Blogger Layouts

I made this widget at MyFlashFetish.com.

zikrullah n doa

Rabu, 4 Mei 2011

bercinta sampai ke syurga :)

Aku mencintaimu
Seperti bumi
Mencintai titah Tuhannya...
Tak pernah lelah
menanggung beban derita....
Tak pernah lelah
Menghisap luka.....

Aku mencintaimu
Seperti matahari....
Mencintai titah Tuhannya
Tak pernah lelah
Membagi cerah cahaya...
Tak pernah lelah
Menghangatkan jiwa...

Aku mencintaimu
Seperti air
Mencintai titah Tuhannya
Tak pernah lelah
Membersihkan lara
Tak pernah lelah
Menyejukkan dahaga.....

Aku mencintaimu
Seperti bunga
Mencintai titah Tuhannya
Tak pernah lelah
Menebar mekar aroma bahagia....
Tak pernah lelah
Meneduhkan gelisah nyala ....

Semoga bermanfaat dan penuh Kebarokahan dari Allah.....
Marilah Setiap detak-detik jantung..,
selalu kita isi dengan..
Asma Teragung diseluruh jagad semesta raya ini...

Ahad, 1 Mei 2011

KISAH CINTA AGUNG ~ Saidina Ali & Saidatina Fatimah ~

Dipendamkan di dalam hatinya, yang tidak diceritakan kepada sesiapa tentang perasaan hatinya. Tertarik dirinya seorang gadis, yang punya peribadi tinggi, paras yang cantik, kecekalan yang kuat, apata...h lagi ibadahnya, hasil didikan ayahnya yang dicintai oleh umat manusia, yakni Rasulullah S.A.W. Itulah Fatimah Az-Zahrah, puteri kesayangan Nabi Muhammad, serikandi berperibadi mulia.   Dia sedar, dirinya tidak punya apa-apa, untuk meminang puteri Rasulullah. Hanya usaha dengan bekerja supaya dapat merealisasikan cintanya. Itulah Ali, sepupu baginda sendiri. Sehingga beliau tersentap, mendengar perkhabaran bahawa sahabat mulia nabi, Abu Bakar As-Siddiq, melamar Fatimah.   ”Allah mengujiku rupanya”, begitu batin ’Ali. Ia merasa diuji kerana merasa apalah dia dibanding Abu Bakar. Kedudukan di sisi Nabi? Abu Bakar lebih utama, mungkin dia bukan kerabat dekat Nabi seperti ’Ali, namun keimanan dan pembelaannya pada Allah dan RasulNya tak tertandingi. Lihatlah bagaimana Abu Bakar menjadi kawan perjalanan Nabi dalam hijrah sementara ’Ali bertugas menggantikan beliau untuk menanti maut di ranjangnya.Lihatlah juga bagaimana Abu Bakar berda’wah. Lihatlah berapa banyak tokoh bangsawan dan saudagar Makkah yang masuk Islam karena sentuhan Abu Bakar; ’Utsman, ’Abdurrahman ibn ’Auf, Thalhah, Zubair, Sa’d ibn Abi Waqqash, Mush’ab. Ini yang tak mungkin dilakukan kanak-kanak kurang pergaulan seperti ’Ali. Lihatlah berapa banyak budak muslim yang dibebaskan dan para faqir yang dibela Abu Bakar; Bilal, Khabbab, keluarga Yassir, ’Abdullah ibn Mas’ud. Dan siapa budak yang dibebaskan ’Ali?Dari segi kewangan, Abu Bakar sang saudagar, insyaallah lebih bisa membahagiakan Fatimah.’Ali hanya pemuda miskin dari keluarga miskin.   ”Inilah persaudaraan dan cinta”, gumam ’Ali. ”Aku mengutamakan Abu Bakar atas diriku, aku mengutamakan kebahagiaan Fatimah atas cintaku.”Namun, sinar masih ada buatnya. Perkhabaran diterima bahawa pinangan Abu Bakar ditolak baik oleh Nabi. Ini menaikkan semangat beliau untuk berusaha mempersiapkan diri. Tapi, ujian itu bukan setakat disitu, kali ini perkhabaran lain diterima olehnya. Umar Al-Khatab, seorang sahabat gagah perkasa, menggerunkan musuh islam, dan dia pula cuba meminang Fatimah. Seorang lelaki yang terang-terangan mengisytiharkan keislamannya, yang nyata membuatkan muslimin dan muslimat ketika itu yang dilanda ketakutan oleh tentangan kafir quraisy mula berani mendongak muka, seorang lelaki yang membuatkan syaitan berlari ketakutan.   Ya, Al Faruq, sang pemisah kebenaran dan kebathilan itu juga datang melamar Fatimah. Ali mendengar sendiri betapa seringnya Nabi berkata, ”Aku datang bersama Abu Bakar dan ’Umar, aku keluar bersama Abu Bakar dan ’Umar, aku masuk bersama Abu Bakar dan ’Umar”. Betapa tinggi kedudukannya di sisi Rasul, di sisi ayah Fatimah. Ali redha kerana dia tahu Umar lagi layak darinya. Tetapi, sekali lagi peluang terbuka, tatkala perkhabaran diterimanya, bahawa pinangan Umar juga ditolak. Bagaimanakah sebenarnya menantu pilihan nabi, sedangkan dua sahabat baginda turut ditolak peminangannya?   Pada suatu hari Abu Bakar As-Shiddiq r.a. Umar Ibnul Khatab r.a. dan Sa’ad bin Mu’adz bersama-sama Rasul Allah s.a.w. duduk dalam masjid. Pada kesempatan itu diperbincangkan antara lain persoalan puteri Rasul Allah s.a.w. Saat itu baginda bertanya kepada Abu Bakar As-Shiddiq r.a “Apakah engkau bersedia menyampaikan persoalan Fatimah itu kepada Ali bin Abi Thalib?”   Abu Bakar As-Shiddiq menyatakan kesediaanya. Ia beranjak untuk menghubungi Ali r.a. Sewaktu Ali r.a. melihat datangnya Abu Bakar As-Shiddiq r.a. dgn tergopoh-gopoh dan terperanjat ia menyambutnya kemudian bertanya: “Anda datang membawa berita apa?”   Setelah duduk beristirahat sejenak Abu Bakar As-Shiddiq r.a. segera menjelaskan persoalannya: “Hai Ali engkau adalah orang pertama yg beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta mempunyai keutamaan lebih dibanding dengan orang lain. Semua sifat utama ada pada dirimu. Demikian pula engkau adalah kerabat Rasul Allah s.a.w. Beberapa orang sahabat terkemuka telah menyampaikan lamaran kepada baginda untuk mempersunting puteri beliau. Lamaran itu telah beliau semua tolak. Beliau mengemukakan bahawa persoalan puterinya diserahkan kepada Allah s.w.t. Akan tetapi hai Ali apa sebab hingga sekarang engkau belum pernah menyebut-nyebut puteri beliau itu dan mengapa engkau tidak melamar untuk dirimu sendiri? Kuharap semoga Allah dan RasulNya akan menahan puteri itu untukmu.”   Mendengar perkataan Abu Bakar r.a. mata Saidina Ali r.a. berlinang air mata. Menanggapi kata-kata itu, Ali r.a. berkata: “Hai Abu Bakar, anda telah membuatkan hatiku bergoncang yang semulanya tenang. Anda telah mengingatkan sesuatu yang sudah kulupakan. Demi Allah aku memang menghendaki Fatimah tetapi yang menjadi penghalang satu-satunya bagiku ialah kerana aku tidak mempunyai apa-apa.”   Abu Bakar r.a. terharu mendengar jawapan Ali itu. Untuk membesarkan dan menguatkan hati Imam Ali r.a. Abu Bakar r.a. berkata: “Hai Ali, janganlah engkau berkata seperti itu. Bagi Allah dan Rasul-Nya dunia dan seisinya ini hanyalah ibarat debu bertaburan belaka!”   Setelah berlangsung dialog seperlunya Abu Bakar r.a. berhasil mendorong keberanian Imam Ali r.a. untuk melamar puteri Rasul Allah s.a.w.   Beberapa waktu kemudian Saidina Ali r.a. datang menghadap Rasul Allah s.a.w. yg ketika itu sedang berada di tempat kediaman Ummu Salmah. Mendengar pintu diketuk orang, Ummu Salmah bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: “Siapakah yg mengetuk pintu?” Rasul Allah s.a.w. menjawab: “Bangunlah dan bukakan pintu baginya. Dia orang yang dicintai Allah dan RasulNya dan ia pun mencintai Allah dan Rasul-Nya!”   Jawapan Nabi Muhammad s.a.w. itu belum memuaskan Ummu Salmah r.a. Ia bertanya lagi: “Ya tetapi siapakah dia itu?”   “Dia saudaraku orang kesayanganku!” jawab Nabi Muhammad s.a.w.   Tercantum dalam banyak riwayat bahawa Ummu Salmah di kemudian hari mengisahkan pengalamannya sendiri mengenai kunjungan Saidina Ali r.a. kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu: “Aku berdiri cepat-cepat menuju ke pintu sampai kakiku terantuk-antuk. Setelah pintu kubuka ternyata orang yang datang itu ialah Ali bin Abi Thalib. Aku lalu kembali ke tempat semula. Ia masuk kemudian mengucapkan salam dan dijawab oleh Rasul Allah s.a.w. Ia dipersilakan duduk di depan beliau. Ali bin Abi Thalib menundukkan kepala seolah-olah mempunyai maksud tetapi malu hendak mengutarakannya.   Rasul Allah mendahului berkata: “Hai Ali nampaknya engkau mempunyai suatu keperluan. Katakanlah apa yang ada dalam fikiranmu. Apa saja yang engkau perlukan akan kau peroleh dariku!” Mendengar kata-kata Rasul Allah s.a.w. yang demikian itu lahirlah keberanian Ali bin Abi Thalib untuk berkata: “Maafkanlah ya Rasul Allah. Anda tentu ingat bahawa anda telah mengambil aku dari pakcikmu Abu Thalib dan makcikmu Fatimah binti Asad di kala aku masih kanak-kanak dan belum mengerti apa-apa.   Sesungguhnya Allah telah memberi hidayat kepadaku melalui anda juga. Dan anda ya Rasul Allah adl tempat aku bernaung dan anda jugalah yang menjadi wasilahku di dunia dan akhirat. Setelah Allah membesarkan diriku dan sekarang menjadi dewasa aku ingin berumah tangga; hidup bersama seorang isteri. Sekarang aku datang menghadap untuk melamar puteri anda Fatimah. Ya Rasul Allah apakah anda berkenan menyetujui dan menikahkan diriku dengan Fatimah?”   Ummu Salmah melanjutkan kisahnya: “Saat itu kulihat wajah Rasul Allah nampak berseri-seri. Sambil tersenyum beliau berkata kepada Ali bin Abi Thalib: “Hai Ali apakah engkau mempunyai suatu bekal mas kahwin?”   “Demi Allah” jawab Ali bin Abi Thalib dengan terus terang “Anda sendiri mengetahui bagaimana keadaanku tak ada sesuatu tentang diriku yg tidak anda ketahui. Aku tidak mempunyai apa-apa selain sebuah baju besi sebilah pedang dan seekor unta.”“Tentang pedangmu itu” kata Rasul Allah s.a.w. menanggapi jawapan Ali bin Abi Thalib “engkau tetap memerlukannya untuk perjuangan di jalan Allah. Dan untamu itu engkau juga perlu buat keperluan mengambil air bagi keluargamu dan juga engkau memerlukannya dalam perjalanan jauh. Oleh kerana itu aku hendak menikahkan engkau hanya atas dasar mas kahwin sebuah baju besi saja.   Aku puas menerima barang itu dari tanganmu. Hai Ali engkau wajib bergembira sebab Allah ‘Azza wa­jalla sebenarnya sudah lebih dahulu menikahkan engkau di langit sebelum aku menikahkan engkau di bumi!” Demikian riwayat yang diceritakan Ummu Salmah r.a. Setelah segala-galanya siap dengan perasaan puas dan hati gembira dgn disaksikan oleh para sahabat Rasul Allah s.a.w. mengucapkan kata-kata ijab kabul pernikahan puterinya: “Bahwasanya Allah s.w.t. memerintahkan aku supaya menikahkan engkau Fatimah atas dasar mas kahwin 400 dirham. Mudah-mudahan engkau dapat menerima hal itu.”   “Ya Rasul Allah, itu kuterima dgn baik” jawab Ali bin Abi Thalib r.a. dalam pernikahan itu. Inilah jalan cinta para pejuang. Jalan yang mempertemukan cinta dan semua perasaan dengan tanggungjawab. Cinta tak pernah meminta untuk menanti. Seperti ’Ali. Ia mempersilakan.   Atau mengambil kesempatan. Yang pertama adalah pengorbanan. Yang kedua adalah keberanian. Dan ternyata tak kurang juga yang dilakukan oleh Puteri Sang Nabi, dalam suatu riwayat dikisahkan, bahwa suatu hari, Fatimah berkata kepada ‘Ali: “Maafkan aku, karena sebelum menikah denganmu. Aku pernah satu kali merasakan jatuh cinta pada seorang pemuda” ‘Ali terkejut dan berkata, “Jikalau begitu, mengapakah engkau mahu menikah denganku? Dan Siapakah pemuda itu” Sambil tersenyum Fatimah berkata, “Ya, kerana pemuda itu adalah Dirimu”   

*********************   

  p/s : Begitulah cinta yang bersenikan diam. Mereka saling mencintai, tetapi memendam perasaan itu kerana tidak ingin cinta mereka melebihi cinta kepadaNya.   Memang sukar menjadi mereka, tetapi untuk meneladani mereka tidaklah sukar. Wahai lelaki, jadilah sejantan Ali, melamar gadis pilihanmu dengan jalan yang diredhaiNya, yakni pernikahan, bukannya couple, kerana bercouple itu banyak keburukan berbanding kebaikan. Para wanita pula, teladanilah Fatimah, menjaga peribadinya biarpun hatinya meruntun cintakan pemuda sehebat Ali r.a.   Titipkan cintamu kepada jodoh yang belum diketahui siapa, dan untuk mendapat yang terbaik, jadilah yang terbaik. Jika dirimu jatuh cinta, diamkanlah, kerana syaitan cuba menyelinap masuk untuk jadikannya cinta bernafsu.   Jika dirinya bukan untukmu, redhailah, kerana tuhan ada perancangan yang lebih baik lagi buat kita. Buat diriku juga, saat ku jatuh cinta denganmu, akan ku diam dan dirimu pasti tak ketahui, melainkan setelah diriku datang kepada keluargamu, untuk menzahirkan yang terbuku, wahai jodoh yang tak diketahui. 

Buat dia yang bergelar saudara seagama

Hidup tak selalu muda

Mati bukan segalanya

Amal tak selalu ke syurga

Sadaqah tak selalu kaya

Adakalanya zikir membawa dosa

Ria’ nikmatnya neraka

Tak sempurna tak mengapa

Memang itu sediakala

Namun beralah tak kenal masa

Bijak dalam pura-pura

Kita tak kemana

Akhirnya musuh riang gembira

Kita bernoktah sengsara

Yang mulia menjadi mangsa

Yang keji dipuja-puja

Yang tak tahu kekal papa

Yang bijaksana seakan tak bermata

Yang buta tetap bermata

Itulah dunia

Tak kenal maka tak cinta

Tak mengapa insan mencerca

Tak semua hati bisa kau jaga

Asal tiada murkaNya

Dan kekasihNya berbangga

Itu yang utama

Usah biar saat tak bernyawa

Terkapai-kapai mencari jiwa

Jika dapat tak mengapa

Jika tidak rugi meraja

Moga kau merasa akan hadirnya Dia

Kullu nafsin zaaiqotulmaut!

ALLAHu'alam, wassalam

" WANITA IDAMAN "

Wanita idaman lelaki ialah ,
yang hatinya disalut taqwa kepada Allah ,
yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam ,
yang sentiasa haus dengan ilmu ,
yang sentiasa dahaga akan pahala ,
yang solatnya maruah dirinya ,
yang tidak pernah takut untuk berkata benar ,
yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu ,
yang sentiasa bersama kumpulan orang orang berjuang di jalan Allah .

Wanita idaman lelaki ialah ,
yang menjaga tutur katanya ,
yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya ,
yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang ,
yang mempunyai ramai kawan ,
dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang .

Wanita idaman lelaki ialah ,
wanita yang menghormati ibunya ,
yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tuanya dan keluarga ,
yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga ,
yang akan mendidik suami dan anak-anak mendalami islam ,
yang mengamalkan hidup penuh sederhana ,
kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat .

Wanita idaman lelaki ialah ,
yang sentiasa bersedia untuk menjadi insan ,
yang hidup dibawah naungan al quran dan mencontohi sahabiyyat ,
yang boleh diajak berbincang dan berbicara ,
yang menjaga matanya dari berbelanja ,
yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya .

Wanita idaman lelaki ialah ,
tidak pernah membazirkan masa,
matanya kepenatan kerana penat membaca ,
suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir ,
tidurnya lena dengan cahaya keimanan ,
bangunnya subuh penuh kecergasan ,
kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan ,

Wanita idaman lelaki ialah ,
yang sentiasa mengingati mati ,
yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat ,
yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga ,
agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik ,
meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian .

Wanita idaman lelaki ialah ,
yang tidak terpesona dengan buaian dunia ,
kerana dia mengimpikan syurga ,
di situlah rumah idamannya ,
dialah WANITA IDAMAN LELAKI .

" Jika ada lagi WANITA sebegini..alhamdulillah….alangkah bertuah sesiapa yg dapat memiliki hatinya.. "

Sabtu, 30 April 2011

SUSAHNYA MENCARI KEBENARAN DI AKHIR ZAMAN

Alangkah susahnya mencari kebenaran di akhir zaman
Terutama orang awam yang ilmu agamanya sekadar cukup untuk fardhu ain
Selain itu tidak mampu menilai benar atau salah, hak atau sesat

Orang munafik menuduh oang lain munafik yang tidak munafik
Orang yang sudah sesat menuduh orang yang tidak sesat sebagai sesat
Teraniayalah orang yang tidak munafik terzalimlah orang yang tidak sesat

Pembuat-pembuat bid'ah menuduh orang yang berjalan di atas As Sunnah sebagai pembuat bid'ah, kerana sudah ramai yang tidak ikut As Sunnah.

Yang mengikut As Sunnah dipercayai orang ramai pembuat bid'ah.
Teraniayalah pula pengikut-pengikut As Sunnah, dianggap bid'ah.

Orang-orang baik dianggap jahat, penjahat-penjahat dianggap baik
Kerana orang yang baik terlalu sedikit mereka terpinggir,
terpinggir ertinya jahat pada pandangan ramai.

Orang yang ada jawatan tinggi cakapnya dianggap benar dan sah belaka
Rakyat jelata walaupun benar,
cakapnya tidak ada harga,
 tidak diambil kira sekalipun dia seorang yang soleh
Jawatan tinggi yang menentukan salah benar sesuatu masalah

Bukankah terkeliru dibuatnya di dalam mencari kebenaran?
Begitulah watak akhir zaman, yang sudah jauh dari Rasul
Sungguh susah hendak mencari kebenaran,
macam hendak mencari gagak putih atau merah.

Tunjukkanlah kami ya Allah jalan kebenaran
Agar kami tidak sesat jalan menuju Engkau
Ya Allah selamatkan kami.

HATI TEMPAT JATUH PANDANGAN TUHAN

Di zaman Nabi Musa a.s. ada seorang hamba Allah yang kerjanya mencuri. Sudah 40 tahun dia mencuri. Suatu hari, dia terlihat Nabi Musa a.s. sedang berjalan. Terlintas di hatinya untuk berjalan bersama Nabi Musa a.s. Katanya:
“Kalau aku dapat berjalan bersama Nabi Musa, mudah-mudahan ada juga berkatnya untuk aku.”

Tetapi setelah difikirkannya semula, dia tidak jadi melangsungkan niatnya itu. Dia berkata kepada dirinya: “Aku ini pencuri. Manalah layak pencuri macam aku ini berjalan bersama seorang nabi.”

Sejurus kemudian, dia terlihat pula seorang abid sedang berlari-lari mengejar Nabi Musa a.s. dari belakang. Si abid ini telah beribadah secara istiqamah selama 40 tahun dan dikenali orang. Si pencuri itu berkata pula dalam hatinya; “Baik aku berjalan bersama si abid ini. Moga-moga ada juga baiknya untuk aku.”

Lantas si pencuri pun segera menghampiri si abid dan meminta kebenaran untuk berjalan bersama-sama dengannya.Apabila ternampak sahaja si pencuri, si abid terkejut dan terus merasa takut. Dia berkata dalam hatinya; “Celaka aku kalau si pencuri ini berjalan bersama aku! Takut-takut nanti rosaksegala kebaikan dan amalanku.”

Si abid terus berlari lebih laju supaya si pencuri tidak dapat ikut. Si pencuri juga terus berlari mengikut si abid kerana hendak berjalan bersamanya. Akhirnya kedua-dua mereka sampai serentak kepada Nabi Musa a.s.
Nabi Musa a.s. terus berpaling dan bersabda kepada mereka berdua: “Aku baru sahaja mendapat wahyu dari Allah Taala supaya memberitahu kamu berdua bahawa segala amalan kamu telah dimansuhkan oleh Allah.”

Maka terkejutlah si abid dan si pencuri tadi.Berbahagialah si pencuri kerana segala dosanya mencuri selama 40 tahun telah diampunkan oleh Allah. Celaka dan dukacitalah si abid kerana segala amalan dan ibadahnya
selama 40 tahun telah ditolak dan tidak diterima oleh Allah.Rupa-rupanya si pencuri itu, walaupun kerjanya mencuri,dia tidak suka akan perbuatannya itu. Dia miskin dan tanggungannya banyak. Masyarakat ketika itu sudah rosak dan orang kaya enggan membantu fakir miskin. Dia mencuri kerana terpaksa. Oleh itu, setiap kali dia mencuri, dia amat merasa bersalah dan berdosa. Jiwanya terseksa dan menderita.

Selama 40 tahun dia menanggung rasa berdosa itu dan selama itu juga jiwanya parah menanggung derita. Selama 40 tahun hatinya merintih meminta belas kasihan, keampunan dan mengharapkan kasih sayang Tuhan.

Si abid pula, amat yakin ibadahnya mampu menyelamatkannya.Dia yakin ibadahnya akan dapat membeli Syurga.Setiap kali dia beribadah, dia rasa dirinya bertambah baik.Setiap kali dia beribadah, dia rasa dirinya bertambah mulia.Selama 40 tahun si abid itu mendidik hatinya supaya merasa lebih baik dan lebih mulia setiap kali dia membuat ibadah.Hingga dia rasa tidak layak bergaul, inikan pula berjalan bersama orang yang hina dan berdosa. Dia rasa dirinya hanya layak berjalan bersama para nabi.

Maha Suci Allah yang mengetahui segala isi hati manusia.Yang tidak melihat akan amalan-amalan lahir tapi apa yang ada di dalam hati. Yang menilai hamba-Nya mengikut apa yang termampu oleh hamba-Nya dan tidak lebih dari itu. Yangmenguji manusia dengan kesusahan dan nikmat untuk mengetahui siapa di kalangan hamba-hamba-Nya yang benar-benar berjiwa hamba dan merasakan bahawa Allah itu Tuhannya.

Khamis, 28 April 2011

Wahai Wanita Cantik,

Wahai Wanita Cantik, 


Engkau yang diciptakan dengan sangat sempurna oleh Rabbmu..Indah dengan segala kelebihanmu yang ada...


Wahai wanita cantik, Sering kali aku melihatmu berjalan dengan baju yang sangat sederhana,Bahan yang sederhana, dan ukuran yang sangat sangat sederhana,Hingga bagian auratmu yang harusnya tak tampak menjadi tampak..

Wahai wanita cantik,Cukup sering aku melihat engkau jalan di depan para lelaki denga pakaian sexy-mu,Dan para lelaki itu menatapmu dengan sangat lekat dari ujung kakimu sampai ujung rambutmu,Mengikuti langkahmu hingga hilang dari pandangan mereka, pandangan yg menjijikkan...


Wahai wanita cantik,Suaramu sungguh merdu,Mendayu-dayu layaknya putri duyung yang sedang bernyanyi,Bening sebening sumber mata air yang mengalir...



Wahai wanita cantik...Ketahuilah... engkau begitu berharga... terlalu berharga...Engkau bagai intan berlian yang terpajang pada sebuah kotak kaca indah berkunci dan terbungkus rapi..


Engkau bukan emas campuran murahan yang terpajang di etalase depan toko dan dengan seenaknya sang pembeli dapat merabamu, memegang tubuhmu dan memakaimu hanya untuk mencoba, lalu sang pembeli pergi, tak jadi membelimu dan mengembalikanmu di tempat yang sama!!Bukan, engakau bukan itu wahai wanita cantik!!


Engkau intan berlian yang terpajang dalam kotak kaca indah berkunci dan terbungkus rapi.. orang yang menginginkanmu tidak berhak merabamu, memegangmu tubuhmu bahkan mencoba memakainya!

Tidak, mereka terlalu kotor untuk itu... mereka harus terlebih dahulu membelimu dengan harga yang sangat mahal, setelah itu mereka akan dapat memilikimu sepenuhnya.. Engkau yang utuh, yang belum pernah di ‘coba’ orang lain sebelumnya...


Wahai wanita cantik...Engkau sungguh indah...Bagai bunga mawar yang ketika orang ingin mengambilnya, terlebih dahulu mereka harus merasakan duri pertahanan diri yang kau punya,Bagai bunga edelweis yang ketika menginginkanmu, terlebih dahulu mereka harus mendaki gunung ke arah ketinggian, menantang keberanian dan cuaca yang tak bersahabat,



Engkau bukan bunga bangkai, yang terlihat begitu indah dari kejauhan dengan warna yang menyala yang membuat para serangga tertarik dengan warna indahmu, namun ketika didekati, kau busuk.. ahh...baumu saja sudah membuat orang mual, apalagi memilikimu, merekapun enggan...


Wahai wanita cantik...Jagalah amanah keindahan yang ada pada dirimu..Berjalan saja kau terlihat menawan, belum lagi pembawaanmu yang sangat anggun, apalagi jika kau bersuara merayu, dan menampakkan apa yang tak seharusnya tampak..


Ahh...jagalah itu semua saudariku,Tutuplah auratmu...agar tak ada yang berkeinginan lain terhadapmu... lelaki jalanan itu tak pantas menikmati tubuhmu dengan memandangimu dengan pandangan menjijikkan itu! mereka terlalu kotor untukmu! Jagalah kehormatanmu saudariku... lelaki manapun yang belum halal bagimu tak pantas menyentuh tubuh dan kehormatanmu, pun atas nama cinta... sungguh, cinta dan nafsu itu berbeda..

Apakah kau khawatir tidak ada yang menyayangimu dan menjagamu atas nama cinta?


Apakah kau takut tidak akan ada yang menggombal dan merayumu atas nama cinta?

Wahai saudariku, bukan lelaki yang menginginkan tubuhmu yang sesungguhnya mencintaimu..Lihatlah.. aku disini... aku sangat sedih melihat keadaanmu sekarang... aku sedih melihat para lelaki itu menzalimimu.. diri ini serasa tercabik-cabik...


Lihatlah di sekitarmu... tak hanya aku yang menginginkan ini semua yang terbaik untukmu.. lihatlah saudara-saudara semuslim mu...Lihatlah kami.. sungguh engkau membuat air mata kami mengalir dan mencopot kantuk dari mata-mata kami... kami disini sedang memikirkan dan berbuat sesuatu untukmu.. agar tak pernah lagi engkau dizalimi siapapun...Lihatlah kedua orang tuamu... hh,,apakah mereka menginginkanmu menjadi seperti ini? Sungguh engkau bakai mutiara bagi keluargamu... mutiara yang mereka jaga sejak kecilmu sampai engkau beranjak dewasa... apakah dengan ini engkau membalasnya?



Jika kau masih kurang dengan ini, maka lihatlah Allah Tuhanmu, Yang Menciptakanmu, Yang tiada henti-hentinya memberi nikmat padamu padahal tak jarang kau lupa denganNya... Ia masih memberimu nikmat udara, nikmat hidup, nikmat fisik dari tubuhmu yang indah itu.. 

Bayangkan, jika Ia tidak menyangimu, knapa Ia tak cabut saja nikmat wajahmu yang cantik dan tubuhmu yang indah?? Tapi tidak... meskipun engkau sering kali melupakanNya, nimkatNya tetap terus mengalir...



Wahai saudariku...Biarlah hanya satu lelaki paling beruntung yang dapat menikmati dirimu seutuhnya, yakni suamimu kelak... ketika ikatan antara kalian halal dan berbuah ridhoNya... ketika suara mendayumu bukan lagi dosa tapi pahala... hanya dia yang pantas, saudariku...


Wahai saudariku,Sungguh tidak ada alasan lain yang membuat aku melakukan ini selain cintaku yang begitu tinggi kepadamu...

Cintaku yang membuncah yang membuat aku memikirkanmu hingga kata-kata ini kugoreskan...

Cintaku yang menangis ketika melihat keadaanmu yang terzalimi oleh mode dan perbudakan hawa nafsu...


Cintaku yang akan tersenyum jika engkau berniat kembali ke jalanNya... 

Mari berjalan bersamaku, saudariku... temani aku dalam perjalanan indah yang tak singkat ini, menuju kepadaNya...
Wallahu'alam.. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...