Blogger Layouts

I made this widget at MyFlashFetish.com.

zikrullah n doa

Rabu, 3 Ogos 2011

Rintihan Hatiku ,,,,






Wahai Hati ..

Kau di duga lagi tatkala hati ini disaluti bahagia..
Adakah aku yang mengundang cubaan ini?

Ya Allah, hanya pada Mu ku berserah..
Ku tahu ini semua dugaan Mu buat hamba Mu yang kerdil ini...



Wahai Hati...

Tabah dan terus kuat...
Jangan kau kalah dek nafsu duniawi..

Bersua demi meragut jiwa sunyi...
Tekadkan kalbumu apa yang kau hadapi kini..

Ingatkanlah diri siapa dirimu kini..
Pada Ilahi ku kembalikan hati..

Aku tak mahu tangis
kerna ia amat menyeksakan..

Aku tak mahu duka 
kerna ia menyedihkan...

Aku tak mahu ingatan
kerna ia membunuhku...

Pisahkan aku dengan memori semalam 
Memori yang tiada lagi makna dalam kamus hidup ini...

Wahai kasih..
Teruskanlah kau memimpini hati ini..
Bersama melangkah dalam pencarian yang hakiki..

Wahai hati,

Sabarlah kau dalam menempuh dugaan ini..
Jangan kau putuskan lemahnya diri
tatkala duri menusuk hati..

Wallahua'lam ~

Isnin, 1 Ogos 2011

Ciri-Ciri Wanita Yang Paling Baik

Kekuatan lelaki bergantung kepada wanita yang baik. Sebaliknya wanita yang jahat boleh merosakan masa depan lelaki. Kenyataan ini mungkin tidak disenangi oleh baik lelaki mahupun wanita. Tapi kenyataan itu boleh dibuktikan seperti berikut:

Wanita :-

1. Isteri sambut kepulangan suami dengan senyuman
2. Isteri menyediakan minuman untuk meredakan kepenatan suami.
3. Isteri menyediakan kain tuala dan berus gigi untuk suami mandi sebelum solat maghrib
4. Isteri siapkan tempat tidur untuk suami berihat selepas solat isya’
5. Isteri menemani suami menjelang tidur dengan perbualan yang menghiburkan
6. Isteri siapkan pakaian untuk kerja dan menghidangkan sarapan pagi
7. Isteri menjaga diri, maruah diri, dan menjaga harta dan anak suami

Lelaki :-

1. Masalah suami di pejabat hilang serta merta, hati gembira melihat keadaan isteri
2. Masalah suami di pejabat hilang serta merta, hati gembira melihat keadaan isteri
3. Suami mandi dan tubuhnya kembali segar sebelum menghadap Allah
4. Jiwa suami tenang sambil merihatkan minda dan tenaga.
5. Suami beroleh tenaga baru kerana mendapat aura isteri
6. Suami pergi kerja dalam keadaan jiwa yang tenang dan terhibur
7. Suami dalam perjalanan ke tempat kerja penuh keyakinan dan dapat bekerja yang penuh ikhlas

Inilah yang dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. tentang sifat dan sikap sebaik-baik wanita atau isteri. Sabda Rasulullah s.a.w:

وَخَيرُ النِّسَاءِ مَنْ تَسُرُّكَ إِذَا أَبْصَرْتَ وَتَطِيعُكَ إِذَا أَمَرْتَ وَتَحْفَظُ غَيْبَكَ فِى نَفْسِهَا وَمَالِكَ

Hadis riwayat Ahmad, an-Nasaie dan al-Hakim ini bermaksud: “Dan sebaik-baik wanita ialah mereka yang boleh mengembirakan engkau apabila kamu melihatnya, dan yang mentaati kamu apabila kamu menyuruhnya, dan dia memelihara maruah dirinya dan harta engkau ketika ketiadaanmu.

Lihatlah betapa cerianya suami ketika pulang dari tempat kerja. Keadaan itu berterusan sehingga suami tidur dan bangun semula. Suami tidak mengharapkan sesuatu daripada isterinya kecuali belaian kasih dan manja sepanjang masa.

Sebaliknya jika isteri jahat, tidak mengikut panduan di atas, maka suami akan berhadapan dengan tekanan perasaan. Perhatikan contoh berikut:

Isteri :-

1. Isteri menyembut kepulang suami dengan pelbagai soalan perangkap
2. Isteri sebuk di dapur untuk membuat makan malam
3. Isteri asyik menonton tv
4. Isteri tidur di hadapan tv
5. Isteri menghantar suami di hadapan pintu tanpa memohon maaf kerana tidak berasa bersalah kepada suami
6. Isteri tidak menjaga maruah diri dan harta suami diperlakukan sesuka hati.

Suami :-

1. Suami yang hendak masuk rumah berkira-kira untuk keluar rumah, masalah menjadi bertambah berat
2. Suami yang dahaga ke dapat mengambil sendiri air minuman
3. Suami juga menonton tv
4. Suami menunggu dilayan isteri di atas katil
5. Suami pergi kerja dalam keadaan tidak ceria dan terbuku pelbagai persoalan yang belum terjawab
6. Suami di tempat kerja penuh kebimbangan.

Isteri yang tidak dapat melakukan perkara yang disebut dalam hadis di atas, adalah sejahat-jahat isteri. Dia telah merosakan masa depan suaminya. Suami tidak beroleh pahala malah boleh jadi berdosa. Menyedari keadaan ini, seseorang isteri harus melatihkan diri ke arah wanita yang terbaik. Semoga kehidupan mereka nanti terarah kea rah yang tepat

Khamis, 2 Jun 2011

Cinta Alam Cyber

Haqeem termenung sendirian di katilnya, jam sudah menunjukkan pukul  1.00pagi, lampu di dorm sudah lama di padamkan hanya tinggal lampu di koridor, samar samar menerangi  bilik asrama itu .Haqeem merenung  sekeliling bilik asramanya, semua kawan kawan sedang lena dibuai mimpi yang  panjang.Semua Nampak begitu keletihan , maklumlah tinggal di asrama mesti melalui rutin harian yang agak ketat. Setiap hari semua pelajar diwajibkan bangun seawal pukul 5 pagi untuk berada di  surau  mengaji Al Quran sebelum memulakan solat subuh. Entah kenapa  pada hari ini matanya tidak mahu lelap, sudah puas dia membaca berbagai surah Al Quran, berzikir namun masih juga sukar untuk  tidur.

Fikiran  Haqeem  terus menerawang jauh memikirkan tentang dirinya,mengimbas kembali  berbagai kenangan  hidup yang di laluinya dalam usianya yang hampir menjangkau 19 tahun . Usia remajaku ini….apakah telah kulalui dengan cara yang diredhai ALLAH SWT? . Apakah aku hambamu yang taat akan perintahMU atau aku adalah HambaMU yang ingkar Ya ALLAH?.  Haqeem beristigfar panjang ..Ya ALLAH!!...ampunilah dosa dosaku…tiba tiba hati Abdullah Hakim di buru sayu..

Firman ALLAH SWT dalam surah Al A’Raf ayat 205.
“Maksudnya: Ingatlah TuhanMU dalam hati pada waktu pagi dan petang  dengan merendahkan diri,berperasaan takut, dan tidak menyaringkan suara. Janganlah kamu menjadi golongan yang lalai.”

Apakah aku tergolong  dalam golongan hambaMU yang lalai dan sering melupakanMU ..SUBHANALLAH. Teringat kata kata seorang ustaz bahawa  para aulia itu jika mereka terleka dari menyebut nama ALLAH  walau seketikapun mereka telah menganggap diri mereka telah melakukan maksiat. Bagaimana pula dengan diriku ini?...banyaknya dosa  yang telah ku lakukan!!!

Haqeem  mengimbau kembali  perjalanan hidup yang di laluinya beberapa bulan yang lalu. Dia teringat betapa gembira ayah dan ibunya  apabila mendapati  dirinya berjaya mendapat pangkat Mumtaz  dalam peperiksaan SMAnya  dan sewaktu keputusan SPM diumumkan sekali lagi terbayang kegembiraan yang amat sangat di raut wajah kedua ibubapanya ,keputusan SPMnya juga cemerlang. Alhamdullilah..syukur atas pemberianNYA.Ayah telah menghadiahkan Haqeem sebuah lap top. Haqeem  berterima kasih  atas pemberian ayahnya  walaupun sebenarnya  dia tidak merasakan perlunya lap top itu untuk dirinya .

Rasa sunyi kerana berjauhan dengan keluarga  membuatkan Haqeem  mula melayari  internet . Banyak pengetahuan yang boleh diperolehi  di dalam internet. Baik , buruk terpulang kepada diri sendiri  untuk memilihnya. Suatu hari, Haqeem  membuka satu laman  sembang. Di situlah Haqeem bertemu dengan  gadis cyber . Haqeem mula memberanikan diri  untuk menyapa si gadis cyber dan  gadis cyber inipun melayan Haqeem dengan baik. Bermula dari detik itu mereka  menjadi kawan di alam cyber.

Haqeem dan gadis cyber ini  hanya sekadar berbalas balas tulisan sahaja. Tidak pernah  melihat wajah dan tidak pernah bertemupun. Sekadar berbual kosong sahaja, tidak pernah terfikir di hati Haqeem  untuk punya hubungan rapat dengan gadis cyber ini kerana dia tahu semua itu tidak diredhai oleh ALLAH SWT.

Bulan demi bulan berlalu, kini terlintas di hati Haqeem untuk cuba cuba mengenali gadis cyber ini dengan lebih rapat. “Sekadar suka suka sahaja, tidak ada salahnya” bisik Haqeem dalam hatinya.Seperti yang dijangkanya gadis cyber ini juga tetap sudi  melayan Haqeem dengan baik. Bermulalah episod yang agak personel  dalam diari kehidupan Haqeem  dan gadis cyber  ini.

Mereka mula berchatting  hampir setiap hari. Sedar tidak sedar  Haqeem dan gadis cyber ini mula membicarakan soal hati dan perasaan. Haqeem mula merasakan ada sesuatu  perasaan yang sukar sekali  di fahami dalam hatinya terhadap gadis cyber . Begitu juga dengan gadis cyber malahan si gadis  cyber ini menyatakan hatinya telah lama terpaut dengan Haqeem.

Haqeem mula kebingungan , dia sedar apa yang berlaku ini adalah sesuatu yang tidak di redhai  di sisi  ALLAH SWT. Bagaimanakah  hati boleh terpaut  hanya sekadar  mata melihat barisan tulisan  yang di hantar dan di jawab setiap hari??. “Memang  perasaan ini buta untuk mengenal kebenaran dan hakikat”.Sukarnya untuk membuat keputusan  kerana rasa sayang mula bercambah di dalam hati Haqeem dan si gadis cyber.

“Ya ALLAH, apakah ini satu ujian untuk ku atau memang aku telah membuat satu kesilapan?”, Haqeem  tertanya tanya di dalam hatinya.Lama  Haqeem berfikir dan bermunajat kepada ALLAH SWT  agar di berikan petunjuk . Berbagai persoalan mula timbul dalam  fikiran Haqeem, rasa kasihan dan sayang bercampur baur dalam hatinya namum Haqeem merasakan semua ini harus berakhir. Haqeem tidak mahu lagi hidup dalam belenggu dosa. Rasa bersalah terhadap kedua ibu bapanya juga seringkali bermain  difikirannya.

“Perjalanan hidupku masih terlalu jauh , cita citaku masih  belum ku gapai , agama ALLAH tidak ku pelihara sebaliknya ku rosakkan dengan  akhlakku  yang  seburuk ini. Ya ALLAH, ampunilah  keterlanjuranku ,banyak benar rasanya dosaku padaMU ,Ya ALLAH, ampunilah  aku!!”. Haqeem menjerit dalam hatinya. Benarlah  janji syaitan , akan sentiasa menyesatkan anak Adam  itu  walau di manapun  mereka berada termasuklah di alam cyber juga. Kini Haqeem telah membuat  keputusan nekad,  untuk mengakhiri  semua  yang  telah dia mulakannya.  Haqeem   yakin   semamangnya dia tidak punya pilihan lain lagi kecuali melupakan gadis cyber dan membuang  jauh segala kenangan yang pernah dilalui bersama . Inilah keputusan yang terbaik  sebelum segalanya menjadi lebih  kusut lagi. Haqeem mengharapkan gadis cyber faham dan tidak menyalahkan dirinya atas keputusan yang telah di buatnya. Ini.

Abu Hurairah ra meriwayatkan Rasulullah saw bersabda:
Maksudnya :” Sesungguhnya apabila seseorang itu melakukan dosa, hatinya di selaputi dengan tompok tompok hitam , sekiranya dia bertaubat hatinya kembali bersih, tetapi jika dia kembali melakukan dosanya  setelah bertaubat , hati sanubarinya akan bertambah hitam.”  (Riwayat Jabir, Tarmizi, Ibn Majah).

Haqeem  sentiasa berdoa agar ALLAH  SWT sentiasa menutup pintu hatinya untuk berulang kali melakukan kesilapan .  Berkali kali Haqeem beristigfar memohon keampunan dari ALLAH SWT.”Ya ALLAH terima lah taubatku ini.” bisik Haqeem dalam hatinya . 



cerpn dri hlqh~

Selasa, 31 Mei 2011

~Gadis Manis Itu~

Gadis manis itu

Masih mampu tersenyum ceria

Menyembunyikan luka di dada

Tanpa membuat sesiapa curiga


Gadis manis itu

Berikan bahagia pada semua

Tanpa memikirkan siapa dia atau mereka

Baginya semua adalah keluarga


Gadis manis itu

Dalam hatinya seribu rahsia

Tidak mampu dicungkil oleh sesiapa

Kerna baginya itu adalah haknya

Berkongsi dengan orang tertentu sahaja


Gadis manis itu

Hatinya selembut sutera

Gayanya indah bersahaja

Keikhlasan menemani setiap langkahnya


Dalam diam..

Hati gadis itu melakar derita

Namun tidak pernah dikhabar pada semua

Dilabuhkan doanya buat Sang Pencipta

Kerana dia yakin dengan kekuasaan Yang Maha Esa

Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya

Hikmah yang tersembunyi di alam nyata

Hanya diketahui pabila tiba masanya


Gadis manis itu

Mula berbicara

Wahai penghuni dunia

Jangan pernah rasa sangsi dan curiga

Yakinlah rahmat Allah ada dimana-mana

Menemani kita sepanjang masa

Tanpa mengira siapa kita


Pesannya pada semua

Melangkahlah selagi terdaya

Kenali la erti penat jerih yang ada

Tinggalkan rasa putus asa

Kerana kita hidup hanya sementara

Hargailah nikmat yang masih ada

Teruskan perjuangan di dunia

Demi kebahagiaan di akhirat yang selama-lamanya..

Harumnya Masyitah

kehebatan iman Masyitah, tukang sisir rambut anak Firaun.
Firaun menjadi sombong dan angkuh kerana kebesaran empayarnya dan kehebatan
pengaruhnya di kalangan rakyat Mesir. Dia mengaku sebagai tuhan yang agung
dan memusuhi sesiapa saja yang bertuhankan selain dirinya. Malahan dia akan
membunuh mereka yang tidak mengaku Firaun sebagai tuhan.

Masyita walaupun bekerja di istana Firaun, namun di dalam hati kecilnya
tetap bertuhankan Allah yang Maha Berkuasa dan Dialah juga yang menjadikan
segala makhluk di muka bumi ini termasuk Firaun yang mengaku dirinya sebagai
Tuhan. Kepercayaan ini dirahsiakannya supaya tidak diketahui oleh Firaun
dan sekutunya.

Pada suatu hari, sedang dia menyisir rambut anak Firaun, sikat di tangannya
terjatuh. Masyita terlatah dan berkata "Mampus Firaun! " Apabila anak Firaun
mendengar kata-kata penghinaan terhadap bapanya, dia berkata, "Kenapa kau
berkata begitu terhadap bapaku? Adakah tuhan lain selain bapaku?"

"Memang benar! Tuhanku dan tuhan bapamu ialah Allah." Mendengar kata-kata
itu, anak Firaun menjadi marah. "Baik kamu bertaubat, kalau tidak aku akan
beritahu bapaku." Masyita bertegas dan mengatakan, "Pergilah kau beritahu
bapa kau. Aku tetap dengan pendirianku bahawa tuhan yang sebenarnya ialah
Allah."

Sebaik saja Firaun diberitahu oleh anaknya tentang Masyita, dia menjadi
murka dan memanggil Masyita. Dia bertanya sama ada benar apa yang dikatakan
oleh anaknya itu. Masyita tetap mengatakan Tuhannya ialah Allah. Firaun
mengugut untuk membunuh Masyita dan keluarganya sekiranya dia tidak mengubah
pendiriannya.

Keesokannya keluarga Masyita dibawa ke satu tempat lapang, berhadapan dengan
sebuah kawah besar yang berisi dengan minyak yang sangat panas. Firaun
hendak memasukkan kesemua keluarga Masyita termasuk anaknya yang masih kecil
ke dalam minyak panas sekiranya Masyita tidak mengaku Firaun sebagai tuhan.
Keimanan Masyita tidak luntur meskipun berhadapan dengan ancaman maut.

Melihatkan iman Masyita yang tidak berganjak, Firaun menyuruh askarnya
mencampakkan keluarga Masyita seorang demi seorang ke dalam kawah yang besar
itu. Apabila sampai giliran anaknya yang kecil, perasaan Masyita menjadi
belas dan sebak. Hati siapa tidak sedih melihatkan anak yang disayangi akan
dilontar ke dalam kawah yang membuak-buak dengan minyak panas. Masyita
meminta supaya dia dicampakkan dulu sebagai ganti kepada anaknya. Tiba-tiba
dengan kuasa Tuhan, anaknya yang kecil itu membuka mulut dan berkata, "Ibu,
jangan bersedih. Teruskan! Biarkan saya dicampak ke dalam kawah itu."
Masyita dan orang-orang di sekeliling terperanjat melihat seorang bayi boleh
berkata-kata.

Mendengar kata-kata anaknya itu, Masyita menjadi semakin yakin dan tabah.
Dia menghulurkan anaknya untuk dicampakkan ke dalam kawah. Tanpa belas
kesihan askar Firaun terus melontarkan anak Masyita ke dalam minyak panas.
Selepas itu barulah Masyita dibawa ke tepi kawah yang panas itu lalu
dicampakkan ke dalamnya.

Demikianlah hebatnya Masyita mempertahankan kebenaran aqidah sehingga dia
dan keluarganya terkorban dibunuh oleh Firaun. Keberanian seorang wanita
memperjuangkan kebenaran dan keimanan ini dirakam dan diingati setiap tahun
oleh seluruh manusia. Dalam peristiwa Israk Mikraj, Nabi sampai di satu
tempat yang sangat harum. Malaikat Jibril menerangkan bahawa tempat itu
ialah tempat bersemadinya Masyita dan keluarganya.

CANTIK DI HATI

cantiknya seorang wanita itu sebagai gadis 
bukan kerana merah kilauan lipstik 
pada bibir memekar senyuman kosmetik, 
tetapi pada keperibadian terpelihara
kelembutan kesopanan memghiasi jiwa.

cantiknya seorang wanita itu sebagai hawa
tidak kerana bijak meruntum iman kaum Adam
tetapi menjadi pembakar semangat perwira,
menjadi tunjang perjuangan syuhada.

cantiknya wanita itu sebagai Muslimah 
bukan kerana keindahan paras rupa
sehingga menjadi igauan mata,
tetapi berpegang akidah solehah di sebalik tirai jiwa
mengandam rindu kekasih pasrah di atas sejadah,
mengharap kerdhaan dari-Nya..

wallahua'lam :)) ukhti liyana :))

Ciri-ciri suami pilihan

KASIH manusia sering bermusim,
sayang manusia tiada abadi.
Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janji-Nya pasti.

ITULAH sedikit dari bait-bait lagu Raihan. Lantaran kasih manusia yang sering bermusim dan sayangnya yang tidak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dalam memilih pasangan. Andainya sedikit daripada cinta itu hendak diberi pada seseorang yang boleh digelar suami, secara ringkas pilihlah seorang lelaki yang…

- Kuat agamanya
Biar sibuk sekalipun, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yang taat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin. Utamakanlah pemuda yang jujur membimbing dan memelihara iman anda.

- Baik akhlaknya
Ketegasannya nyata tetapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara. Mudah di bawa berbincang. Tidak terlalu berahsia.

- Tegas mempertahankan maruah
Pernahkah dia menjengah ke tempat-tempat yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam? Adakah dia jujur sebagai pelindung maruah seorang perempuan?

- Amanah
Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, bila berjanji tidak ditepati, lupakan saja si dia.

- Pemurah tetapi tidak boros
Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dan harta dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.

- Tidak liar matanya
Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.

- Terbatas pergaulan
Sebagai lelaki dia tahu dia tidak mudah jadi fitnah orang, tetapi dia tidak mengamalkan cara hidup bebas.

- Rakan pergaulannya
Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya. Sebaik-baik teman adalah teman yang soleh.

- Bertanggungjawab & setia
Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk ibu bapa dan ahli keluarganya. Jika ibubapanya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tidak bertanggungjawab. Setia mengharungi hidup bersama walau susah mahupun senang.

- Tenang wajah
Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pada air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.

Berbahagialah kamu jika diintai calon yang demikian sifatnya.

INSYAALLAH :))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...