Blogger Layouts

I made this widget at MyFlashFetish.com.

zikrullah n doa

Ahad, 10 April 2011

Sajak Renungan Bersama

 Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
    Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan
    Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan

    Tutuplah 'auratmu sebelum 'auratmu ditutupkan
    Dengan kain kafan yang serba putih
    Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
    Walaupun orang yang hadir itu merintih

    Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
    Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
    Dengan empat kali takbir dan satu salam
    Berserta Fatihah, Selawat dan doa
    Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
    Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
    Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?

    Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
    Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah
    luput?
    Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian
    Justeru kumenyeru sekelian Muslimin dan Muslimat
    Usunglah dirimu ke tikar solat
    Sebelum kamu diusung ke liang lahad
    Menjadi makanan cacing dan makanan ulat

    Iringilah dirimu ke masjid
    Sebelum kamu diiringi ke Pusara

    Tangisilah dosa-dosamu di dunia
    Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa'

    Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
    Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
    Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan

    Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
    Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
    Bukan yang pergi

    Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
    Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan
    Ingatlah di mana saja kamu berada
    Kamu tetap memijak bumi Tuhan
    Dan dibumbungi dengan langit Tuhan
    Serta menikmati rezeki Tuhan

    Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya
    Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya
    Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak
    bererti
    Lalu menjadi segumpal darah
    Lalu menjadi seketul daging
    Lalu daging itu membaluti tulang
    Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti
    Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
    Yang kalau jatuh ke tanah
    Ayam tak patok itik tak sudu
    Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
    Yang lebih agung dari malaikat

    Lahirmu bukan untuk dunia
    Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat

    Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'
    Dengan penuh rela dan bersedia
    Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'
    Jalan kemenangan akhirat dan dunia

    Ingatlah yang kekal ialah amal
    Menjadi bekal sepanjang jalan
    Menjadi teman di perjalanan
    Guna kembali ke pangkuan Tuhan
    Pada hari itu tiada berguna Harta, tahta dan putera
    Isteri, kad kredit dan kereta
    Kondominium, saham dan niaga
    Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia.

Sabtu, 9 April 2011

Wajah yang kurindu!

Wajah yang kurindu!

di sebalik hijab rahsia
terkandung wajah istimewa
dambaan penghuni taman idaman
balasan tambahan yang dijanjikan * (1) (yunus:26)
dari debu hitam yang terpelihara
dan kehinaan yang dihindar jaga

wajah-wajah yang berseri-seri
pada hari terlerainya misteri
milik tiada sekutu Rabbulizzati
kepada-Nya seluruh umat melihat* (2) (al-Qiyamah 22-23)
atas puncak nikmat segala nikmat
menyaksi wajah-Nya walau tiada bertempat

wajah-wajah yang bermuram durja (3) (al-Qiyamah 24-25)
nestapa sengsara yang bakal tiba
dahsyat malapetaka tiada terhingga
bingung resah golongan kafir laknat
menyesal janji dimungkir nikmat
lantas bersedia azab sengsara
neraka puncak sengsara segala sengsara

tiada pertemuan yang lebih diharapkan * (4) (al-ankabut 29:5)
selain liqa’ bersama Kekasih tercinta
suatu masa yang amat kunanti
walau bila masa yang dijanji
kerana kuyakin janji Ilahi
tiada yang benar selain pasti

melihat wajah-Mu Rabbi,
punya syarat yang harus ditepati,* (5) (Al-Kahfi : 110)
amal soleh serta tiada sekutu
dalam ibadah hatinya tentu
tida Tuhan selain-Mu Yang Satu
Allahurabbi wajah yang kurindu!

Isnin, 4 April 2011

Luruskanlah hatiku Tuhan

Ya ALLAH...
dengan berkat Nabi-MU
dan berkat guruku
luruskanlah hatiku
agar agamaku lurus
betulkanlah hatiku
agar aku ikhlas selalu
tetapkanlah hatiku
agar aku tidak tergugat
dengan ujian yang menimpa.

Ya ALLAH..
Tuhan yang mencipta hati
bersihkanlah hatiku
agar mazmumahku
tidak merosakkan agamaku
dan juga tidak merosakkan
kehidupan orang lain.

Wahai Tuhan..
yang membolak-balikkan hati
kuatkanlah hatiku
agar keyakinanku tak berubah
supaya aku sentiasa tabah.

Tuhan..
Engkau rasakanlah hatiku
sentiasa bersama-MU
supaya aku rasa
ada kawan melindungiku
agar aku rasa tak sepi
di dalam hidupku
aku rasa malu
melanggar perintah
dan sentiasa siap sedia
menunaikan perintah-MU.

Ya ALLAH..
Tuhan yang menjaga hati
baikilah hatiku
agar seluruh hidupku menjadi baik
supaya tidak khianat
dan tidak hasad
dan tidak berdendam
sesama manusia.

Tuhan..
limpahkanlah ke dalam hatiku
ilmu dan hikmah
hingga aku dapat menyuluh hati
dan menyuluh kehidupanku
supaya zahir batinku menjadi taat.

Tuhan..
aku harap ENGKAU
kabulkanlah doaku ini....

amin ya rabbal alamin...

Ahad, 3 April 2011

Hatiku..dimana?







Bismillahirrahmanirrahim...
Hari ni boleh kata saya sedikit gembira, gembira dihati je...lebih kpd syukur, kerana apa? Kerana seorang sahabat yang aku sayang telah kembali...kembali dari laluan yang tidak tahu adakah benar jalan cintanya itu. Saya tahu benar niatnya ingin membawa sang kumbang itu ke jalan yang sama- sama diredhai namun adakah NIAT MENGHALALKAN CARAMU wahai sang bunga???

Kesilapan lalu juga telah banyak mengajar diri, dan jika tidak saya temui kesilapan itu mana mungkin saya pelajarinya. Betullah kata- kata dimana kalau sentiasa betul bagaimana kita nak tahu dimana kesilapan kita, dan tiada seorang pun yang selamanya tidak pernah salah dan tiada seorang pun yang selamanya baik belaka.

Saat dia meminta pandanganku setelah dia tinggalkan laluan itu, saya bersyukur sangat- sangat, akhirnya Allah bukakan mata hatinya. Tapi, setiap jalan baru yang kita nak lalui, tak mudah yang kita sangka, pasti ada halangannya. Halangannya daripada sang kumbang yang tak henti- henti menagih madu si bunga. Saya cuba kuatkan hatinya supaya tidak termakan dek bisik- bisik syaitan. Dan titipkan kata- kata buat disampaikan kepada sang kumbang itu supaya terkesan dihatinya bukan tujuan untuk menilai apa- apa cuma sebagai muhasabah diri. 

Dan kata- kata yang diilhamkan Allah menjadi pesanan terakhir buat si bunga yang saya sayang.....Sekuat mana cinta dan kasih kita pada seseorang, yang menyatukan kita ialah Allah...Kalau Allah tak mengizinkan, kita takkan bersatu. Kalau Allah izinkan, sejauh mana kita terpisah, selama mana kita menyepi, sejauh mana kita lari, insyaAllah, kita akan disatukan. Jadi sama- samalah kita cari yang menjadikan segala sesuatu dan yang menyatukan itu iaitu....ALLAH.

Terima kasih juga wahai bunga yang disayang, membuatkan diri ini juga tersedar,kerana diri juga sedang mencari hati yang kadang- kadang ada dan kadang- kadang seolah mahu lari...

YA Allah, tetapkanlah hati hambaMu ini....

Sabtu, 2 April 2011

Mencarinya Iman

Assalamu 'Alaikum wbt. Setiap hati pasti merindui kebenaran dan keadilan yang hakiki, namun ia tidak akan datang pada diri andai hati kelam dan sedang dilanda penyakit serta virus yang merosakan.

Manakah pergi iman yang sejati?
mengapa jauh engkau pergi dari hati?
puas sudah ku mencari,
 namun hanya kelemahan yang aku jumpai,

tekadku tiadak akan pernah hilang,
walau jiwa dan raga menjadi maharnya,
itulah suka dan duka sang pejuang,
badai ombak setia hadir dalam hidupnya,

hati itu teman bagi iman,
menjadi teman dunia dan akhirat,
jangan dibiar salah satu keseorangan,
bahaya bertandan pasti menjerat,

iman itu kemudi bagi hati,
membawa hati bertemu sang Pengasih,
pertemuan yang agung yang tiada tandingannya,
itulah yang diusahakan oleh kekasih-Nya yang agung.

cinta keimanan tidak mudah jatuh pada yang fana',
kerna ia tahu akan hakikat cinta yang suci,
dunia hanya sekadar dipinggiran hati,
kerana akhirat menjadi pagarnya,

bila engkau jatuh,
jangan takut untuk bangun,
dakaplah janji-Nya,
kerana dakapan itu membawa kehangatan pada hatimu,

Wahai umat manusia, sesungguhnya janji Allah (membalas amal kamu) adalah benar; maka janganlah kamu diperdayakan oleh kemewahan hidup di dunia dan janganlah Syaitan yang menjadi sebesar-besar penipu itu berpeluang menyebabkan kamu terpedaya dengan (kemurahan) Allah (lalu kamu lalai dan menderhaka).  (surah fathir: 5 ) ]

usah gusar pada ketidak hadiran cinta makhluk,
kerna kebanyakannya penuh dengan kehinaan,
usah engkau lemah,
teguhlah dalam perjuangan menuju ILAHI,

salam ukhuwwah seutuh sayang buat saudara-saudara seaqidahku, semoga dalam benak hati dan kotak fikiran sentiasa ada fikir dan risau pada ummat...

Bidadari Tercantik





Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari2 kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua akan segala bidadari-bidadari tsb).

Berjihad pada agama Allah merupakan satu amalan yang menjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat. Setiap manusia yang mati wlaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.

Kisah......:

'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari-bidadari yang lain (nama puteri bongsu saya -bermaksud mata yang di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad pada agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia shahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari2 syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut.... tetapi dia malu nak bertanyakan kepada nabi kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap beri nama sebagai salah sorang yang akan keluar/pergi.  

Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah tadi... tidur bersama-sama....

Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2 lalu ditanyanya dimanakah dia... lalu lelaki itu menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah... lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalan dia... di suatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan begitu... takpernah dilihat didunia ini... lalu diberi salam dan dia bertanya andakah ainul mardhiah... wanita itu menjawab ehh tidakk... saya khadamnya ainul mardhiah ada di dalam singgahsana sana.

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai.... lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah dia ainul mardiah lalu wanita itu menjawab..eh tidakkk saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini... ainul mardiah ada di atas mahligai sana,..... lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu kecantikkannya sungguh mengkagumkan... lalu dia sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua.... dan tak pernah dia lihat di dunia.... lalu wanita itu berkata ...akulah ainul mardhiah, aku diciptakan untk kamu dan kamu diciptakan untk aku.... bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab... nantiii kamu belum syahid lagiiii......tersentak itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada satu sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada nabi SAW... tapi sekiranya dia shahid barulah ceritakan kepada nabi.

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi di dalamnya telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah shahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang shahid tadi telah bangun dan merapati nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat nabi yang sahaid tadi... dalam menceritakan itu nabi menjawab benar...benar...benar... dalam sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga....
 
subhanallah...

SIFAT REDA

Bagaimana kita nak jadikan diri kita supaya dapat tabah dan sabar akan setiap ujian dan musibah yang menimpa kita? Kita mestilah belajar untuk menerima atau reda akan setiap ujian yang Allah s.w.t. turunkan kepada kita. Sentiasalah kita bersangka baik akan setiap apa yang Allah berikan kepada kita sama ada nikmat atau musibah, kedua-duanya ada hikmah disebaliknya yang hanya Allah s.w.t. tahu akan semua itu. Jangan mudah melatah akan musibah yang Allah s.w.t. berikan kepada kita, takut-takut boleh membuatkan kita jauh dari hidayah-Nya. Kita kena terima setiap musibah yang melanda diri kita dengan hati yang tenang dan sabar. Sekiranya kita terasa amat sedih dan perit dan tidak tahan akan ujian yang Allah s.w.t. berikan kepada kita, merintih dan mengadulah pada Allah s.w.t., dari situlah akan hadir hati yang redha akan ujian yang diberikan oleh-Nya dan kekuatan akan terbit dari rintihan dan aduan kita di dalam doa kita. Contohnya kita berdoa:


“Ya Allah, Ya Tuhanku, sesungguhnya hatiku terasa amat perit dan lemah akan ujian yang Engkau berikan padaku, namun siapalah diriku untuk merungut akan apa yang Engkau berikan padaku, Aku hanyalah hamba yang hina dan penuh dengan dosa. Ya Allah, pada-Mu jua aku mengadu akan apa yang aku rasakan, kerana hanya Engkau tempat hamba mengadu dan aku reda setiap apa yang Engkau berikan pada diriku, oleh itu Ya Rahim, aku memohon akan kekuatan dan ketabahan dari-Mu agar kuat menerima ujian dari-Mu.” Amin

Doa boleh menjadikan kita menjadi tabah dan kuat dalam menghadapi ujian dan musibah yang melanda diri. Doa itu mendekatkan seseorang hamba dengan penciptanya, itulah mengapa yang dikatakan `doa itu senjata mukmin’. Dalam doa itu sendiri mempunyai suatu kuasa motivasi bagi yang ketahui akan hakikatnya. Cuba fikir, bila kita berdoa agar dikuatkan iman, terdetik dari itu kita berusaha dengan sepenuh dan seupaya kita untuk memperkuatkan iman kita. 

Berbalik kepada reda, kita tidaklah boleh reda sahaja tanpa berusaha ia telah lari dari konsepnya. Reda itu, bila kita telah berusaha sekuat dan sepenuhnya dalam sesuatu perkara itu, tetapi apa yang diusahakan itu tidak mendatangkan hasil atau tidak berjaya, dan semua itu diterima dengan hati yang tenang tanpa merungut sebaliknya bersangka baik pada Allah.
Daripada ‘Abbas bin Abdul Muttalib, sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

“Akan merasakan manisnya iman; seseorang yang redha Allah sebagai Tuhannya, Islam sebagai agamanya, dan Muhammad s.a.w. sebagai nabi dan rasulnya.”(Riwayat al-Bukhari)

Reda itu merupakan salah satu sifat yang mulia, menerima akan seadanya, tidak pula merungut akan apa yang dia terima. Kerana dia tahu, sesungguhnya itulah apa yang Tuhan mahu akan hamba-Nya. Sentiasa menyerahkan diri pada Allah s.w.t. Teguh dengan apa yang diberi, tiadak berputus asa, sebaliknya mempertingkatkan usaha dengan penuh usaha dan terus menerus melakukan sesuatu perkara itu sehingga berjaya, segalanya disandarkan kepada Allah setelah berusaha bersungguh-sungguh. Mari kita hayati kisah ‘Urwah bin al-Zubair yang memiliki sifat reda yang tinggi- ketika beliau dalam perjalanan ingin ke Syam kerana dijemput oleh Khalifah Walid bin Abdul Malik ke istananya, kaki beliau terasa sakit, dan tidak lama kemudian timbul sebuah bisul pada kakinya yang akhirnya pecah dan menjadi luka. Setibanya beliau di Syam, Khalifah membawa seorang tabib kepadanya untuk memeriksa kakinya yang luka itu. Tabib itu pun menyimpulkan bahawa luka itu merupakan suatu jangkitan yang mana perlu dihentikan dengan segera, jika tidak ia akan merebak ke seluruh badan. Dan ia perlu dihentikan penyebarannya dengan memotong kaki tersebut.

‘Urwah setuju kakinya dipotong. Sebelum operasi dilaksanakan, Tabib itu menyarankan agar beliau meminum ubat bius agar tidak terasa sakit. Tetapi, ‘Urwah menolak. Beliau ingin dalam keadaan sedar sehingga dapt menggingati Allah meski pun harus merasa kepedihan yang sangat menyiksa. Akhirnya, tabib itu memotong kakinya dengan gergaji. subhanalLah! Beliau langsung tidak mengeluarkan suara kesakitan sepanjang operasi dilaksanakan.

Dan pada masa yang sama juga. Beliau mendapat berita yang mengatakan anaknya ditimpa kemalangan. Anaknya mati akibat ditendang oleh keldai. Tetapi, tidak member sebarang komen. Setelah itu, dalam perjalanan pulang ke Madinah, ada yang terdengar `Urwah berkata: “Ya Allah, Engkau memberiku tujuh orang anak, Jika Engkau mengambil satu orang, Engkau masih meninggalkan enam yang lainnya. Dan Engkau memberiku empat anggota (dua tangan dan dua kaki). Jika Engkau mengambil salah satunya, Engkau masih meninggalkan tiga yang lain. Masya Allah, sungguh hebat tokoh besar ini, sentiasa ada alas an untuk bersyukur kepada Allah. Teman-teman, inilah yang dikatakan tingkatan reda yang paling tinggi. Tetap mencari alas an untuk bersyukur kepada Allah, tidak pula merungut akan musibah yang menimpanya dan tidak juga menyalahkan sesiapa atau apa yang menyebabkannya berlaku. Bagaimana pula kita? Adakah kita akan menyalahkan sesiapa yang berkaitan atau mahu mencontohi sifat ‘Urwah? Terserah pada anda untuk memilihnya, fikirlah dengan panduan imanmu bukan nafsumu, pasti sinar yang akan menerangi dirimu. Jadi, berusahalah untuk reda dengan musibah yang menimpa. 

Ingatlah juga wahai temanku, dengan reda tidak bererti engkau berserah sepenuhnya tanpa melakukan apa-apa, itu konsep yang salah. Inilah yang selalu dilakukan oleh segelintir umat Islam kerana tidak faham akan konsep reda yang sebenarnya. Bagi mereka yang beranggapan begitu, sesungguhnya mereka seperti orang yang berangan yang tidak melakukan apa-apa, tetapi bila menghadapi sesuatu kesulitan atau musibah, contohnya rumah seorang penduduk kampong itu mengalami kebakaran, dia hanya melihat dan dia berkata “aku reda”, dia tidak melakukan apa-apa usaha untuk memadamkan kebakaran tersebut sedangkan dia mampu untuk memadamkan kebakaran tersebut. adakah ini yang dikatakan reda? Tidak, bukan ini yang Allah s.w.t. mahukan dari hambanya. Allah tidak akan mengubah nasib kita melainkan kita yang mengubahnya. Allah akan reda pada hamba-Nya yang reda akan musibah yang menimpanya. Oleh itu, berusahalah menjadi hamba yang reda, usah diratapi, tetapi diterimanya dengan penuh kesyukuran yang amat pada Allah s.w.t.

Mengapakah engkau hanya berdiam diri?
Sedangkan engkau mampu untuk berdiri,
Engkau mudah berputus asa,
Lupakah engkau sebaik-baik ciptaan-Nya,

Berusahalah untuk mencapai matlamatmu,
Kerana ini adalah jalan hidupmu,
Jangan gusar akan ujian yang menimpa,
Kerana ia adalah tanda kasih Yang Maha Esa,

Engkau dicipta bukan untuk selamanya hidup,
Hidupmu tidak akan sentiasa gelap,
Berusahalah untuk mencari sinar kebenaran,
Carilah sinarannya dengan penuh keredaan,

Oleh itu, Reda merupakan cara yang sesuai untuk melunakkan hati kita agar mudah menerima setiap kenyataan juga menjadi insan yang kamil dan sentiasa terikat dengan Penciptanya.

Hati Muram, Iman Memujuk




Iman:    Assalamu’alaykum `hati’..

Hati:      Wa’alaykumussalam w.b.t..

Iman:    apa khabar, murung je nampak kebelakang ni?

Hati:       hmm… kurang baik lah wahai `Iman’..

Iman:    mengapa? Wahai hati teman yang ku sayangi apakah yang menganggu mu? Ana melihat dirimu   sentiasa ceria dan tenang selama ini, dan bukankah dirimu yang selalu memberi semangat pada ku?

Hati:     Wahai temanku, ana bukanlah sekuat dan setabahnya Rasulullah yang sentiasa tersenyum tatkala musibah, ujian dan cemohan  hadir. Ana tidaklah seperti yang enta sangka. Ana tidaklah setabah yang dirimu sangka, adakalanya ana menang menghadapai ujian dan terkadang ana juga kalah serta tewas pada ujian.

Iman:    duhai `hati’ temanku yang tercinta, bukankah DIA matlamatmu?

Hati:       Ya Benar `Iman’, DIA matlamatku..

Iman:    Jadi, kenapa dirimu terus begini?

Hati:     wahai sahabatku, ana maaf atas kerisauan enta. Ana tidak tahu kenapa? Kadang-kadang ana terasa ingin marah dan adakalanya ingin menangis dan adakalanya terasa tiada semangat untuk melakukan sesuatu perkara. Ana tidak tahu apa lagi harus ana perbuat? Ana buntu, ana tertekan. Wahai `Iman’ sahabatku sayang, maaf kerana terus begini.

Iman:    Tidak mengapa hati, ana faham dirimu begini rupa. Janganlah dikau terus sedih dan bermuram durja sebegini rupa, tidak sanggup diriku melihatmu terus begini. Engkau adalah sebahagian  dariku dan diriku adalah sebahagian darimu. `Hati’, ingatlah engkau selalu berkata pada diriku segala yang berlaku pada diri kita ada hikmahnya. Dan bukankah dirimu berpesan padaku yang Allah turunkan ujian pada kita adalah sebagai hadiah kepada kita dan juga tanda kasih-Nya pada hamba-Nya. Kita perlu terimanya dengan hati yang terbuka dan penuh ksyukuran. Wahai hati, apakah dirimu sudah berputus asa dengan Rahmat Allah?

Hati:     Tidak! Tidak mahuku berputus asa pada Rahmat-Nya. Tanpa DIA siapalah diriku, tanpa DIA apalah nilaiku dan tidak mungkin dapatku hidup tanpa DIA.

Iman:    Jadi, jangan kamu terus dalam keadaan ini, ingat kata-kata ini? “jangan mudah mengalah, ingat kamu tidak keseorangan, Allah bersama orang yang sabar”..

Hati:      pesanan siapakah itu?

Iman:    Lupakah dirimu, bukankah ini yang sering engkau ingatkan padaku? Ia tersemat dalam diriku.

Hati:      Astagfirullahal ‘azim, lemahnya ana, terlupa akan apa yang dikatakan pada diri sendiri. Dan mudah sungguh ana lemah dek ujian. Memang benar wahai `Iman’, ana tidak pernah keseorangan, Allah sering melihat hamba-Nya, samada mereka sabar atau lemah atas ujian dari-Nya. Terima kasih `Iman’ kerana tidak pernah berhenti menasihati ana. Maaf atas sikap ana yang merisaukan enta.

Iman:    Sama-sama. Tidak mengapa `hati’, bukankah kita teman. Kita sepatutnya saling berinteraksi dan menasihati agar masing-masing tidak lemah dengan ujian Allah s.w.t dan paling utama kita tidak lupa pada yang mencipta kita. betulkan?

Hati:     Mmm… betultu `Iman’. Kita memerlukan antara satu sama lain. Dan apa yang paling penting adalah kita memerlukan Allah untuk hidup lebih dari kita memerlukan udara untuk bernafas.

Iman:    (^_^)… Alhamdulillah. Gembiranya ana mendengar kata-kata itu kembali disebut olehmu wahai hati. Ana senang mendengar bila enta selalu menuturkan kata-kata itu. Ana harap enta istiqomah untuk menuturkan ia dalam setiap nafasmu.

Hati:      InsyaAllah `diri’. Ana akan cuba.

Kesimpulan

Dalam hati kita perlulah selalu ingat Allah s.w.t. jangan kita biarkan ia sesekali diganggu oleh ‘semut’. Walaubagaimanapun iman perlu sentiasa dijaga, mengapa iman itu mutiara bagi hati, hati nestilah sentiasa berinteraksi dengan iman agar tidak lemah dengan ujian. Iman itu adalah kunci untuk meraih cinta Allah s.w.t. Iman itulah antara anugerah Allah yang paling besar kepada kita. oleh itu janganlah kita abaikan khendak keperluan Iman kita.

Andai ada tersalah tutur kata, ana pohon kemaafan, andai tersinggung harap ditegur akan kesilapan ana. Akhir kata, jaga iman, jaga hati, dan jaga diri .  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...