Blogger Layouts

I made this widget at MyFlashFetish.com.

zikrullah n doa

Ahad, 27 Februari 2011

Wahai Perempuan, jagalah diri kamu kerana ianya amat berharga !!!!

asslamualaikum,

artikel kali ini ana ingin menyentuh mengenai Muslimah, tetapi specialnya pada artikel kali ini, ana tidak menggunakan kalimah muslimah, ana tukar dengan perkataan yang seerti dengannya iaitu "perempuan", Kerana Muslimah itu pengkhususan untuk wanita solehah maka perempuan itu umum.. jadi artikel ini berbentuk umum iaitu unutk muslimah,wanita dan juga perempuan.. in-syaallah..

Kepada Insan Bernama Perempuan,

Sesungguhnya ana terkilan dengan perangai sesetengah dari kalangan kamu.

Pakai baju nampak pusat, pakai skirt pendek.

Ketat-ketat , terbonjol sana,tertonjol sini.

Sanggul atas, sanggul tepi, sanggul belakang.

Rambut hitam, oren, pink dan hijau.

maka oleh itu, berubahlah... kerana kamu itu sangat istimewa, akhlakmu sudah cukup untuk menggambarkan kecantikanmu..

mafhumnya: wahai nabi ! apabila mukmin datang kepadamu untuk mengadakan bai'at(janji setia), bahawa mereka tidak akan mempersekutukan sesuatu apa pun dengan Allah ;tidak mencuri,tidak berzina,tidak membunuh anak, tidak berbuat dusta yang mereka lakukan dengan tangan dan kaki mereka dan tidak menderhakaimu dalam urusan yang baik, maka terimalah janji setia mereka dan mohonkanlah ampunan untuk mereka kepada Allah.Sesungguhnya, allah maha pengampuanan dan maha mengasihani. ( al-mumtahinah ayat 12)



Perangai yang memalukan diri sendiri :

ana bukan membenci sesiapa secara khas.

ana secara khususnya, membenci sikap dan perangai , tidak kiralah milik siapa pun perangai itu bertapak dan empunya diri.

Aku suap engkau, engkau suap aku.

Ambil gambar bersama, biar nampak romantik, biar ku peluk pinggang rampingmu.

Baru pasangan bahagia kata orang.

ana berbisik dalam hati,

Kesian bakal suami anda!!

adakah anda pasti lelaki yang "ini" akan jadi suami kamu??

kasihanilah diri kamu itu.. kerana kamu masih suci dan indah.

Kalau ditakdirkan, suami kamu tidak marah, pasti dia jenis yang dayus. Isterinya jenis 'bisa pakai' (bespak kata orang Indonesia). Hak milik awam, kegunaan bersama..


ana agak tidak senang dengan perangai ini.

ana sedih dengan sikap ini.



Perempuan Dulu-dulu, Perempuan Kini


Melayu 70-an cukup pantang anak dara mereka keluar malam, berdua-duaan apatah lagi.

Walaupun zaman itu, zaman rambut tersembul jambul, Perempuan sedar tatasusila adat dan agama.

Perempuan alaf baru atau Moden pula pantangnya berbeza. Bertudung kebanyakan, tetapi tudung sekadar adat, bukan ibadat.

sebagai contoh, dalam drama or Movie yang ditayangkan di TV masa kini, kita acap kali dengar atau melihat lakonan2 atau contoh dialog seperti ini :

" Balik jangan lambat sangat.Pukul 10 malam ye!"

Laung seorang ibu dari kejauhan. Tersenyum puas melihat anak PEREMPUANYA cukup laris. Ada lelaki yang sudi menjengah.


Perempuan bergerak ke arah kehancuran.

PErempuan tanpa Muslim bergerak ke arah celaka.


Tidak ajaib bin hairan, apabila akhir zaman, kerap kita dengar ..


" zaman sekarang nie perempuan sama ja, touch n go ja !"



Hak Asasi ana sebagai Seorang Lelaki!!!


orang bertanya kepada kamu..
kamu mahu berfesyen ala Britney Spears?
Paris Hilton atau Lady Gaga?

kamu jawap.............

"Suka hati kami la. Inikan hak asasi kami. kami bebas memilih mana yang terbaik untuk kami. apa hak kamu melarang kami???"

Ada perempuan yang berkata sedemikian. Rasa ingin mencili-cili terus mulut yang bercakap tanpa menggunakan kepala akal.

Fitrahnya lelaki suka kepada wanita.


Apa-apa yang diwajibkan syariat untuk dilindungi, pasti terkandung hikmah di sebaliknya.

allah telah memberi amaran didalm kitab sucinya :


mafhumnya : wahai anak cucu Adam !! Janganlah sampai kamu tertipu oleh syaitan sebagaimana halnya syaitan telah mengeluarkan ibubapamu(adam & hawa) dari syurga, dengan menanggalkan pakaian keduanya untuk memperlihatkan aurat keduanya. Sesungguhnya dia dan tenteranya dapat melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak boleh melihat mereka. Sesungguhnya kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin bagi orang yang tidak beriman. ( al-A'raf ayat 27)

Hak sebagai lelaki !!!


Kalau ada lelaki yang terangsang melihatkan aksi-aksi kamu, kamu perempuan telah MELANGGAR HAK ASASI kami untuk hidup tenang dan damai.


Bolehkah kami menyentuh dan membelai kamu, walhal kamu sendiri yang mempertontonkan badan di khalayak?


kamu biarkan pandangan lelaki meratah badan kamu.


jika lelaki itu menyentuh kamu, kamu kata lelaki miang dan suka ambil kesemptan!! oh... salah siapakah ini??? siapakah punca sebenarnya??


Inikan hak asasi kami sebagai lelaki..


Jangan berselindung di sebalik hujah Pak Pandir itu.



Lelaki Proaktif, Lelaki Reaktif

kamu kata kepada lelaki : 

" Lelaki tundukkanlah pandangan. Jangan tengok kami!"

Hilang Pak Pandir, muncul Pak Kadok.

Percayalah pada ana, kami lelaki berasa terseksa. Menunduk itu perlu dan, melarikan pandangan itu patut . Sedaya upaya, jerih dan perih diusahakan.


Tetapi percayalah, kerana bukan semua lelaki yang akan tunduk dan berpaling..Di pihak kamu wahai perempuan janganlah menjadi punca ke'aiban itu.


Sudah tahu kucing sukakan ikan, janganlah pula digoreng enak, dihidang di depan sang kucing, dengan mengharapkan sang kucing melihat semata-mata. tak sempat di masak habis sudah di baham oleh kucing, adakah sikucing puncanya???


ana amat TIDAk SUKA dengan PERANGAI!!!


ana tidak menfokuskan pada individu, ana konsisten membenci perangai.


ana tidak menghakimi orang, ana hanya katakan perangai atau tingkah laku itu yang salah.


Ada yang sengaja berperangai, ada yang tidak sedar dan sebagainya. Ada juga yang terikut-ikut.


Kerana ISLAM konsisten dengan prinsip dan akhlak.


Manusia boleh berubah, tetapi PRINSIP itu tidak.

Salah tetap salah, benar tetap benar.


Walaupun ana pelaku salah, ana mohon dibetulkan.


Kerana pembetulan sesuatu yang SALAH, adalah TANDA kita saling mencintai dan menyayangi serta ambil berat.


Kerana senipis-nipis IMAN, adalah kita membenci.
Dalam hadits shahih disebutkan. mafhumnya adalah :
“Sesiapa di antara kamu melihat suatu kemungkaran maka hendaklah ia merubahnya dgn tangan jika tdk mampu maka dgn lisannya, jika tdk mampu juga maka dgn hatinya(iaitu dengan membencinya) , itulah selemah-lemah iman.”[HR. Muslim dalam Al-Iman (49)]
Jika sudah tiada BENCI, masihkah ada HARAPAN IMAN di HATI??


Maaf.., kerana kami mahukan perempuan itu menjadi MUSLIMAH !!
kerana dari kamulah zuriat islam akan dilahirkan....

PETIKAN DARI BLOG SAHABAT ANA,,,,,SYUKRAN2..=)

Solehah seperti mawar berduri atau pohon semalu...

mawar berduri VS pohon semaluku melihat pada bunga mawar..



lalu ku petik ia..
namun kemudian ia layu begitu sahaja.. mudahnya..
benda yang senang diperolehi, akan senang hilangnya..
cinta yang senang diperolehi adalah cinta dunia,
dan ia tidak akan berkekalan..


ku melihat pada semalu.. "erm..bunga apa ini, kat tapak kaki aje ia"
lalu ku mahu petik ia..
namun ia menutupi dirinya dan aku tidak bisa melihatnya..
masya Allah..benda yang sukar diperolehi, akan sukar hilangnya..
wanita solehah adalah wanita yang merendahkan diri sehingga kita melihatnya tiada satu pun yang indah, dan malu wanita ini sehingga tidak terlihat dirinya sebenar..


masya Allah..subhanallah..wallahua'lam.. wallahua'lam..


di antara Mawar Berduri dan Pohon Semalu..
ada satu perbezaan dan ia boleh dijadikan satu panduan utk muhasabah diri... sesungguhnya setiap apa yang Allah ciptakan di sekeliling kita, sebenarnya ada panduan yang tersembunyi,
dan sebab itulah kita dianugerahkan akal dan hati untuk menilai dan merasai setiap panduan tersebut, dan seterusnya beriman kepada-Nya...amin..(^_^)



apa perbezaan tu?



Mawar
 ~ sebuah pohon bunga indah.. keindahannya menarik mata manusia.. juga makhluk lain yang dicipta-Nya.. begitulah kagum makhluk-Nya pada keindahannya.. mawar punyai batang berduri.. sungguh sukar untuk menyentuhnya.. tetapi keindahannya lebih menarik hati.. maka berlumbalah orang memetik dirinya.. namun benda yang indah.. sudah pasti akan mengusik hati sendiri.. bahawa aku ini indah.. maka keindahan tersebut hanyalah dipandang sepi..




pohon semalu
 ~ sebuah pohon yang adanya batang dan daun.. tiada pun keindahan padanya menarik perhatian.. berada di celahan lalang dan daunan.. begitu kerdil dirinya sehingga tiada yang perasan.. namun perasankah kita, apabila menyentuhnya, dia akan terus menyembunyikan dirinya. begitu tinggi nilainya. hanya insan yang "terpilih" yang bisa di hatinya..


namun perasankah kita, pohon semalu ada keindahanya. kerana dia juga ada bunganya. namun bunga itu hanya diperolehi oleh insan yang sah untuknya..(^_^)


hayatilah sebaiknya..
dunia kini sudah berbeza. wanita yang indah semakin ramai. wanita sebegini memang mahal dirinya, sukar untuk didekati andai tiada cara..


apabila cara mengena diri, maka tunduklah wanita.itulah ia mawar berduri. walaupun berduri, tetapi keindahannya menjadi buruan sehingga dia boleh berada dalam bahaya dan fitnah pada dirinya..


tetapi... wanita solehah, adalah wanita yang sentiasa menjaga dirinya. tidak mempamerkan keindahan dirinya di khalayak ramai, menyimpan keindahan dirinya untuk sang suami yang dirindui..


wanita solehah.. akan bersederhana dalam perhiasan dirinya dikalangan awam, sehingga tiada kilauan mata yang tajam memandangnya. maka selamatlah dirinya dari bahaya dan fitnah..


wanita solehah.. apabila sudah memiliki suaminya, maka setialah ia kepada suaminya. disinilah dia menunjukkan keindahan sebenarnya..


itulah pohon semalu. hanya kelihatan daun dan batang berduri, tiada satu pun indah untuk melihatnya. namun apabila tiba masanya, ia bisa mengeluarkan bunga yang selama ini disembunyikan. subhanallah..wallahua'lam..


dr pena hati irtihaly:
..::dalam hati ada taman, taman bunga semalu (^_^) mne nak cari?? bukan pada seorang gadis yg 'solehah'nya hanya pada kad pengenalan bernama SOLEHAH semata2, tp yg terukir terpahat pd aqidah, akhlaq & muamalahnya juga ada 'cop' SOLEHAH! mata yg bsuluh cahaya iman shj akan dapat detect 'hologram' tulen SOLEHAH itu::..



Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.


Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.


Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).


Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.


Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.


Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.


Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil...

kuyakin berlaku AIDIL feat hafiz hamidun

SOLEH SOLEHAH

Maka jika mahu mendapatkan yang soleh,

kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh,
tetapi berusahalah menJADI yang solehah.

Jika inginkan yang solehah,
janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah,
tetapi berusahalah menJADI yang soleh.

Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah…
kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa.

Surat Cinta Buat Hati yang Lesu

Surat ini kutujukan untuk diriku sendiri serta saudara-saudaraku yang Insya Allah tetap mencintai Allah swt dan Rasul-Nya di atas segala-galanya. Kerana hanya cinta itulah yang dapat mengalahkan segalanya, cinta hakiki yang membuat manusia melihat segalanya dari sudut pandang yang berbeza, lebih bermakna dan indah.

Surat ini kutujukan pula untuk jiwaku serta jiwa saudara-saudaraku yang mulai lelah menapaki jalan-Nya, ketika seringkali mengeluh, merasa terbebani bahkan terpaksa untuk menjalankan amanah dakwah yang sangat mulia. Padahal tiada kesakitan, kelelahan, serta kepayahan yang dirasakan oleh seorang hamba melainkan Allah swt akan mengampuni dosa-dosanya dan memberinya ganjaran dengan sebaik-baik ganjaran.

Surat ini kutujukan untuk hatiku dan hati saudara-saudaraku yang kerap kali terisi oleh cinta selain-Nya, yang mudah sekali terlena oleh indahnya dunia, yang terkadang melakukan segalanya bukan kerana-Nya. Lalu di ruang hatinya yang kelam merasa senang jika dilihat dan dipuji orang lain, entah dimana keikhlasan. Maka saat ini kurasakan kekecewaan dan kelelahan kerana kulakukan tidak sepenuhnya berlandaskan keikhlasan, padahal Allah tidak pernah menanyakan hasil. Dia hanya akan melihat kesungguhan dalam berproses dan dalam berusaha.

Surat ini kutujukan untuk ruh-ku dan ruh saudara-saudaraku yang mulai terkikis oleh dunia yang menipu, serta membiarkan fitrahnya tertutup oleh maksiat yang membiarkannya untuk dinikmati. Lalu dimanakah kejujuran diletakkan ? , dan kini terabaikan sudah secara nurani yang bersih, saat ibadah hanya rutin semata, saat fizikal dan fikiran disibukkan oleh dunia, saat wajah menampakkan kebahagiaan yang tepu. Cubalah sejenak luangkan waktu untuk melihat hatimu menangis, tertawa, atau merana.

Surat ini kutujukan untuk diriku dan saudara-saudaraku yang sombong, yang terkadang bangga pada dirinya sendiri, sungguh tiada satupun yang membuat kita lelah di hadapan-Nya, selain ketaqwaan. Padahal kita menyedari bahawa tiap-tiap jiwa akan merasakan mati namun kita masih leka dengan kefanaan.

Surat ini kutujukan untuk hatiku dan hati saudara-saudaraku yang mulai mati, saat tiada getar penyesalan ketika kebaikan terlewat begitu saja, saat tiada rasa berdosa ketika menzalimi diri dan saudaranya.

Akhirnya, surat ini kutujukan untuk jiwa yang masih memiliki cahaya meskipun sedikit, cubalah kau jaga agar cahaya itu tidak padam. Maka terus kumpulkan cahaya itu hingga ia dapat menerangi wajah-wajah di sekelilingnya, memberikan keindahan Islam yang sesungguhnya. Hanya dengan kekuatan dari-Nya. Ya Allah saksikanlah, sesungguhnya aku telah menyampaikan. Wallahu ’alam bish-shawab.

Semoga tetap istiqamah di jalan-Nya. Sungguh, syurga takkan pernah pantas ditukar dengan lalai dan kemalasan.
Dari Saudaramu yang mencintaimu kerana Allah ...

~Lembutkanlah HATImu..

.........

Apabila seseorang sukakan kebaikan dan kebenaran, cintakan Allah dan Rasul, cintakan Islam dan amal Islami, cintakan ummah, cenderung kepada pahala, benci kepada dosa, rindu kepada syurga, gerunkan neraka, maka bersaksilah bahawa hatinya "GEMILANG" bercahaya. Inilah hati yang sentiasa diperjuangkan agar tetap berada dalam kondisi awalnya sewaktu lahir ke dunia.


Inilah dia hati para mukminin dan mukminat. Hati orang yang sentiasa diTARBIYAH dan diTAZKIYAHkan.. Pastikan hati dalam kondisi yangg kekal bersinar di dalam dada kita.


"Dengan hati yang hidup inilah orang yang lumpuh pun bisa menjadi mulia, orang yang tidak begitu cergas pun dapat menjadi mulia. Dengan kebersihan hati itu, insyaAllah otak akan lebih cerdas, idea lebih bijak, gagasan lebih cemerlang," kata K.H Abdullah Gymnastiar.


...........

~ Sengaja saya menulis sebahagian dari penulisan Ustaz Amal dalam buku beliau "LEMBUTKANLAH HATIMU".. Alhamdulillah, setelah membaca dan memahami isi kandungan buku tersebut (Segala kefahaman itu dari ALLAH).. saya merasakan buku ini sangat sesuai untuk dimiliki dan dijadikan santapan rohani.. Penerangan yang tidak terlalu 'berat' dan isi yang penuh dengan nasihat, membuatkan buku ini serba lengkap dan adakalanya terasa 'santai' apabila membacanya, kerana tidak memerlukan untuk memerah otak, hanya perlu dihayati dengan hati yang bersedia untuk mahu berubah.. 


Akhir sekali.. sama-sama kita berdoa, semoga hati yang dikurniakan Allah ini sentiasa tenteram dalam kebaikan.. Sentiasa bersinar dengan amal makruf nahi mungkar, sentiasa merindukan dalam ketaatan beribadah kepadaNYA. Ingatlah, Allahlah yang 'memegang' hati-hati kita.. kerana DIAlah MUQALLIBAL QULUB. Maka, sama-samalah kita perbanyakkan berdoa. Berdoa untuk diri sendiri, Ibu bapa, Guru-guru, sahabat handai dan juga orang di sekeliling kita. 

Mudah-mudahan dengan Rahmat dan kasih sayang Allah, Allah istiqamahkan hati kita agar sentiasa dalam kebenaran dan tetapkanlangkah kita agar sentiasa dalam kebaikan.. Allahumma amien..


Wallahu 'alam bis sowab..

Wahai Hati

WAHAI HATI…..DENGARLAH…..



Siapa yang tak mengakui indahnya bunga? Dengan warna yang menarik dan bau yang harum, ia sering menjadi idaman. Kadang-kadang ia juga menjadi perhiasan. Mata yang menilai pula mendapat tafsir tentang keindahan dari akalnya. Akal yang baik dan cerdas adalah akal yang dipandu oleh kasih Allah dan Rasulnya.  Bukankah ini yang dinamakan iman…………
Tidak seorang pun yang dapat menafikan, betapa indahnya mega petang. Warnanya yang begitu menawan, memukau setiap mata yang memandang, setiap hati yang terusik dan setiap jiwa yang rindukan kedamaian. Namun…. lebih indah lagi sekiranya hati kecilnya berkata: ‘Mahasuci Allah, tidak engkau jadikan semua ini sia-sia. Mahasuci Engkau ya
Allah, lindungilah aku dari api neraka.’
Begitu juga dengan keindahan jeram-jeram di kali, dedaunan gugur dihembus angin. Peristiwa-peristiwa sebegini amat meniggalkan kesan kepada hati makhluk yang bergelar insan . Itulah hakikatnya, fitrah jiwa manusia . jiwanya cenderung kepada keindahan dan kecantikan. Biar apapun pangkat dan kedudukannya. Seorang kaya mungkin merasakan
bahawa keindahan itu ialah rumahnya yang tersergam indah di atas bukit dan potretnya yang dilukis hebat. Seorang fakir pula mungkin merasakan bahwa keindahan itu adalah dari riak wajah anak-anak kecilnya yang menunggu kepulangannya.
Namun tidak ramai yang mengetahui, tentang wujudnya satu keindahan hakiki…. indahnya ia membuahkan perasaan kasih sayang pada ibu dan ayah. Indahnya ia , melahirkan rasa kasih pada sahabat dan indahnya ia, memandu akal dan jiwa kepada etenangan, kedamaian, dan kerinduan kepada kebahagiaan. Itulah tanda kasih dan sayang pada Maha Pencipta dan Maha Pengasih. Itulah tanda kasih dan sayang pada Allah dan
Rasulnya.
Hatinya berbisik; lagi……..’Ya Allah, banyaknya nikmat-Mu padaku.tapi ………. sedikitnya aku bersyukur, ya Allah , hatiku tahu nafsu jahat itu musuhku, tapi banyaknya jalan-jalannya yang telah aku turuti. Ya Allah, besarnya pengorbanan ayah, tingginya
nilai kasih dan mesra ibu, tapi aduhai …..sedikitnya do’aku untuk mereka. Ampunkan, ampunkanlah wahai yang Maha Pengasih’
Marilah kita bersama-sama memiliki keindahan iman ini. Milikilah ia dengan banyak merenung dan memikirkan nikmat-nikmat Allah…. Milikilah ia dengan ilmu yang mendalam, mudah-mudahan dengannya keindahan yang hakiki akan kita peroleh. Tidak
seperti keindahan dunia ini yang hanya bersifat sementara…………….

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...