Blogger Layouts

I made this widget at MyFlashFetish.com.

zikrullah n doa

Rabu, 5 Januari 2011

Tersentuh hatiku bila membaca cerita ini.

Astagfirullah!. Aku beristigfar berkali-kali. Sesungguhnya aku tidak
sendiri. Allah bersamaku. Allah mendengar keluhanku. Allah tahu
resah
dan gelodak yang melanda jiwaku. Allah tahu semua itu. Aku sujud
panjang, memohon istighfar. Air mataku mengalir. Aku terlena di atas
sejadah. Tubuhku benar-benar letih. Sudah hampir sebulan aku berada
dalam keadaan tidak menentu. Makan minumku sekadarnya. Tidurku
dihantui
mimpi-mimpi ngeri. Hari-hariku penuh kesedihan dan kekecewaan.
Emosiku
terganggu..... Fikiranku mengimbau peristiwa lama itu.....

Suamiku yang menunggu di luar tidak sabar menanti jawapan. "Macam
mana?"
tanyanya. "Abang nak atau tidak?". "Mestilah nak!". "Kalau abang
nak.....
adalah!". Dia mengucup dahiku. Pelukannya erat. Aku gembira. Dia
gembira.
Tuhan, syukurlah atas nikmat ini. Aku tahu dia amat sayang padaku.
Seperti sayangku padanya. Dan seperti kasih kami kepada janin dalam
rahimku.
Dia menjagaku sebaiknya. Makan minumku, sakit peningku.Dan
segala-galanya.
"Doalah, semoga anak kita jadi anak yang baik,". Hari-hari itu yang
diingatkan padaku. Aku pun ingin memiliki anak yang soleh, yang
luhur
pekertinya dan teguh memegang syariat Allah s.w.t pada akhir zaman.
Lalu
hari-hari kubisikan kepadanya kata-kata yang baik. Biarpun dia masih
di
dalam rahim. Aku pasti ada pertalian yang menghubungkan aku
dengannya.
Aku nyatakan harapanku dan saban hari bibirku tidak kering melagukan
ayat
suci Al-Quran. Surah Yasin, Al-Luqman, At-Taubah, Yusuf dan Maryam
telah
sebati dalam pengalamanku. Sebelum melelapkan mata, suamiku akan
mengajarnya membaca Al-Fatihah. Dan alangkah gembiranya hati bakal
ibu
apabila janinnya bergerak-gerak, memberi tindak balas pada kalimah
tayyibah yang diajarkan. Akhirnya dia kulahirkan setelah melalui
kesakitan
antara hidup dan mati. Terubat hatiku melihat senyumannya.

Dia banyak menyalin rautku. Berkulit cerah dan berwajah bujur sirih.
Paling
seronok melihat lekuk di kedua belah pipinya bila dia tersenyum. Nur
Amana,
nama pilihan suamiku. Menggabungkan maksud cahaya Ilahi yang
menaungi
setiap sudut hidupnya. Penuh barakah dan rahmat. Biar dia menjadi
wanita
terpuji. Memiliki iman setinggi iman Siti Fatimah az-Zahra, puteri
Rasullulah s.a.w. yang terunggul.

Dan membesarlah dia dalam limpahan kasih sayang aku dan suami.
Takdir Allah
s.w.t. menyuratkan kami tidak memperoleh anak lagi selepas
kelahirannya.
Pelbagai usaha kulakukan, namun barangkali puteri seorang itu
sajalah
amanah yang perlu disempurnakan sebaiknya. Aku akur. Suamiku tidak
banyak
bicara. Ketentuan Allah adalah sesuatu yang mesti diterima dengan
reda.

Nur Amana anak yang bijak. Tidak sekadar memiliki kecantikan
lahiriah,
akhlaknya terpuji. Tutur katanya mendamaikan jiwa. Bila dipandang
menyejukkan hati. Tidak pernah sekalipun mengangkat suara pada orang
tua.
Malah kata maaf sering diucapkan bila terasa lakunya menyentuh hati
orang
lain.

Saat paling menyedihkan bila sepucuk surat bersampul coklat tiba
pada
suatu tengahari. Detik perpisahan bertemu jua. Nur Amana yang
cemerlang
dalam pelajaran ditawarkan melanjutkan pelajaran ke Amerika
Syarikat. Pun
begitu demi masa depannya kami merelakannya. Seperti suamiku, aku
yakin
dengan ilmu Islam yang diterapkan dalam jiwanya dia mampu menangkis
segala unsur jahat.

Aku pasti Nur Amana akan terus teguh. Menjadi ikan yang tetap tawar
biar
pun hidup di lautan masin. Lalu hari-hariku diulit rindu yang dalam.
Terkenang telatah manjanya, senyumannya, rajuknya, dan bila menjamah
hidangan tengahari tersentuh hatiku, teringat dia yang jauh dirantau
orang. Namun, rindu terubat juga bila sekali sekala suratnya menitip
berita, menyatakan rindu dan kasih tidak terhingga.

Lima tahun di negeri orang, Nur Amana kembali dengan kejayaan
membanggakan.
Air mataku menitis. Jauh di sudut hati, aku berbisik semoga anak
inilah
yang mendoakan kesejahteraan ibu dan bapanya bila hayat berakhir
nanti.
Dan di luar dugaanku, pulangnya Nur Amana membawa satu perubahan
yang
ketara. Dia berjilbab kini. Seluruh tubuh termasuk wajah ditutup
dengan
kerundung gelap. Pun aku bersyukur kerana perubahan itu menjurus
kepada
kebaikan.

Seperti suamiku, aku tidak membantah. "Di sana terlalu banyak
fitnah,
Ma...," beritahunya suatu hari bila kutanya apa yang mendorongnya
memakai
purdah. Aku pun menyedari, kemungkaran yang memenuhi negara kafir
tempat
Nur Amana menuntut ilmu itu. Alhamdulillah, kerana Nur Amana
mengambil
langkah bijak. Cuma saudara mara banyak membantah. Katanya, dengan
keadaan
yang seperti itu, Nur Amana sukar mendapat pekerjaan nanti. Rugilah
kelulusan tinggi yang diperolehi. Tapi Nur Amana cuma tersenyum
mendengar
pertentangan-pertentangan itu. "Jangan bimbang Ma, pasti ada rezeki
untuk hamba Allah yang memegang syariat-Nya," Nur Amana memujukku.
Dan
hatiku berbunga lega. Benar seperti kata-katanya, tidak sampai
sebulan
pulang dari Amerika, Nur Amana mendapat kerja di sebuah syarikat di
Kuala
Lumpur
. Aku tidak begitu tahu tentang tugasnya, tapi menurut Nur
Amana
sebagai eksekutif. Dan kehidupan kami berlangsung seperti biasa.

Hilang sudah rindu membaraku. Nur Amana berada di sisiku
kini.Hari-hari
berada di depan mata. Cuma beberapa bulan kemudian, sikap Nur Amana
mula
berubah. Dia menjadi pemurung, jarang bercakap dan sering mengurung
diri
dalam kamarnya. Keluarnya bila ke tempat kerja atau bila kuajak
makan
bersama. Itupun kadang-kadang dia menolak. Beberapa kali aku cuba
mencungkil isi hatinya. Kenapa tiba-tiba dia berubah laku. Pun aku
tidak
berjaya. Nur Amana cukup bijak mengelak dan menyembunyikan.

Sehinggalah suatu hari aku dihubungi oleh seseorang, katanya Nur
Amana
telah menghantar permohonan ke mahkamah untuk menukar agama kepada
Kristian. Bergegar jantungku. Suamiku terdiam lama. Ketika itu Nur
Amana
tiada di rumah.
Katanya out-station di Singapura selama seminggu.
Aku dan
suami mengambil langkah berdiam diri dahulu. Cerita sebenar perlu
diperolehi oleh Nur Amana sendiri.

Bagaimana mungkin orang itu boleh membawa khabar itu, kalau tidak
ada
apa-apa? Apa sebenarnya yang dilakukan oleh Nur Amana sehingga
timbul
fitnah yang sebegitu besar? Persoalan demi persoalan menujam diri
menjadikan aku gelisah menanti kepulangannya.
Kepulangan Nur Amana
kusambut dengan air mata yang entah untuk apa. Yang pasti hatiku
cukup
bimbang.

Cenderamata dari Singapura dihadiahkan. Sehelai kain sutera berwarna
ungu
yang cantik. Pun bagiku ia tidak bernilai apa-apa. Suamiku
menggesanya
cepat membersihkan diri supaya dapat solat Maghrib berjemaah
bersama. Tapi,
Nur Amana, memberi alasan letih dan meminta aku dan suami solat
dahulu.
Bila azan Isyak berkumandang, sekali lagi suamiku mengetuk pintu
kamarnya
mengajak Nur Amana solat bersama. Dan sekali lagi juga Nur Amana
menolak
dengan alasan dia sedang menyiapkan kertas kerja penting.
Satu
alasan yang
tidak pernah dilakukan olehnya. Nur Amana yang kudidik tidak pernah
melengahkan waktu solat. Tidak pernah mengutamakan kerja lain dari
solat.
Tapi mengapa hari ini begitu? Mataku dan suami bertentangan. Pun
kami
cuma membisu. Bersabar dan menunaikan solat Isyak terlebih dahulu.

Selepas solat kulihat Nur Amana ke dapur, mengisi perut yang
berkeroncong.
Tadi, kupanggil dia makan bersama tapi beralasan letih. Kecewanya
hatiku
dan suami. Selepas makan, Nur Amana menolak pintu bilik lagi tapi
cepat
suamiku memanggil. Nur Amana duduk dihadapanku. Dia kelihatan
bersahaja.
Gadis yang baru mencecah 24 tahun itu kulihat semakin manis.
Wajahnya
lembut. Matanya redup. Bibir merah jambunya yang cantik sering
mengukir
senyuman. Soalan pertama diajukan oleh suamiku. Nur Amana tersentak.
Dia menafikan sekeras-kerasnya.Katanya itu cuma fitnah orang yang benci
melihat kejayaannya. Hatiku lega. Nur Amana, anakku masih memelihara
agamanya.

Sebulan kemudian, aku dihubungi lagi. Permohonan Nur Amana untuk
menukar
agama telah diluluskan. Sekarang Nur Amana berada di Kota Kinabalu,
menghadiri persidangan penganut agama Kristian sedunia. Darahku
berderau.
Sikap Nur Amana yang mencurigakan akhir-akhir ini turut menipiskan
kepercayaan aku dan suami padanya. Aku tidak mampu bertahan lagi.
Suamiku juga begitu. Ketiadaan Nur Amana (out-station ke Singapura
lagi) memberi peluang kepada kami untuk memecah biliknya. Kamar
sederhana
besar itu tersusun kemas. Sekuntum mawar yang entah siapa pemberinya
telah
kering di atas meja. Dari kad kecil yang terlekat cuma tertulis
tahniah dan
tersusun buku-buku tebal di atas rak. Aku menghampirinya. Dan
jantungku
berdegup kencang bila hampir semua buku-buku tebal itu adalah
berkenaan
agama Kristian, termasuklah sebuah Bible dan terjemahannya. Aku
menggeletar.
Terasa lemah seluruh anggotaku. Suamiku segera menghubungi mahkamah
meminta kepastian. Dan jawapan yang diberikan begitu menyakitkan.
Air
mataku turun tanpa henti. Apa salah didikanku, lalu dia jadi begitu?
Subhanallah!

Nur Amana pulang. Terkejut bukan main Nur Amana bila mendapati pintu
biliknya telah dipecahkan. Suamiku menghujaninya dengan pertanyaan demi
pertanyaan. Nur Amana membisu membiarkan kemelut terus berpanjangan.
Namun akhirnya, penjelasan dilafazkan jua. "Saya mencintai Adam.....
pemuda Kristian, saya benar-benar cinta padanya dan terperangkap
dalam
agama itu...," dan sepantas kilat sebuah tamparan hinggap ke
pipinya.
Kemarahan suamiku sampai ke puncak. Kesabaran terus terhapus. Nur
Amana
menangis. Aku terkaku.Sesungguhnya hakikat ini terlalu pahit.

Paginya Nur Amana hilang dari rumah. Kamarnya kosong. Nur Amana
membawa
bersama segala pakaian dan buku-buku. Nur Amana bagai mengatakan
bahawa
"Cuma setakat ini saja hubungan kita". Nur Amana seolah-olah
memutuskan
bahawa aku bukan ibunya lagi, suamiku bukan bapanya lagi. Air mataku
mengalir dan terus mengalir. Hiba hati seorang ibu. Suamiku bertindak
pantas melaporkan kepada polis. Nur Amana lari dari rumah! Pun polis
tidak menemuinya. Suamiku membuat permohonan membantah pertukaran agama
yang dibuat oleh Nur Amana. Tiada pilihan lain, akhbar terpaksa
digunakan
meminta Nur Amana hadir ke mahkamah. Lalu, cerita Nur Amana menjadi
hangat.
Saban hari kisahnya terpampang di akhbar dan kaca televisyen. Latar
belakangnya dicungkil. Kemudian peribadi Nur Amana dikritik.
Pendidikan
ibu bapa dan sekolah dijadikan alasan. Dan akhirnya, ramai yang
menyimpulkan,
Nur Amana gadis terpuji tersungkur ke perangkap Kristian kerana
cinta!
Alangkah dangkalnya iman Nur Amana. Alangkah!!!

Pada hari perbicaraan, Nur Amana hadir bersama seorang lelaki muda
berdarah
India. Nur Amana tidak bertudung litup lagi. Rambutnya dibiarkan
mengurai
ke bahu. Rambut yang sebelum ini tidak pernah dilihat oleh mata
lelaki
ajnabi. Dan, terasa gugur jantungku bila terlihat sebentuk salib
dibuat
dari emas tulin bercahaya ditimpa cahaya lampu megah tersemat di
dadanya.
Nur Amana tunduk. Langsung tidak memandang kepada sesiapa. Wajahnya
tenang.
Perbicaraan dijalankan. Detik demi detik berlalu. Keputusan
diumumkan.
Suamiku gagal!

Undang-undang negara memberi kebebasan beragama kepada rakyatnya.
Dan kami
tidak berhak menghalang kerana Nur Amana telah berumur lebih
daripada 18
tahun. Lelaki muda di sebelah Nur Amana ku lihat tersenyum lega.
Hatiku
hancur. Di mataku terbayang hukum Allah. Orang murtad akan dikenakan
hudud! Dipancung setelah enggan setelah disuruh bertaubat. Nur Amana bukan
tidak tahu itu. Bukan Nur Amana tidak tahu. Tapi, mengapa dia terus
berdegil, tidak insaf dengan dosa itu?. Aku rebah dalam pelukan
suamiku.
Tubuhku merasa tidak bermaya. Dia tunduk. Wajahnya merah padam
menahan
kemarahan. Jemariku digenggam erat. Air matanya mengalir perlahan
membasahi
pipi. Menitis jatuh ke pipiku. Itulah kali pertama kulihat air
matanya
gugur.

Aku tahu hatinya. Dan cuma aku yang tahu hatinya."Demi Allah! Aku
bersumpah
negara ini tidak akan aman kerana memegang undang-undang kafir!".
Tiba-tiba
suaranya lantang menjerit, meggegarkan suasana mahkamah yang telah
sediakala
hingar apabila mendengar keputusan mahkamah tadi. Mahkamah sunyi
seketika.
Semua mata tertumpu padanya. Tiba-tiba jeritan itu disambut dengan
laungan
"Allahu Akbar" dari orang yang tidak puas hati dengan keputusan
mahkamah.
Aku cuba meredakan kemarahannya. Namun air matanya semakin lebat.
"Mahkamah ini tidak adil! Sekular! Undang-undang penjajah!'.

Keadaan semakin gawat apabila polis menangkap suamiku. Suamiku
meronta-
ronta, tapi pegangan kejap beberapa orang anggota polis melemahkan
kudratnya. Dan akhirnya dia mengalah, membiarkan tangannya
digari.Ketika
melintasi Nur Amana yang terus tenang berdiri di sebelah lelaki muda
yang
tidak kukenali itu, suamiku menoleh. "Kalau jalan ini yang kau
pilih,
teruskanlah..... tapi ingat, kehidupanmu pasti tidak akan selamat!,"
Nur Amana tidak menjawab. Tunduk. Kaku bagai patung. Pun kulihat sekilas
senyuman di bibir lelaki muda di sebelahnya. Hatiku tercalar.
Keranamu Nur
Amana, seorang ayah akan hilang seluruh kebahagiaan hidupnya. Dan
hari ini,
suamiku merengkuk dalam penjara.Dituduh menderhaka kepada mahkamah!
Dan
ditakuti akan mencetuskan huru-hara kerana menerbitkan sentimen
perkauman
juga keagamaan.

Aku terjaga ketika jam dinding di ruang tamu berdenting tiga kali.
Aku
belum solat Isyak.Astagfirullah. Dari tadi aku tertidur dan
menyambung
mimpi ngeri semalam. Aku segera membaharui wuduk.Solat Isyak
kudirikan.
Kemudian kususuli dengan solat Taubat dan Hajat. Air mataku gugur
lagi
pada dinihari yang sepi. Doaku tidak putus. Hatiku retak. Namun jauh
di
sudut hati. Aku terus berharap....., pulanglah anakku,Nur Amana!

Aduhai, kisah Natrah berulang kembali..... Agama dipermainkan oleh
undang-undang sekular. Lihatlah betapa rapuhnya undang-undang
sehingga
tidak dapat mempertahankan agama ISLAM yang dikatakan agama RASMI.
Sampai bila perkara ini akan berakhir..... Betapa hibanya hati
seorang
ibu bila anaknya murtad dan kita tahu hukumnya dan kita tahu masih
banyak
lagi kes yang sama seperti Nur Amana. Apakah tindakan kita yang
mengaku
dirinya ISLAM? Apakah tidak tercabar oleh permainan pihak kuffar
ini????
Permainan ini semakin bermaharajalela ditanah air kita.....
Sedarlah!!!
Kita akan tertindas selagi HUKUM ALLAH TIDAK DITEGAKKAN DI
BUMI.......
MALAYSIA khasnya...



0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...