat didunia ini... lalu diberi salam dan dia bertanya andakah ainul mardhiah... wanita itu menjawab ehh tidakk... saya khadamnya ainul mardhiah ada di dalam singgahsana sana.
Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai.... lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah dia ainul mardiah lalu wanita itu menjawab..eh tidakkk saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini... ainul mardiah ada di atas mahligai sana,..... lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu kecantikkannya sungguh mengkagumkan... lalu dia sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua.... dan tak pernah dia lihat di dunia.... lalu wanita itu berkata ...akulah ainul mardhiah, aku diciptakan untk kamu dan kamu diciptakan untk aku.... bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab... nantiii kamu belum syahid lagiiii......tersentak itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada satu sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada nabi SAW... tapi sekiranya dia shahid barulah ceritakan kepada nabi.
Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi di dalamnya telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah shahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang shahid tadi telah bangun dan merapati nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat nabi yang sahaid tadi... dalam menceritakan itu nabi menjawab benar...benar...benar... dalam sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga....
SIFAT REDA
Bagaimana kita nak jadikan diri kita supaya dapat tabah dan sabar akan setiap ujian dan musibah yang menimpa kita? Kita mestilah belajar untuk menerima atau reda akan setiap ujian yang Allah s.w.t. turunkan kepada kita. Sentiasalah kita bersangka baik akan setiap apa yang Allah berikan kepada kita sama ada nikmat atau musibah, kedua-duanya ada hikmah disebaliknya yang hanya Allah s.w.t. tahu akan semua itu. Jangan mudah melatah akan musibah yang Allah s.w.t. berikan kepada kita, takut-takut boleh membuatkan kita jauh dari hidayah-Nya. Kita kena terima setiap musibah yang melanda diri kita dengan hati yang tenang dan sabar. Sekiranya kita terasa amat sedih dan perit dan tidak tahan akan ujian yang Allah s.w.t. berikan kepada kita, merintih dan mengadulah pada Allah s.w.t., dari situlah akan hadir hati yang redha akan ujian yang diberikan oleh-Nya dan kekuatan akan terbit dari rintihan dan aduan kita di dalam doa kita. Contohnya kita berdoa:
Hati Muram, Iman Memujuk
Peringatan Allah Ketika Lupa
Menulis Blog untuk Amalan Semasa di Alam Kubur
Jumaat, 1 April 2011
TENGOK RAMA-RAMA TERINGAT WANITA
Lihatlah rama-rama ia cantik, apabila pandangan kita dihiasi rama-rama kita menjadi suka dan ceria. Hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana bunga, tanpa rama-rama mahu hinggap di situ tentu ada sesuatu yang tidak kena.
Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat dijari anda, warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari anda. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang dibuai oleh angin. Sesiapapun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan, mahupun diawetkan. Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan-tangan yang tak wajar hinggap pada tubuhnya.
Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang tetapi harga diri dan maruah mula tercemar. Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi. Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya. Harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya.
Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan kehidupannya. Dia terpaksa membebaskan dirinya daripada kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang masa berada di dalam kepompong itu tiada siapa pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci. Sulitnya untuk akhirnya ia bergelar rama-rama, terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikkan akhirnya menjadi sesuatu yang menyenagkan. Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka.
Sewaktu anda dipuja, usah mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu. Sewaktu anda digoda, dihambat dan dirayu usah terlalu mudah menyerah kerana ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda bangkit sebagai manusia sempurna hari ini. Anda tidak muncul sendiri sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa. Usah jadi rama-rama yang di dalam bingkai gambar, indah dipandang tetapi diri sendiri menanggung beban.
Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. Hak anda adalah memelihara kehormatan diri. Selama mana anda memelihara kehormatan dan maruah diri anda berada pada tahap A1. Sebaik sahaja anda tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, anda sudah kehilangan mas depan. Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa memukau pandangan manusia, dia tentu tidak mudah terbang ke sana sini.
Sebab setiap kali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya. Namun rama-rama tidak pernah tahu dia itu indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia. Jika anda tidak pernah tahu kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting sang "penceroboh", anda ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya.
Mahalkan harga diri anda? Semakin sukar anda dimiliki semakin mahal nilai anda disisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda. Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna anda. Setelah warna-warna itu hilang anda dibiarkan.
Jadilah wanita anggun yang punya nilai dan maruah diri, anda akan lebih dihormati. Nilai anda bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki anda tetapi berapa ramai yang benar-benar sanggup mencintai anda. Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas. Selama anda belum menemuinya anggaplah diri anda masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama. Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam. JADILAH WANITA YANG MEMBANGGAKAN SEMUA ORANG.....insyaAllah....





Get More Islamic Testi Here!