Fikiran Haqeem terus menerawang jauh memikirkan tentang dirinya,mengimbas kembali berbagai kenangan hidup yang di laluinya dalam usianya yang hampir menjangkau 19 tahun . Usia remajaku ini….apakah telah kulalui dengan cara yang diredhai ALLAH SWT? . Apakah aku hambamu yang taat akan perintahMU atau aku adalah HambaMU yang ingkar Ya ALLAH?. Haqeem beristigfar panjang ..Ya ALLAH!!...ampunilah dosa dosaku…tiba tiba hati Abdullah Hakim di buru sayu..
Firman ALLAH SWT dalam surah Al A’Raf ayat 205.
“Maksudnya: Ingatlah TuhanMU dalam hati pada waktu pagi dan petang dengan merendahkan diri,berperasaan takut, dan tidak menyaringkan suara. Janganlah kamu menjadi golongan yang lalai.”
Apakah aku tergolong dalam golongan hambaMU yang lalai dan sering melupakanMU ..SUBHANALLAH. Teringat kata kata seorang ustaz bahawa para aulia itu jika mereka terleka dari menyebut nama ALLAH walau seketikapun mereka telah menganggap diri mereka telah melakukan maksiat. Bagaimana pula dengan diriku ini?...banyaknya dosa yang telah ku lakukan!!!
Haqeem mengimbau kembali perjalanan hidup yang di laluinya beberapa bulan yang lalu. Dia teringat betapa gembira ayah dan ibunya apabila mendapati dirinya berjaya mendapat pangkat Mumtaz dalam peperiksaan SMAnya dan sewaktu keputusan SPM diumumkan sekali lagi terbayang kegembiraan yang amat sangat di raut wajah kedua ibubapanya ,keputusan SPMnya juga cemerlang. Alhamdullilah..syukur atas pemberianNYA.Ayah telah menghadiahkan Haqeem sebuah lap top. Haqeem berterima kasih atas pemberian ayahnya walaupun sebenarnya dia tidak merasakan perlunya lap top itu untuk dirinya .
Rasa sunyi kerana berjauhan dengan keluarga membuatkan Haqeem mula melayari internet . Banyak pengetahuan yang boleh diperolehi di dalam internet. Baik , buruk terpulang kepada diri sendiri untuk memilihnya. Suatu hari, Haqeem membuka satu laman sembang. Di situlah Haqeem bertemu dengan gadis cyber . Haqeem mula memberanikan diri untuk menyapa si gadis cyber dan gadis cyber inipun melayan Haqeem dengan baik. Bermula dari detik itu mereka menjadi kawan di alam cyber.
Bulan demi bulan berlalu, kini terlintas di hati Haqeem untuk cuba cuba mengenali gadis cyber ini dengan lebih rapat. “Sekadar suka suka sahaja, tidak ada salahnya” bisik Haqeem dalam hatinya.Seperti yang dijangkanya gadis cyber ini juga tetap sudi melayan Haqeem dengan baik. Bermulalah episod yang agak personel dalam diari kehidupan Haqeem dan gadis cyber ini.
Mereka mula berchatting hampir setiap hari. Sedar tidak sedar Haqeem dan gadis cyber ini mula membicarakan soal hati dan perasaan. Haqeem mula merasakan ada sesuatu perasaan yang sukar sekali di fahami dalam hatinya terhadap gadis cyber . Begitu juga dengan gadis cyber malahan si gadis cyber ini menyatakan hatinya telah lama terpaut dengan Haqeem.
Haqeem mula kebingungan , dia sedar apa yang berlaku ini adalah sesuatu yang tidak di redhai di sisi ALLAH SWT. Bagaimanakah hati boleh terpaut hanya sekadar mata melihat barisan tulisan yang di hantar dan di jawab setiap hari??. “Memang perasaan ini buta untuk mengenal kebenaran dan hakikat”.Sukarnya untuk membuat keputusan kerana rasa sayang mula bercambah di dalam hati Haqeem dan si gadis cyber.
“Ya ALLAH, apakah ini satu ujian untuk ku atau memang aku telah membuat satu kesilapan?”, Haqeem tertanya tanya di dalam hatinya.Lama Haqeem berfikir dan bermunajat kepada ALLAH SWT agar di berikan petunjuk . Berbagai persoalan mula timbul dalam fikiran Haqeem, rasa kasihan dan sayang bercampur baur dalam hatinya namum Haqeem merasakan semua ini harus berakhir. Haqeem tidak mahu lagi hidup dalam belenggu dosa. Rasa bersalah terhadap kedua ibu bapanya juga seringkali bermain difikirannya.
“Perjalanan hidupku masih terlalu jauh , cita citaku masih belum ku gapai , agama ALLAH tidak ku pelihara sebaliknya ku rosakkan dengan akhlakku yang seburuk ini. Ya ALLAH, ampunilah keterlanjuranku ,banyak benar rasanya dosaku padaMU ,Ya ALLAH, ampunilah aku!!”. Haqeem menjerit dalam hatinya. Benarlah janji syaitan , akan sentiasa menyesatkan anak Adam itu walau di manapun mereka berada termasuklah di alam cyber juga. Kini Haqeem telah membuat keputusan nekad, untuk mengakhiri semua yang telah dia mulakannya. Haqeem yakin semamangnya dia tidak punya pilihan lain lagi kecuali melupakan gadis cyber dan membuang jauh segala kenangan yang pernah dilalui bersama . Inilah keputusan yang terbaik sebelum segalanya menjadi lebih kusut lagi. Haqeem mengharapkan gadis cyber faham dan tidak menyalahkan dirinya atas keputusan yang telah di buatnya. Ini.
Abu Hurairah ra meriwayatkan Rasulullah saw bersabda:
Maksudnya :” Sesungguhnya apabila seseorang itu melakukan dosa, hatinya di selaputi dengan tompok tompok hitam , sekiranya dia bertaubat hatinya kembali bersih, tetapi jika dia kembali melakukan dosanya setelah bertaubat , hati sanubarinya akan bertambah hitam.” (Riwayat Jabir, Tarmizi, Ibn Majah).
Haqeem sentiasa berdoa agar ALLAH SWT sentiasa menutup pintu hatinya untuk berulang kali melakukan kesilapan . Berkali kali Haqeem beristigfar memohon keampunan dari ALLAH SWT.”Ya ALLAH terima lah taubatku ini.” bisik Haqeem dalam hatinya .
cerpn dri hlqh~
0 ulasan:
Catat Ulasan