Blogger Layouts

I made this widget at MyFlashFetish.com.

zikrullah n doa

Isnin, 18 April 2011

ISLAM ITU SUCI DARI SEGALA KEKOTORAN DAN KELEMAHAN







Islam adalah satu jalan yang bersih dan murni lahir dan batin. Cara hidup Islam penuh rahmat, kasih sayang dan harmoni. Penuh didikan dan kebaikan.Hukumannya adalah keadilan dan pengampunan. Allah SWT yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang, mencipta  satu cara hidup yang amat sempurna untuk hamba-hamba-Nya. Suci dari segala kekotoran dan kelemahan.

Keindahan Islam diakui oleh fitrah murni manusia sekalipun bagi orang bukan Islam. Kerana Islam itu agama fitrah. Mengamalkannya tidak mendatangkan mudarat dan ia tidak pula memudaratkan orang lain. Dengan kata lain, Islam agama selamat dan menyelamatkan.

Kalaulah kita berpeluang menyaksikan dengan mata kepala sendiri akan realiti kehidupan Rasulullah SAW dan salafussoleh, tentu kita akan menyaksikan satu kehidupan yang sungguh menakjubkan. Peribadi mereka sangat tinggi dan akhlak baik mereka sangat menonjol. Cara hidup mereka walau dalam apa bidang sekalipun tetap dihiasi dengan akhlak yang mulia.Orang-orang bukan Islam pun sangat mengkagumi mereka. Sebab itu ramai orang yang memeluk Islam hanya kerana melihat kebaikan mereka itu. Inilah rahsia atau anak kunci kejayaan Rasulullah SAW dan para Sahabat untuk dapat menawan hati manusia. Mereka tidak pernah berjuang untuk merebut kerusi (jawatan). Tetapi manusia memberi mereka kerusi kedudukan yang mulia.

Untuk melaksanakan kebaikan, cara dan kaedahnya juga mesti baik. Tidak ada dalam ajaran Islam itu matlamatnya baik tetapi cara melaksanakannya kotor.Kalau kita hendak menderma misalnya, caranya mestilah dengan baik.Bukan dengan sombong dan mengungkit-ungkit. Akan tertolak pahalanya di sisi Allah.

Seorang yang ingin menghiburkan orang lain, tetapi menempuh cara-cara maksiat dan mungkar, tidak diterima kebaikan itu sebagai ibadah kepada Allah. Orang yang hendak menegakkan kebenaran melalui cara yang batil, yang dibuat itu tidak lagi dianggap kebenaran. Bahkan ia dianggap kebatilan yang disadur kebenaran.

Itulah dia akhlak Islam. Bahawa sesuatu usaha itu hanya akan jadi ibadah kepada Allah bilamana dapat menepati lima syarat. Yakni niat, cara, subjek, natijah semuanya mesti mengikut syariat Allah, disamping kita tidak meninggalkan perkara-perkara atau ibadah yang asas.

Orang yang mahukan matlamat saja baik tanpa menempuh cara-cara atau perlaksanaan yang baik, yakni orang yang menggunakan matlamat untuk menghalalkan cara, mereka ini termasuk dalam ayat yang bermaksud :
 "Jangan kamu mencampurkan yang hak dan yang batil " (Al Baqarah :42)

Yang hak itu agama Tuhan.Yang batil itu jalannya seperti jalan demokrasi dan lain-lain.
Mereka ini sepertilah orang yang mahu ke satu destinasi dengan kereta, tidak ikut jalan raya, tetapi berjalan di sawah padi. Betulkah dia dan selamatkah dia? Begitulah tamsilannya orang -orang yang menghalalkan cara. Apa saja halal demi mencapai matlamat baik, konon! Ada orang yang hendak bersedekah tetapi dengan duit curi. Sedekah itu baik tetapi jalannya tidak baik. Maka sedekah itu pun dianggap tidak baik.Ianya bukan kesilapan kecil yang boleh dipandang enteng, bahkan ia termasuk dosa-dosa yang membawa kemurkaan Allah dan Neraka.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...