Sabtu, 5 Mac 2011
Aku
SEMANIS KASIH SEHANGAT CINTA~
citarasa,,menu ibadah ~
Apabila sesuatu hidangan itu ditambah sesuka hati dan mengikut hawa nafsu semata,pasti akan memudaratkan diri dan kesihatan.
Andai manusia dapat patuh dan mengikut apa yang tersenarai didalam MENU syariah islam,pasti mereka akan menikmati suatu HIDANGAN kehidupan yang selamat dan diredhaiNya.
Adakalanya...
Adakalanya.... Tanpa kita sedari, kita semakin jauh daripada Allah... Kita sibuk dengan urusan dunia... Kita sujud pun, tanpa khusyuk kepada Yang Esa...
Tapi, Allah sentiasa memerhatikan kita....
Adakalanya.... Tanpa kita sedari, kita membina dinding antara kita dan Allah... Maksiat dan dosa kita buat.. Sehinggakan terbina dinding untuk kita mendapat barakah dan rahmat daripada Allah....
Adakalanya... Kita terasa Allah sangat mencintai kita... Hingga kita lupa untuk merasa takut dan harap kepada Allah... Itulah cinta zindik... Kita terus melakukan perkara terlarang tetapi masih merasakan Allah mencintai kita....
Adakalanya... Kita mahu meminta pertolongan Allah.. Tapi, sebahagian tawakkal kita adalah kepada makhlukNya... dan hanya tinggal sebahagian lagi tawakkal kepada Allah.. Bukan kah cukup Allah sebagai penolong dan hanya dia kita bertawakkal.....
Adakalanya.. Kita sangat inginkan sesuatu... Kita cuba sedaya upaya.. Tapi kita lupa untuk meminta daripada Pemilik segala.
Cukuplah Allah bagiku..
Seorang lelaki memasuki sebuah masjid bukan apada waktu solat,lalu ia menjumpai seorang anak kecil berusia sepuluh tahun sedang melaksanakan solat dengan khusyu'.Ia menunggu hingga anak kecil itu menyelesaikan solatnya,kemudian orang itu mendekatinya dan bertanya. "Anak siapa wahai anakku?"anak kecil itu menggeleng-gelengkan kepalanya dan menitiskan air mata dipipinya.Kemudian ia mengangkat kepalanya dan berkata,"Wahai pak cik,saya seoranag anak yatim piatu."
Lelaki itu tersentuh sekali hatinya dan berkata,"Mahukah kamu menjadi anak angkatku?"Anak kecil itu berkata,"Apakah jika aku lapar engakau akan memberiku makanan?"Orang itu menjawab"Ya!!"
Anak kecil itu bertanya lagi,"Apakah jika aku tidak mempunyai pakaian,engkau akan memberiku pakaian?"Orang itu mengangguk dan mengatakan,"Ya!!"
Anak kecil itu bertanya lagi,"Apakah engkau akan menyembuhkanku jika aku sakit?" Orang itu menjawab,"Wahai anakku,aku tidak dapat melakukan itu"
Anak kecil itu bertanya lagi,"Apakah engkau akan menghidupkan ku bila aku mati?" Orang itu menggelengkan kepala."Aku juga tidak sanggup"
Akhirnya anak itu berkata,"Kalau demikian wahai pak cik,serahkanlah diriku kepada:
"Tuhan yang telah menciptakan aku,maka Dialah yang menunjukkan hidayah kepadaku,danb Tuhanku yang Dia memberi makanan dan minum kepadaku dan apabila aku sakit Dialah yang menyembuhkan aku ,dan yang akan mematikan aku kemudian akan menghidupkan aku (kembali),dan yang amat ku inginkan akan mengampuni keslahanku pada hari kiamat" (Surah As-Syu'ra:Ayat 78-82)
Lelaki itu pun diam dan pergi meneruskan urusannya ,sedang anak kecil itu berkata,"Aku beriman kepada Allah .Barangsiapa bertwakal kepada Allah nescaya Dia akan memberi kecukupan kepadanya."
Begitulah kisah anak seorang ank kecil yatim piatu yang begitu kuat pergantungan nya pada Allah dan begitu tinggi keyakinannya pada kekuasaan dan ketentuan Allah.Dia merasakn cukup hanya Allah tempat dia bergantung dan bertawakal.Sedangkan anak kecil ini begitu yakin akan ketentuan Allah tapi kita sndiri sering takut dan terfikir adakah akan ada rezeki untuk kita pada hari ni,esok dan seterusnya?sehinga ramai manusia yang alpa dan terus tenggelam mengejar dan mencari kekayaan dunia .Mereka merasakan seperti tidak akan ada hari esok untuk mereka.tak habis rasanya harta juga kekayaan di dunia.tetapi kerakusan manusia mengejar kemewhan juga kekayaan dunia seperti ianya akan habis jika mereka tidak merebutnya.apatah lagi ibadah dan kewajipan mereka pada Allah dilupakan dan diketepikan lantaran keasyikkan mengejar keduniaan ini.tidakkh mereka juga kita terfikir,bahawa rezeki manusia telah Allah tetapkan bahagian masing2 sejak kita di dalam rahim lagi.bukanlah bererti kita tidak perlu berusaha tetapi jangn pula sehingga kwajipan pdNya diabaikan.
bila kita ditimpa keuzuran,sering kita runsing dan risau kan hilangnya nikmat sihat ini.waktu ni,mula lah sibuk mencari doktor hatta bomoh untuk memastikan penderitaan juga kesakitn yang dialami sembuh secepat mungkin,tak sabar rasanya ingin mengecapi kembali nikmat sihat yang telah dipinjamkan sementara itu yang telah dihabiskan dan disia2kan dgn melakukn kerja yang sia2 dan kemaksiatan.sehingga berhabis ratusan hattan ribuan ringgit untuk membeli kembali nikmat kesihatan itu.kenapa tidak kita merendahkan diri berdoa dan bertaubat padaNYA agar disembuhkan segala kesakitan dan diampunkan segala dosa2 yang telah kita lakukan selama ini .Mungkin penderitaan yang kita alami adalah kafarah atas segala dosa2 kita .adakah kita sedar semua ni?kita sibuk mencari penawar untuk menyembuhkn tetapi kita lupa pula kpd yang menyembuhkan.
tak perlulah saya jelaskan panjang lebar mengenai kisah ank kecil ni,sama2lah kita fikirkan apa istifadah yang boleh kita ambil dari kisah ini sebagai panduan dan ingatan bersama.begitu juga pada hal2 yang lain.yakin dan bertawakl lah padaNYA .Sesungguhnya Dia menyukai orang2 bertawakal.tetpi jgn pula kita slah gunakan konsep tawakal.Berusaha dulu kemudian berdoa dan bertawakallah padaNya.InsyaAllah ,Dia tidak akan menghampakan permintaan juga Doa hambanya yang briman dan berdoa bersngguh2 padaNya dengan Sabar dan Solat.Renung2lah kembali,adakah sudah cukup keyakinan dan pengharapan kita PadaNya sehingga kita merasakan cukuplah Dia segalanya.??? Wallahualam
Bersabarlah,sesungguhnya Alah mengiringi kesusahan dengan kemudahan.Mudah2an kesusahan itu akn lenyap dengan segera
Calon Zaujku..
Assolatuwassalam, selawat dan Assalamu'alaikum buat junjungan mulia, Muhammad saw Kekasih Istimewa.
Assalamu'alaikum Sejahtera buat calon suamiku, moga Allah sentiasa merahmati dan memberkati dirimu yang tidak pernah kutemui, namun doaku tidak pernah putus mengiringi setiap langkahmu demi meraih keredhaanNya…
“Seindah perhiasan dunia adalah wanita yang sholehah,”
Calon zaujku,
”Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..”
Telah dinukilkan panduan sepanjang zaman, itulah lirikan utama buatmu memilih calon isteri. Tiap baris itu telah menjadi hafalanku sejak aku mengenali dunia baligh ini.
Jika harta yang kau idamkan, ketahuilah diriku tidak punya apa-apa harta di dunia ini melainkan ilmu agama yang telah dititipkan buatku oleh umi dan abah. Tiada harta untuk kupersembahkan dalam taklik ijab kita nanti. Tiada harta sebagai jaminan bahawa kau akan menikmati sedikit kesenangan apabila ijab bersaksi telah dilafazkan. Hanya ketenangan yang mampu aku sediakan buatmu kerana aku pernah terbaca kata-kata ...
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.¨ (lah-Rum: 21)
Kecantikan, itulah pandangan pertama setiap insan. Malah aku meyakini bahawa kau juga tidak terlepas seperti insan yang lain. Ketahuilah, jika kecantikan itu yang kau inginkan daripada diriku, kau telah tersalah langkah. Tiada kecantikan yang tidak terbanding untuk kupertontonkan padamu. Telah aku hijabkan kecantikan diriku ini dengan amalan ketaatan kepada tuntutan agama yang kucintai. Kau hanya membuang masa jika kau menginginkan kecantikan lahiriah semata-mata.
aku tidak menjanjikan aku mampu membahagiakan rumahtangga kita nanti, kerana aku memerlukan engkau untuk bersama-samaku menegakkan dakwah islamiyyah ini, dan aku merelakan diri ini menjadi penolongmu untuk membangunkan sebuah markas dakwah dan tarbiyyah ke arah jihad hambaNya kepada Penciptanya yang agung. Melalui pencarian ilmu agama bersama, marilah kita jadikan pernikahan ini sebagai risalah demi meneruskan perjuangan Islam. Aku masih kekuranin ilmu agama, tetapi berbekalkan ilmu agama yang telah dibekalkan ini. Aku ingin menjadi isteri yang sentiasa mendapat keredhaan Allah dan suamiku untuk memudahkan aku membentuk usrah muslim antara aku, kau dan anak-anak kita untuk dibaiahkan dengan ketaatan kepada Allah Yang Maha Esa. Aku bercita-cita bergelar pendamping solehah, seperti mana yang dijanjikan Rasul,
" Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. Semuga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air kemukanya." (Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih)
Renungilah FirmanNya ini, lalu kau akan tahu hakikat diriku dan dirimu dipertemukan oleh Allah atas namanya pertemuan dan jodoh.
Calon Suamiku yang dirahmati,
" Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian
dari harta mereka".(An-Nissa':34)
Ingin aku berbicara mengenai pemberianmu kepadaku. Kau terlalu membimbangkan akan kehendak bersifat duniawi semata-mata. Benar?! Ketahuilah. Aku tidak menginginkan hantaran bersusun, mas khawin yang hanya akan menyebabkan hatiku buta dalam menilai erti kita dipertemukan oleh Allah atas dasar agama. Cukuplah seandainya, maharku sebuah Qalam Mulia, Al-Quran, kerana aku meyakini Qalam itu mampu memimpin rumahtangga kita dalam meraih keredhaanNya bukan kekayaan dunia yang bersifat sementara. Bantulah aku dalam menjayakan agama Allah ini melalui pernikahan, kerana ia adalah laluan untuk aku menyempurnakan separuh daripada agamaku, insyaAllah. Akhlakmu yang terdidik indah oleh ibu bapa dan orang sekelilingmu, itulah yang aku harapkan daripada kekayaan duniawi yang kau sediakan. Kutitipkan sebahagian daripada pembacaanku dalam Jalan Dakwah Mustaffa Masyhur, tidak lagi wujud keborosan dan kebakhilan kerana semuanya berada di dalam udara Qana'ah (berpuas hati dengan apa yang ada), redha dan yakin bahawa dunia ini bukanlah negara Janatunna'im. Lihatlah rumahtangga Rasulullah s.a.w kadang-kadang berlalu sebulan demi sebulan, pernah dapurnya tidak berasap kerana tidak ada bahan makanan yang dapat dimasak. Walaupun demikian susahnya, rumahtangga Rasulullah s.a.w tetap menjadi rumahtangga yang paling bahagia yang tidak ada tolok bandingnya hingga ke hari ini.
JANGAN ADA BENCI
Ramai juga orang yang gagal dalam pergaulan kerana menyimpan perasaan BENCI dalam hati mereka. Tuhan itu maha adil. Perasaan benci dalam diri kita akan menyebabkan ramai orang mudah benci terhadap kita. Misalnya, orang yang membenci ibu bapanya mungkin akan dibenci oleh rakan-rakannya.
MENJANA KEHEBATAN DIRI DALAM PERGAULAN
- oleh Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah
Jangan Ada Benci Di Hati
Ramai juga orang yang gagal dalam pergaulan kerana menyimpan perasaan BENCI dalam hati mereka. Tuhan itu maha adil. Perasaan benci dalam diri kita akan menyebabkan ramai orang mudah benci terhadap kita. Misalnya, orang yang membenci ibu bapanya mungkin akan dibenci oleh rakan-rakannya.
Orang yang membenci jirannya atau bekas kekasihnya mungkin akan dapat kebencian daripada rakan sekerjanya atau malahan ketua jabatannya. Justeru hapuskanlah segala perasaan benci daripada hati kita agar kita mudah menjalin hubungan dengan orang lain.
Kaedah Mengikis Benci
Cara yang terbaik untuk mengikis benci ialah dengan memaafkan semua orang sebelum tidur malam. Jika setiap malam sebelum tidur kita sentiasa mencuci muka, memberus gigi, membersihkan diri dan mengibas tempat tidur, tidak bolehkah kita mencuci hati kita dengan memaafkan semua orang sebelum tidur?
Pengalaman secara peribadi penulis menunjukkan bahawa dengan memaafkan semua orang sebelum tidur, kita akan dapat membersihkan hati serta menenangkan fikiran dan mudah menjalin hubungan baik dengan orang lain.
Faktor-faktor Yang Boleh Merangsang Kehebatan Dalam Pergaulan
Antara faktor yang menyebabkan kita mudah berinteraksi dengan orang lain dan orang lain mudah tertarik kepada kita ialah:
1) Jaga solat dan lakukan ibadah-ibadah khusus dan umum yang lain.
2) Sentiasa bersangka baik terhadap semua orang (walaupun kita perlu berwaspada setiap masa).
3) Sentiasa memberikan senyuman ikhlas kepada orang di sekeliling kita.
4) Banyakkan bersedekah, sama ada dalam bentuk wang, senyuman, bantuan tenaga, masa, nasihat, idea, pandangan, sokongan moral dan doa yang berterusan.
5) Sentiasa memperbanyakkan sabar. Nabi s.a.w. pernah berpesan supaya mencari 144 sebab sebelum kita memarahi orang.
6) Sentiasa ceria apabila berjumpa dengan orang lain. Pastikan setiap
orang seronok berinteraksi dengan kita.
7) Pamerkan perasaan sayang dan sentiasa sayang-menyayangi antara satu dengan yang lain.
8) Bentuk dan pamerkan sahsiah yang positif setiap masa. Peribadi yang kurang sopan akan menyebabkan orang lain rasa mual terhadap kita.
9) Amalkan sunnah-sunnah harian setiap masa dan insyaAllah orang lain akan tertarik kepada kita.
10) Jika wujud sebarang perasaan sombong atau benci terhadap orang lain, terus ingatkan diri kita tentang mati. Kita mudah insaf dan balik ke pangkal jalan apabila mengingati mati.
11) Sentiasa syukur dan redha atas pemberian Allah swt.
12) Sentiasa memberi salam dan ucap selamat kepada orang lain. Pemberian salam akan mengukuhkan hubungan sesama manusia.
13) Pamerkan simpati kepada setiap individu-individu yang memerlukan simpati dan perhatian.
14) Jadilah pendengar dan kawan yang setia.
15) Sampaikan berita baik tentang orang lain dan sembunyikan kelemahan atau keburukan orang lain.
16) Sentiasalah bermaaf-maafan sebelum berpisah dengan seseorang dan iringi perpisahan dengan doa.
Terlebih Dahulu Baiki Diri
Untuk menarik perhatian orang lain terhadap diri kita, kita perlu terlebih dahulu menyayangi dan memperbaiki diri kita. Orang yang mengasihi dirinya tidak akan melakukan sebarang kegiatan yang boleh mensabotaj dan merosakkan dirinya. Setiap tindak-tanduknya akan dilakukan secara berhikmah dan sentiasa memikirkan perasaan orang lain. Ingatlah pesanan seorang sarjana:
"Orang tidak kisah setakat mana yang anda tahu (berilmu), sehinggalah mereka tahu yang anda kisah terhadap mereka.
Wallahu a'lam bissawab.
BELAJARLAH UNTUK BERSYUKUR
"Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.
Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.
Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.
Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di
dalam hidupnya.
Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan
teman hidup.
Sebelum kita mengeluh & memarahi ibu dan bapa kita yang masih hidup
Fikirkan tentang seseorang yang merintih pilu memerlukan kasih sayang
ibu dan bapa
Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.
Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi
dirinya mandul.
Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak
mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.
Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka
mempunyai pekerjaan seperti kita.
Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.
Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !
*BELAJARLAH BERSYUKUR SEBELUM TERLAMBAT !!!!*
MUHASABAH DIRI(peringatan bersama)
‘ Demi masa , sesungguhnya manusia itu dalam kerugian , Kecuali orang yang beriman , beramal soleh , berwasiat tentang yang haq dan berpesan-pesan tentang kesabaran ’
Wahai sahabat …..
? Adakah anda sembahyang berjamaah setiap hari ?
? Adakah anda melakukan perkara-perkara sunat dan Solat Rawatib ?
? Adakah anda melakukan Solat Dhuha dan Solat Witir ?
? Adakah anda tertinggal Takbiratul Ihram pertama semasa berjamaah ?
? Adakah anda membaca ayat-ayat al-Quran pada hari ini ?
? Adakah anda membaca Ma ‘thurat pada hari ini ?
? Adakah anda berselawat ke atas Rasulullah S.A.W pada hari ini ?
? Adakah anda menjalankan dakwah untuk oprang lain ?
? Adakah anda melakukan amal ma ‘ ruf nahi mungkar ?
? Adakah anda membaca buku-buku islam ?
? Adakah anda merasakan kewajipan anda lebih banyak daripada waktu yang ada ?
? Adakah anda menagmbil iktibar dan pengajaran perkara yang berlaku sepanjang hari ?
? Adakah anda bergaul dengan orang yang soleh dalam usaha ke arah mengingati Allah ?
? Adakah anda menitiskan air mata sewaktu mengingati Allah sewaktu sunyi ?
? Adakah anda bercita-cita berjihad dan mati pada jalan Allah ?
? Adakah anda memikirkan tenyang hari akhirat ? Di manakah kedudukan anda , Syurga
@ Neraka ?
? Adakah anda berfikir tentang maut yang akan di temui nanti ?
? Adakah anda dapat menahan marah dan sabar dalam menghadapi kesulitan serta merasa
Penuh harap terhadap Allah ?
? Adakah anda beristighfar sekurang-kurangnya 70 kali sehari ?
? Adakah anda mengabaikan kewajipan menepati masa , terutamanya dalam urusan Fardhu ?
? Adakah anda berwudhu’ sebelum tidur ?
? Adakah anda berniat untuk solat Tahajjud pada malam ini ?
? Adakah anda berazam untuk memperbaiki keadaan diri anda untuk hari esok ?
? Sejauh manakah anda telah merasakan ketaqwaan kepada Allah S.W.T
Sahabat di manakah kedudukan anda pada waktu ini…..sekiranya anda masih dalam kekurangan kekurangan pada segalanya , perbaikilah! Dan sekiranya anda dikalangan yang telah memenuhi nya , maka pertingkatlah ! Sesungguhnya semoga masih ada waktu untuk kita merubah segalanya ……..
jika dunia ini adalah suatu persinggahan,mengapa tidak kita memperbanyakkan bekalan untuk meneruskan perjalanan?kerana kita cuma ada satu persinggahan saja..
Dimana Allah Dalam Hati Kita
Adakah kita rasa amat gembira bila dapat berdamping denganNya atau sebaliknya? Adakah kita telah berusaha agar Allah sentiasa bersama kita?
Kalau begitu, sejauh manakah kita rasa gembira menerusi solat yang dilaksanakan ketika mendampingi dan bermunajat padaNya? Apakah yang kita dapat rasai ketika sujud di dalam solat dan sejauh mana kita meneruskan zikir terhadapNya bukan hanya terbatas selepas solat, ingatlah ketika Allah menyebut. Aku bersama hambaKu ketika dia mengingatiKu dan kedua-dua bibirnya bergerak kerana aku.
Adakah kita dapat meluangkan sepertiga malam untuk menyepi diri bersama Allah? Tidakkah kita teringat akan janji-janji Allah pada kita yang mampu bangun di tengah-tengah malam- Allah menyebut: Adakah terdapat hambaKu yang bangun di tengah malam untuk bertaubat, di mana aku menerima taubatnya, yang memohon keampunanKu, maka aku ampunkan segala dosanya dan memohon sesuatu, maka aku berikan padanya.
Tidakkah kita mahu berusaha untuk menjadikan hati-hati ini penuh dengan pujian kepada Allah, berkorban keranaNYa untuk meninggikan syiar agamaNYa walaupun pelbagai rintangan dan halangan.
Berapa banyak ruang dan masa yang ada pada kita untuk memerhatikan segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada kita, terus bersyukur padaNya tanpa sebarang perasaan prejudis. Pernahkah terlintas dalam pemikiran kita bagaimana Allah menganugerahkan nikmat hidayah, kesihatan, harta, ilmu pengetahuan, kepandaian, kemahiran, bakat, anak-anak, ibu bapa yang terlalu menyayangi kita walau saat kita tersungkur, suami atau isteri yang mengasihi kita?
Atau kita sekadar menerima nikmatNya tanpa sebarang balasan untuk beramal dan mematuhi segala titah perintah Allah. Sesungguhnya ketahuilah wahai saudara-saudari segama! Dunia dan bumi yang kita pijak ini menjanjikan pelbagai kehancuran, ia boleh berlaku pada apa yang kita ada atau kita cari, termasuk harta benda, anak-anak, pangkat dan jawatan tapi apa yang paling penting, DI MANA ALLAH DALAM HATI KITA?
Jika tergerak hati untuk melakukan sesuatu kejahatan, tanyalah diri DI MANA ALLAH DALAM HATI KITA? Allahkah yang patut dicari atau maksiat yang patut ditembusi, bagaimana keadaan ana ketika hendak bertemu dengan Allah pada hari pembalasan yang mungkin esok, lusa atau hari ini atau mungkin pada saat ini sedangkan ana melakukan maksiat kepadaNya??? "
Rasulullah s.a.w. bersabda,"Sesungguhnya jika Allah berkehendak kebaikkan terhadap hambanya maka dijadikan dosa dosa terbayang diruang mata hambanya dan jika menghendaki binasanya maka dilupakan akan dosa dosanya".
Kasih Sayang Allah
1) Suka untuk bertemu yang dikasihi secara terbuka dan terang-terangan di darul salam. Tidak tergambar oleh kita bagaimana hati mengasihi seseorang melainkan suka untuk melihat dan berjumpa dengan yang dikasihi. Apabila diketahui bahawa untuk bertemu itu tidak mungkin tercapai melainkan dengan meninggalkan dunia dan mati, maka sepatutnya ia suka untuk mati yang pastinya sudah tidak boleh dielakkannya itu. Seorang pengasih tidak merasa penat untuk bermusafir dari tanahairnya menuju kediaman kekasihnya agar dapat menatapi wajah kekasihnya. Mati itu adalah kunci pertemuan dan pintu masuk kepada penyaksian. Rasulullah s.a.w bersabda: ertinya; “Sesiapa yang suka bertemu Allah, maka Allah suka bertemu dengannya.”
2) Antara tandanya juga adalah dia mendahulukan apa yang dikasihi Allah berbanding apa yang dia kasihi secara zahir mahupun batin. Ia beriltizam dengan kesusahan amal, menjauhkan diri dari menuruti kehendak nafsu, meninggalkan sifat malas, terus menerus mentaati Allah dan bertaqarrub kepada Allah dengan amalan-amalan sunat. Sentiasa menuntut kelebihan darjat di sisi Allah sepertimana seorang kekasih menuntut kedekatan hati dengan kekasihnya. Kadangkala Allah menyifatkan mereka yang berkasih sayang ini dengan sifat ithar. Firman Allah, ertinya: “ Mereka mengasihi orang yang berhijrah kepada mereka, di dalam dada mereka tidak ada apa-apa keperluan dari apa yang mereka berikan. Mereka mengutamakan yang lain berbanding dirinya sekalipun mereka pun mempunyai keperluan sendiri.”
3) Tenggelam dalam zikrullah. Lidahnya dan hatinya sentiasa mengingati Allah. Orang yang menyukai sesuatu tentu sekali akan sentiasa mengingatinya. Oleh kerana itu antara tanda-tanda kasihkan Allah ialah suka mengingatinya (zikir), sukakan Al-Quran kalamullah, sukakan Rasulullah s.a.w serta suka apa-apa yang disandarkan kepada Rasulullah.
4) Kegembiraannya dengan berkhalwat dengan Allah, munajatnya kepda Allah, sentiasa mentilawahkan kitab Allah. Dia juga sentiasa melakukan tahajjud, menggunakan ketenangan dan keheningan malam untuk menghapus segala rintangan yang ada. Darjat cinta terendah adalah merasai kenikmatan berada bersama yang dikasihi dan mampu bermunajat kepadaNya. Maka sesiapa yang tidur dan berbual-bual itu lebih seronok lebih baik kepadanya berbanding munajat kepada Allah, maka bagaimanakah nasib kaih sayangnya??
5) Tidak bersedih di atas kehilangan apa-apa selain Allah. Lebih sedih dan pedih hatinya apabila berlalu setiap saat tanpa zikrullah dan tanpa mentaatinya. Selalu menghitung diri di atas kealpaan dengan mohon simpati, hisab diri dan juga taubat.
6) Merasa nikmat dengan melakukan ketaatan dan tidak merasa keberatan atau kepenatan. Kata al-Junaid; “Tanda orang yang mengasihi adalah berterusan aktiviti. Dengan syahwat fizikalnya lemah namun dengan hati dia tidak akan lemah”
7) Merahmati dan mengasihi seluruh hamba Allah. Tegas terhadap seluruh musuh Allah dan sesiapa yang mengundang kebencian Allah. Firman Allah; ertinya: “Orang-orang yang tegas terhadap kuffar dan saling merahmati di antara mereka.” Tidak menjejaskan mereka sebarang celaan manusia dan tidak ada sesuatu yang boleh mengalih mereka kepada kemurkaan Allah. Kasihnya disertai takut di bawah kehebatan dan kebesaran Allah. Ada yang mengatakan takut itu bertentangan dengan kasih. Sebenarnya tidak betul. Malah memahami kebesaran itu akan melahirkan perasaan hebat sebagaimana menyelami keindahan melahirkan rasa cinta. Khusus bagi orang yang bercinta itu ada beberapa ketakutan pada maqam cinta. Lebih dahsyat dari itu takut terhijab cinta. Lebih dahsyat dari itu lagi adalah takut menjauhkan diri. Makna-makna ini digambarkan oleh Allah di dalam surah Hud yang telah disifatkan oleh Rasulullah sebagai telah memutihkan kepala baginda s.a.w, ertinya: “Hud telah memutihkan kepalaku.” Ungkapan ini disebut oleh Rasulullah ketika mendengar potongan ayat, ertinya: “Alangkah jauhnya kaum Thamud. Alangkah jauhnya ahli Madyan sebagaimana jauhnya kaum Thamud”
Pemerhatian terbesar pada alamat-alamat dan sebab-sebab ini ialah kebanyakannya itu adalah perbuatan-perbuatan dalam komunikasi kemanusiaan, berkait dengan masyarakat, manusia pada kehidupan dan akhlak mereka.
Saudaraku, sama-samalah kita gapai cinta Allah yang abadi. Beriltizamlah dengan amalan-amalan fardhu dan tambahkanlah dengan bekalan-bekalan sunat. Ikutilah jejak langkah Nabi s.a.w. jadilah orang yang bermanfaat untuk orang lain. Sertai mereka dalam kehidupan mereka. Ziarahi mereka. Belanjakan untuk mereka. Berikan khidmat untuk mereka. Isikan hajat dan keperluan mereka. Masukkanlah kegembiraan dalam hati mereka. Lakukanlah semua ini, nescaya Allah akan memanggil Jibril untuk memberitahu bahawa Dia mengasihi dirimu... "
Kematian kekasih.
Rasulullah s.a.w. bersabda,"Tidak ada balasan bagi hambaku yang mukmin jika aku ambil kekasihnya (mematikan orang yang dikasihinya dari ahli dunia) kemudian dia sabar melainkan syurga".