artikel kali ini ana ingin menyentuh mengenai Muslimah, tetapi specialnya pada artikel kali ini, ana tidak menggunakan kalimah muslimah, ana tukar dengan perkataan yang seerti dengannya iaitu "perempuan", Kerana Muslimah itu pengkhususan untuk wanita solehah maka perempuan itu umum.. jadi artikel ini berbentuk umum iaitu unutk muslimah,wanita dan juga perempuan.. in-syaallah..
sepertimana dalam firman allah :
mafhumnya: wahai nabi ! apabila mukmin datang kepadamu untuk mengadakan bai'at(janji setia), bahawa mereka tidak akan mempersekutukan sesuatu apa pun dengan Allah ;tidak mencuri,tidak berzina,tidak membunuh anak, tidak berbuat dusta yang mereka lakukan dengan tangan dan kaki mereka dan tidak menderhakaimu dalam urusan yang baik, maka terimalah janji setia mereka dan mohonkanlah ampunan untuk mereka kepada Allah.Sesungguhnya, allah maha pengampuanan dan maha mengasihani. ( al-mumtahinah ayat 12)
Perangai yang memalukan diri sendiri :
adakah anda pasti lelaki yang "ini" akan jadi suami kamu??
kasihanilah diri kamu itu.. kerana kamu masih suci dan indah.
Kalau ditakdirkan, suami kamu tidak marah, pasti dia jenis yang dayus. Isterinya jenis 'bisa pakai' (bespak kata orang Indonesia). Hak milik awam, kegunaan bersama..
ana agak tidak senang dengan perangai ini.
Perempuan Dulu-dulu, Perempuan Kini
Melayu 70-an cukup pantang anak dara mereka keluar malam, berdua-duaan apatah lagi.
sebagai contoh, dalam drama or Movie yang ditayangkan di TV masa kini, kita acap kali dengar atau melihat lakonan2 atau contoh dialog seperti ini :
" Balik jangan lambat sangat.Pukul 10 malam ye!"
Perempuan bergerak ke arah kehancuran.
Tidak ajaib bin hairan, apabila akhir zaman, kerap kita dengar ..
" zaman sekarang nie perempuan sama ja, touch n go ja !"
Hak Asasi ana sebagai Seorang Lelaki!!!
orang bertanya kepada kamu..
kamu mahu berfesyen ala Britney Spears?
Paris Hilton atau Lady Gaga?
kamu jawap.............
"Suka hati kami la. Inikan hak asasi kami. kami bebas memilih mana yang terbaik untuk kami. apa hak kamu melarang kami???"
Apa-apa yang diwajibkan syariat untuk dilindungi, pasti terkandung hikmah di sebaliknya.
mafhumnya : wahai anak cucu Adam !! Janganlah sampai kamu tertipu oleh syaitan sebagaimana halnya syaitan telah mengeluarkan ibubapamu(adam & hawa) dari syurga, dengan menanggalkan pakaian keduanya untuk memperlihatkan aurat keduanya. Sesungguhnya dia dan tenteranya dapat melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak boleh melihat mereka. Sesungguhnya kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin bagi orang yang tidak beriman. ( al-A'raf ayat 27)
Hak sebagai lelaki !!!
Kalau ada lelaki yang terangsang melihatkan aksi-aksi kamu, kamu perempuan telah MELANGGAR HAK ASASI kami untuk hidup tenang dan damai.
Bolehkah kami menyentuh dan membelai kamu, walhal kamu sendiri yang mempertontonkan badan di khalayak?
kamu biarkan pandangan lelaki meratah badan kamu.
jika lelaki itu menyentuh kamu, kamu kata lelaki miang dan suka ambil kesemptan!! oh... salah siapakah ini??? siapakah punca sebenarnya??
Inikan hak asasi kami sebagai lelaki..
Jangan berselindung di sebalik hujah Pak Pandir itu.
kamu kata kepada lelaki :
" Lelaki tundukkanlah pandangan. Jangan tengok kami!"
Tetapi percayalah, kerana bukan semua lelaki yang akan tunduk dan berpaling..Di pihak kamu wahai perempuan janganlah menjadi punca ke'aiban itu.
Sudah tahu kucing sukakan ikan, janganlah pula digoreng enak, dihidang di depan sang kucing, dengan mengharapkan sang kucing melihat semata-mata. tak sempat di masak habis sudah di baham oleh kucing, adakah sikucing puncanya???
ana amat TIDAk SUKA dengan PERANGAI!!!
ana tidak menfokuskan pada individu, ana konsisten membenci perangai.
ana tidak menghakimi orang, ana hanya katakan perangai atau tingkah laku itu yang salah.
Ada yang sengaja berperangai, ada yang tidak sedar dan sebagainya. Ada juga yang terikut-ikut.
Kerana ISLAM konsisten dengan prinsip dan akhlak.
Manusia boleh berubah, tetapi PRINSIP itu tidak.
Walaupun ana pelaku salah, ana mohon dibetulkan.
Kerana pembetulan sesuatu yang SALAH, adalah TANDA kita saling mencintai dan menyayangi serta ambil berat.
Kerana senipis-nipis IMAN, adalah kita membenci.
Maaf.., kerana kami mahukan perempuan itu menjadi MUSLIMAH !!
kerana dari kamulah zuriat islam akan dilahirkan....
0 ulasan:
Catat Ulasan