Blogger Layouts

I made this widget at MyFlashFetish.com.

zikrullah n doa

Rabu, 5 Januari 2011

*Usah terkejut kalau ada orang melahirkan rasa hatinya pada anda,

*Usah terkejut kalau ada orang melahirkan rasa hatinya pada anda,
sedangkan anda merasakan tiada apa-apa istimewanya anda. Begitulah hebat dan
misterinya kehidupan. Ukuran manusia tentang kecantikan dan ketampanan
memang tidak pernah sama. Ada orang mabuk dengan seseorang sedangkan
menurut pandangan orang lain, wajah semacam itu tidak patut
dimabuk-mabukkan.

*Misterinya suara hati memang sukar dibaca. Tidak ada sebarang alat untuk
mengukur makna cantik atau tampan pada seseorang. Ukuran cantik atau tampan
ini sentiasa berlainan antara seseorang dengan seorang yang lain. 
*Maka itu, usah hairan jika seseorang wanita dinobatkan sebagai ratu dunia,
padahal ramai lagi wanita di pejabat kita yang kita rasakan mengatasi
kecantikan ratu itu.

*Begitu juga, mungkin ada wanita di kampung kita, kita
rasakan lebih cantik daripada para model yang popular. Sebab apa? Sebab
persepsi kecantikan tidak pernah sama antara manusia. Ada orang anggap
hidung yang sedikit mancung sebagai cantik, ada orang tidak. Ada orang
rambut yang mengurai sebagai cantik, ada orang menganggap rambut yang
ditutup sebagai kecantikan yang mengatasi. Ada orang menganggap putih
melepak itu sebagai cantik ada orang suka yang hitam.
*
*Ada orang mentafsirkan kecantikan itu mata yang bundar tetapi ada orang
merasakan yang sepet seperti Jepun atau Cina itu yang lebih menawan. Ada
orang menganggap bibir yang nipis itu cantik tetapi ada juga orang yang
mengatakan bibir tebal lebih mengancam.
*
*Di sebuah kawasan terpencil di utara Thailand, terdapat sekelompok manusia
yang mentafsirkan cantik itu leher yang jinjang. Maka, para wanita memakai
besi lilit di leher untuk memanjangkan leher masing-masing. Alangkah
seksanya untuk menjadi cantik menurut penilaian masyarakat ini.
*
*Begitu juga di sebuah penempatan di Afrika, cantik ditafsirkan mulut yang
lebar. Semakin lebar mulut semakin cantiklah mengikut ukuran kelompok ini.
Maka para lelaki dan para wanitanya memakai piring besi berbentuk bulat di
mulut. Piring ini ditukar kepada yang lebih besar dari semasa ke semasa.
***
*Begitulah misteri dan luasnya makna cantik dan tampan. Jadi, usah terlalu
susah hati jika anda merasakan anda tidak begitu menarik. Anda tetap cantik
di mata orang yang mentafsirkan kecantikan itu bukan sekadar wajah tetapi
mungkin keseluruhan anda. Ini termasuklah gaya jalan anda, cara nada
bertutur, pendirian serta sikap anda terhadap sesuatu perkara.
*
*Jika anda belum mendapat teman bukan cantik masalahnya, cuma anda belum
bertemu dengan orang yang mentafsirkan cantik itu menurut apa-apa kelebihan
yang ada pada diri anda.
*
*Sebenarnya tiada manusia yang buruk, lantaran setiap daripada kita ini
dicipta oleh Tuhan yang Maha Bijaksana. Masakan ciptaan Tuhan itu tidak
cantik, malah dalam islam kecantikan bukan terletak pada wajah atau
keturunan tetapi apa yang ada di dalam hati. Baik sang hati baiklah seluruh
badan, jahat sang hati jahatlah seluruh badan. Agama menilai kecantikan itu
iman yang teguh, kukuh dan padu.
*
*Siapa kita untuk mempertikaikan ciptaan-ciptaan TUHAN. Sudah tentu kita
tidak layak. Tetapi ramai orang mempertikai TUHAN setiap kali menghadap
cermin. Berkacalah tatkala bercermin sebab dengan berkaca cermin akan
memberitahu anda apakah anda yang berdiri di situ atau perasaan dan keegoan
anda yang menampani.
*
*Siapa anda, anda sendiri yang menentukan. Pandangan manusia semuanya tidak
sama. Sejuta yang mengatakan anda tidak indah, sepuluh juta mungkin
mengatakan yang sebaliknya. Hanya anda belum bertemu muka dengan yang
sepuluh juta itu.
***
*Itu saja yang membezakan.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...