Alangkah susahnya mencari kebenaran di akhir zaman
Terutama orang awam yang ilmu agamanya sekadar cukup untuk fardhu ain
Selain itu tidak mampu menilai benar atau salah, hak atau sesat
Orang munafik menuduh oang lain munafik yang tidak munafik
Orang yang sudah sesat menuduh orang yang tidak sesat sebagai sesat
Teraniayalah orang yang tidak munafik terzalimlah orang yang tidak sesat
Pembuat-pembuat bid'ah menuduh orang yang berjalan di atas As Sunnah sebagai pembuat bid'ah, kerana sudah ramai yang tidak ikut As Sunnah.
Yang mengikut As Sunnah dipercayai orang ramai pembuat bid'ah.
Teraniayalah pula pengikut-pengikut As Sunnah, dianggap bid'ah.
Orang-orang baik dianggap jahat, penjahat-penjahat dianggap baik
Kerana orang yang baik terlalu sedikit mereka terpinggir,
terpinggir ertinya jahat pada pandangan ramai.
Orang yang ada jawatan tinggi cakapnya dianggap benar dan sah belaka
Rakyat jelata walaupun benar,
cakapnya tidak ada harga,
tidak diambil kira sekalipun dia seorang yang soleh
Jawatan tinggi yang menentukan salah benar sesuatu masalah
Bukankah terkeliru dibuatnya di dalam mencari kebenaran?
Begitulah watak akhir zaman, yang sudah jauh dari Rasul
Sungguh susah hendak mencari kebenaran,
macam hendak mencari gagak putih atau merah.
Tunjukkanlah kami ya Allah jalan kebenaran
Agar kami tidak sesat jalan menuju Engkau
Ya Allah selamatkan kami.
Sabtu, 30 April 2011
SUSAHNYA MENCARI KEBENARAN DI AKHIR ZAMAN
HATI TEMPAT JATUH PANDANGAN TUHAN
Di zaman Nabi Musa a.s. ada seorang hamba Allah yang kerjanya mencuri. Sudah 40 tahun dia mencuri. Suatu hari, dia terlihat Nabi Musa a.s. sedang berjalan. Terlintas di hatinya untuk berjalan bersama Nabi Musa a.s. Katanya:
“Kalau aku dapat berjalan bersama Nabi Musa, mudah-mudahan ada juga berkatnya untuk aku.”
Tetapi setelah difikirkannya semula, dia tidak jadi melangsungkan niatnya itu. Dia berkata kepada dirinya: “Aku ini pencuri. Manalah layak pencuri macam aku ini berjalan bersama seorang nabi.”
Sejurus kemudian, dia terlihat pula seorang abid sedang berlari-lari mengejar Nabi Musa a.s. dari belakang. Si abid ini telah beribadah secara istiqamah selama 40 tahun dan dikenali orang. Si pencuri itu berkata pula dalam hatinya; “Baik aku berjalan bersama si abid ini. Moga-moga ada juga baiknya untuk aku.”
Lantas si pencuri pun segera menghampiri si abid dan meminta kebenaran untuk berjalan bersama-sama dengannya.Apabila ternampak sahaja si pencuri, si abid terkejut dan terus merasa takut. Dia berkata dalam hatinya; “Celaka aku kalau si pencuri ini berjalan bersama aku! Takut-takut nanti rosaksegala kebaikan dan amalanku.”
Si abid terus berlari lebih laju supaya si pencuri tidak dapat ikut. Si pencuri juga terus berlari mengikut si abid kerana hendak berjalan bersamanya. Akhirnya kedua-dua mereka sampai serentak kepada Nabi Musa a.s.
Nabi Musa a.s. terus berpaling dan bersabda kepada mereka berdua: “Aku baru sahaja mendapat wahyu dari Allah Taala supaya memberitahu kamu berdua bahawa segala amalan kamu telah dimansuhkan oleh Allah.”
Maka terkejutlah si abid dan si pencuri tadi.Berbahagialah si pencuri kerana segala dosanya mencuri selama 40 tahun telah diampunkan oleh Allah. Celaka dan dukacitalah si abid kerana segala amalan dan ibadahnya
selama 40 tahun telah ditolak dan tidak diterima oleh Allah.Rupa-rupanya si pencuri itu, walaupun kerjanya mencuri,dia tidak suka akan perbuatannya itu. Dia miskin dan tanggungannya banyak. Masyarakat ketika itu sudah rosak dan orang kaya enggan membantu fakir miskin. Dia mencuri kerana terpaksa. Oleh itu, setiap kali dia mencuri, dia amat merasa bersalah dan berdosa. Jiwanya terseksa dan menderita.
Selama 40 tahun dia menanggung rasa berdosa itu dan selama itu juga jiwanya parah menanggung derita. Selama 40 tahun hatinya merintih meminta belas kasihan, keampunan dan mengharapkan kasih sayang Tuhan.
Si abid pula, amat yakin ibadahnya mampu menyelamatkannya.Dia yakin ibadahnya akan dapat membeli Syurga.Setiap kali dia beribadah, dia rasa dirinya bertambah baik.Setiap kali dia beribadah, dia rasa dirinya bertambah mulia.Selama 40 tahun si abid itu mendidik hatinya supaya merasa lebih baik dan lebih mulia setiap kali dia membuat ibadah.Hingga dia rasa tidak layak bergaul, inikan pula berjalan bersama orang yang hina dan berdosa. Dia rasa dirinya hanya layak berjalan bersama para nabi.
Maha Suci Allah yang mengetahui segala isi hati manusia.Yang tidak melihat akan amalan-amalan lahir tapi apa yang ada di dalam hati. Yang menilai hamba-Nya mengikut apa yang termampu oleh hamba-Nya dan tidak lebih dari itu. Yangmenguji manusia dengan kesusahan dan nikmat untuk mengetahui siapa di kalangan hamba-hamba-Nya yang benar-benar berjiwa hamba dan merasakan bahawa Allah itu Tuhannya.
Sabtu, 23 April 2011
Rahmat Allah..
1. Menjauhkan diri dari urusan dunia dan senang kepada urusan akhirat
2. Kemahuan kuat terhadap ibadat dan membaca Al Quran
3. Sedikit bicara terhadap apa yang tidak diperlukan
4. Sangat memelihara solat lima waktu
5. Menjaga diri dari yang haram dan syubhat sama ada sedikit atau banyak
6. Bersahabat dengan orang-orang soleh dan baik
7. Rendah diri
8. Bersifat dermawan yang ikhlas
9. Belas kasihan terhadap makhluk2 Allah yang lain
10. Bermanfaat kepada orang lain
11. Selalu ingat mati dan bersiap sedia menghadapinya
12. Fihrasat dan gerak hati selalunya tepat
13. Setiap tindakannya mampu mempengaruhi orang lain ke aarah kebaikan
14. Sentiasa mendapat ujian Allah
15. Merasa gelisah andai melakukan kesilapan kepada Allah
Sifat Akhir Zaman................
Sifat Akhir Zaman (Kehilangan Tuhan)
Di akhir zaman sudah ramai umat Islam yang kehilangan Tuhan
Atau mereka sudah tidak fikirkan lagi adanya Tuhan
Hingga mereka sudah tidak terasa lagi peranan Tuhan di dalam
kehidupan
Walaupun mereka percaya adanya Tuhan,
tapi pada mereka kehidupan ini seolah-olah Tuhan tidak campur tangan
Oleh itu umat Islam sudah ramai tidak perlukan Tuhan
Kalau mereka pandai adalah usaha mereka Tuhan tidak kena-mengena
Jika mereka kaya, berpangkat, berkuasa kerana kemampuan mereka,
Tuhan tidak ada kuasa menentukan nasib mereka
Tuhan itu hanya sekadar ada
Peranan-Nya kepada manusia seolah-olahnya tidak ada
Cuma sekali-sekala terasa perlukan Tuhan,
setelah mereka tidak ada kuasa pada diri mereka
Seperti sakit, miskin, dianiaya sesama mereka
Barulah mereka berdoa atau meminta kawan-kawan tolong doakan
keselamatan mereka
Setelah baik atau senang semula lupa pula dengan Tuhan, Tuhan tidak
diperlukan pula
Sikap ini bukan sahaja berlaku kepada ramai umat Islam di akhir zaman
Bahkan yang kelihatan beragama pun seperti masih bersembahyang,
berpuasa, naik haji, sama aja
Orang beragama dengan tidak beragama sudah sama sikapnya
Jadi yang paling rosak di waktu ini adalah aqidah mereka
Pada mereka Tuhan ada atau tidak ada sama aja
Kalaupun percaya adanya Tuhan, Tuhan tidak diperlukan di dalam hidup
mereka
Kalau begitu umat Islam pergantungan dengan Tuhan sudah tidak ada
Betapa pulalah untuk ditakuti atau dicintai tidak ada di dalam
perasaan mereka
Side effectnya apa sudah terjadi?
Orang beragama dengan tidak, perangainya sama aja
Sama-sama jahat, sama-sama membuat mungkar, sama-sama bergaduh,
sama-sama berkrisis
Sama-sama tidak ada kasih sayang, sama-sama tidak ada bertimbang
rasa,
sama-sama tidak peduli-mempeduli
Sama-sama tidak sabar, sama-sama tidak pemurah, sama-sama tidak
merendah diri
Mengapa perangai sama?
Mengamalkan agama hanya tradisi, warisan, tidak ada ilmu, tidak
dihayati,
hanya harap pahala
Bukan ditunjang oleh takut atau cintakan Tuhan,
maka sebab itulah ibadah mereka tidak melahirkan akhlak yang mulia
Isnin, 18 April 2011
ISLAM ITU SUCI DARI SEGALA KEKOTORAN DAN KELEMAHAN
Islam adalah satu jalan yang bersih dan murni lahir dan batin. Cara hidup Islam penuh rahmat, kasih sayang dan harmoni. Penuh didikan dan kebaikan.Hukumannya adalah keadilan dan pengampunan. Allah SWT yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang, mencipta satu cara hidup yang amat sempurna untuk hamba-hamba-Nya. Suci dari segala kekotoran dan kelemahan.
Keindahan Islam diakui oleh fitrah murni manusia sekalipun bagi orang bukan Islam. Kerana Islam itu agama fitrah. Mengamalkannya tidak mendatangkan mudarat dan ia tidak pula memudaratkan orang lain. Dengan kata lain, Islam agama selamat dan menyelamatkan.
Kalaulah kita berpeluang menyaksikan dengan mata kepala sendiri akan realiti kehidupan Rasulullah SAW dan salafussoleh, tentu kita akan menyaksikan satu kehidupan yang sungguh menakjubkan. Peribadi mereka sangat tinggi dan akhlak baik mereka sangat menonjol. Cara hidup mereka walau dalam apa bidang sekalipun tetap dihiasi dengan akhlak yang mulia.Orang-orang bukan Islam pun sangat mengkagumi mereka. Sebab itu ramai orang yang memeluk Islam hanya kerana melihat kebaikan mereka itu. Inilah rahsia atau anak kunci kejayaan Rasulullah SAW dan para Sahabat untuk dapat menawan hati manusia. Mereka tidak pernah berjuang untuk merebut kerusi (jawatan). Tetapi manusia memberi mereka kerusi kedudukan yang mulia.
Untuk melaksanakan kebaikan, cara dan kaedahnya juga mesti baik. Tidak ada dalam ajaran Islam itu matlamatnya baik tetapi cara melaksanakannya kotor.Kalau kita hendak menderma misalnya, caranya mestilah dengan baik.Bukan dengan sombong dan mengungkit-ungkit. Akan tertolak pahalanya di sisi Allah.
Seorang yang ingin menghiburkan orang lain, tetapi menempuh cara-cara maksiat dan mungkar, tidak diterima kebaikan itu sebagai ibadah kepada Allah. Orang yang hendak menegakkan kebenaran melalui cara yang batil, yang dibuat itu tidak lagi dianggap kebenaran. Bahkan ia dianggap kebatilan yang disadur kebenaran.
Itulah dia akhlak Islam. Bahawa sesuatu usaha itu hanya akan jadi ibadah kepada Allah bilamana dapat menepati lima syarat. Yakni niat, cara, subjek, natijah semuanya mesti mengikut syariat Allah, disamping kita tidak meninggalkan perkara-perkara atau ibadah yang asas.
Orang yang mahukan matlamat saja baik tanpa menempuh cara-cara atau perlaksanaan yang baik, yakni orang yang menggunakan matlamat untuk menghalalkan cara, mereka ini termasuk dalam ayat yang bermaksud :
"Jangan kamu mencampurkan yang hak dan yang batil " (Al Baqarah :42)
Yang hak itu agama Tuhan.Yang batil itu jalannya seperti jalan demokrasi dan lain-lain.
Mereka ini sepertilah orang yang mahu ke satu destinasi dengan kereta, tidak ikut jalan raya, tetapi berjalan di sawah padi. Betulkah dia dan selamatkah dia? Begitulah tamsilannya orang -orang yang menghalalkan cara. Apa saja halal demi mencapai matlamat baik, konon! Ada orang yang hendak bersedekah tetapi dengan duit curi. Sedekah itu baik tetapi jalannya tidak baik. Maka sedekah itu pun dianggap tidak baik.Ianya bukan kesilapan kecil yang boleh dipandang enteng, bahkan ia termasuk dosa-dosa yang membawa kemurkaan Allah dan Neraka.



Get More Islamic Testi Here!