Blogger Layouts

I made this widget at MyFlashFetish.com.

zikrullah n doa

Jumaat, 1 April 2011

TENGOK RAMA-RAMA TERINGAT WANITA

Lihatlah rama-rama ia cantik, apabila pandangan kita dihiasi rama-rama kita menjadi suka dan ceria. Hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama.  Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana bunga, tanpa rama-rama mahu hinggap di situ tentu ada sesuatu yang tidak kena.

Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat dijari anda, warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari anda. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang dibuai oleh angin. Sesiapapun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan, mahupun diawetkan. Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang  tetapi  nilainya cepat turun setiap kali ada tangan-tangan yang tak wajar hinggap pada tubuhnya. 

Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang tetapi harga diri dan maruah mula tercemar. Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi. Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya. Harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya.

Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan kehidupannya. Dia terpaksa membebaskan dirinya daripada kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang masa berada di dalam kepompong itu tiada siapa pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci. Sulitnya untuk akhirnya ia bergelar rama-rama, terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikkan akhirnya menjadi sesuatu yang menyenagkan. Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka.

Sewaktu anda dipuja, usah mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu. Sewaktu anda digoda, dihambat dan dirayu usah terlalu mudah menyerah kerana ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda bangkit sebagai manusia sempurna hari ini. Anda tidak muncul sendiri sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa. Usah jadi rama-rama yang di dalam bingkai gambar, indah dipandang tetapi diri sendiri menanggung beban.

Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. Hak anda adalah memelihara kehormatan diri. Selama mana anda memelihara kehormatan dan maruah diri anda berada pada tahap A1. Sebaik sahaja anda tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, anda sudah kehilangan mas depan. Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa memukau pandangan manusia, dia tentu tidak mudah terbang ke sana sini.

Sebab setiap kali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya. Namun rama-rama tidak pernah tahu dia itu indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia. Jika anda tidak pernah tahu kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting sang "penceroboh", anda ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya.

Mahalkan harga diri anda? Semakin sukar anda dimiliki semakin mahal nilai anda disisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda. Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna anda. Setelah warna-warna itu hilang anda dibiarkan.

Jadilah wanita anggun yang punya nilai dan maruah diri, anda akan lebih dihormati. Nilai anda bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki anda tetapi berapa ramai yang benar-benar sanggup mencintai anda. Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas. Selama anda belum menemuinya anggaplah diri anda masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama. Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam. JADILAH WANITA YANG MEMBANGGAKAN SEMUA ORANG.....insyaAllah....

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...