Sabtu, 19 Mac 2011
Muhasabah Seorang Wanita Solehah
Rabu, 16 Mac 2011
Jangan Takut & Jangan Bersedih.....:(..:( :( :(
Jangan bersedih, meskipun kau sangat merasa tersakiti dengan apa yang dikatakan orang lain terhadapmu...
Jangan bersedih, meskipun apa yang kau perbuat belum membuahkan hasil yang memuaskan untuk dirimu..
Jangan bersedih, meskipun tatkala orang lain memandang rendah terhadap kemampuan yang kau miliki...
Jangan bersedih, meskipun engkau telah banyak kali terjatuh dan tersungkur sehingga hendak menangis..
Jangan bersedih, meskipun banyak onak duri yang menjadi rintangan dalam mencapai apa yang kau inginkan...
Jangan bersedih, meskipun saat itu kau merasa terkucilkan dari kehidupanmu..
Karena ketahuilah,
apa yang kau lakukan jika bersedih, itu tidak akan membuahkan hasil apa-apa, tidak akan bisa merubah apapun menjadi lebih baik,
bersedih tidak menghilangkan sakit hatimu,
bersedih tidak menjadikan hasil kerjamu memuaskan,
bersedih tidak membuat orang memandang hormat kepadamu,
bersedih tidak membantumu untuk tidak terjatuh lagi,
bersedih tidak menghilangkan rintangan yang kau hadapi,
dan bersedih juga tidak membuatmu bisa diterima didalam lingkunganmu..
*Laa Tahzan ya akhi wa ukhti......
hidup ini memang penuh dengan cobaan yg harus dihadapi, tapi yakinkanlah dari dalam lubuk hatimu, bahwa Allah tidak akan menguji seseorang melebihi kemampuan dirinya, setelah gelap pasti terang kan menjelang, yakinlah itu..Ujian dan cobaan yang diberikan kepada kita, kepahitan dan keperitan yang kita rasai, pasti ada makna disebalik itu semua, tinggal bagaimana cara kita untuk mensyukurinya..
Semoga kita termasuk orang-orang yang bersyukur, amin..........
*Jangan takut dan jangan bersedih :-)
Jika ini ketentuanMu, ku coba tabahkan hatiku,
karena pasti tersirat sesuatu di balik yang tersurat itu...
karena ku manusia biasa, tidak terdaya memikirkan apakah hikmahnya...? apakah rahsianya....?
hidup ini terus berputar.....!
tiada masa untuk lengah....!
tiada masa untuk patah.....!
Ku kuatkan hati yang serapuh kaca ini, ku salutkan bersama doa tulus suci, karena doa itu tersimpan satu kekuatanku, kekuatan dari yang Empunya segalanya...
Dan pastinya dunia bukan milikku sendiri,
untukku atur segalanya, karena yang takdir itu mengatasi tadbir...
tadbir dari manusia yang lemah, takdir dari Tuhan Yang Maha Mencipta,
Ku simpan segala pahit dan duka, dalam surat kehidupan ini,
yang penuh sirat pengajaran...
di sebalik yang terjadi pasti ada yang terjanji termateri sesuatu yang pasti jika kau ridho ketentuan Ilahi......:-)
~~
Alangkah banyak jalan keluar yang datang selepas rasa putus asa dan betapa banyak kegembiraan datang selepas kesusahan. Siapa yang berbaik sangka kepada Penguasa 'Arasy dia akan memetik manisnya buah yang dpetik di tengah tengah pohon berduri.....
''...inna nasrolLahi qorib'' (2:214)
Amiin.....Bi iznilLah Ya ILAHI...
" Pimpinlah kami dalam menjalani kehidupan fana ini dengan kasih sayangMU yang tiada batasannnya.......
Irhamna Ya Allah, Faghfirlana Ya Allah....
Muslim Dan MUKMIN..Dimanakah kedudukan kita...???
Kita harus berasa bangga kerana dilahirkan daripada keluarga Islam, nama sudah pun direkodkan sebagai Islam, dan pasti kalau mati pula akan dikebumikan secara Islam di tanah perkuburan Islam. Dan kita juga harus bersyukur kerana sebaik sahaja kita boleh mendengar dan bercakap kita... sudah dibiasakan dengan perkataan Allah.
Kita tidak susah untuk mencari Islam kerana semuanya sudah tersedia buat kita. Sedangkan kawan-kawan kita ada yang terpaksa bersusah payah mencari Islam, dan dalam pada itu mereka dihalang dan dihina malah disisihkan keluarga. Namun mereka tetap bersyukur kerana telah diberi hidayah walaupun sudah agak terlambat daripada kita.
Walau bagaimanapun kedudukan kawan kita itu kadang-kadang lebih baik daripada kita yang sudah lama beragama Islam. Kita hanya boleh berbangga dengan keislaman yang kita milik, tetapi kita tiada upaya menjaga iman dan agama kita. Kita belum bebas dan terselamat daripada gangguan syaitan yang tugasnya untuk menyesatkan kita.
Tahukah anda setelah kita mengucap dua kalimah syahadah maka secara rasmi kita telah digelar sebagai seorang Muslim. Bagi yang Muslim keturunan, sejak baligh dan mendirikan solat, mereka sudah direkodkan sebagai muslim secara rasmi. Tetapi setelah bergelar Muslim banyak kemungkinan boleh berlaku, ada yang boleh meningkat menjadi Mukmin atau berubah menjadi kafir atau musyrik atau munafiq.
Dalam ruang yang terbatas ini, saya cuba untuk menghuraikan kemungkinan itu semoga kita boleh berhati-hati dalam kehidupan ini:
1.Apabila anda kuat hubungan dengan Allah, tauhidnya mantap, taqwa kepada Allah pada tahap tinggi, perintah Allah dilaksanakan dan larangannya ditinggalkan, maka terbinalah sebahagian mukmin pada diri anda. Seterusnya dikuatkan hubungan dengan manusia; akhlaknya, muamalatnya, dan toleransinya sesama manusia, maka sempurnalah mukminnya.
2.Apabila anda mula meragui kekuasaan dan kehebatan Allah; perintah Allah diabaikan seolah-olah mencabar hukum Allah, dan larangan Allah dibuat secara sedar seolah-olah tidak takut kepada hukuman Allah, ketika itu jadilah anda seorang kafir.
3.Apabila anda menyembah Allah tetapi pada masa yang sama anda turut memperakui tuhan-tuhan lain setaraf dengan Allah. Anda memperakui ubat yang dimakan mampu menyembuhkan sakit anda. Meyakini bahawa jin boleh memberikan sakit dan sihat terhadap seseorang manusia. Dan juga sanggup tunduk sujud kepada manusia yang bertaraf pemimpin atau pembesar. Sedangkan semua kelakuan itu hanya layak untuk Allah, maka mereka yang berbuat begitu telah dikira musyrik.
4.Apabila anda bersifat talam dua muka, sering bermuka-muka dengan seseorang kerana sesuatu kepentingan maka anda termasuk dalam kalangan orang munafiq. Anda tahu kebenaran pada seseorang, tetapi anda selewengkan maklumat kerana hendak menjatuhkan orang itu, sahlah anda bukan Muslim yang jujur. Ketahuilah golongan itu terdapat tiga sifat berikut: Apabila berkata-kata dengannya dia berbohong; apabila dia berjanji dia akan mungkiri; dan apabila diberi amanah dia akan khianati.
Dalam sebuah hadis, ditambah satu sifat lagi iaitu sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: 'Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafiq yang jelas. Sesiapa melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafiq hingga dia meninggalkannya, iaitu apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengetepikan kebenaran (menegakkan benang yang basah).' (Riwayat al-Bukhari)
Berdasarkan kemungkinan di atas, mampukah kita sekadar berbangga sebagai seorang Islam atau Muslim? Anda janganlah mudah terpengaruh dengan jaminan Rasulullah bahawa setiap yang mengucap dua kalimah syahadah akan dimasukkan ke dalam syurga. Janganlah berasa senang hati dengan tawaran bahawa seseorang Islam pasti akan masuk syurga juga akhirnya.
Memang betul ada jaminan dan tawaran itu, tetapi kita perlu ingat, seorang Muslim dalam kategori kafir itu akan dicampakkan ke dalam neraka terlebih dahulu. Entah berapa tahun di situ, bukan sehari dua. Kemudian kalau masih ada terselit kalimah syahadah pada dirinya, mungkin bolehlah setelah dibakar hagus dipindahkan ke dalam syurga. Walaupun akhirnya masuk ke syurga, sanggupkah anda dibakar dalam neraka sebegitu lama?
Seorang musyrik pula, Allah memberi jaminan bahawa dosanya tidak akan diampunkan. Dosa lain boleh ampunkan tetapi dosa syirik tidak boleh diampunkan begitu sahaja. Hal ini kerana syahadahnya sudah terbatal, maka perlu diulangi syahadah yang baru. Bagaimana kalau anda mati sebelum mengucap syahadah? Kadang-kadang kita mati mengejut, tidak sempat hendak bertaubat? Apakah masih ada jaminan ke syurga? Jadi, insaflah segera.
Seterusnya seorang munafiq, mereka ini akan diazab dalam neraka jahanam pada bahagian bawah sekali. Entah berapa lama mereka akan disimpan di situ. Kalaupun mereka ada peluang ke syurga (bergantung kepada syahadahnya kalau masih ada, tentu ada peluangnya, tapi kalau tiada, melepaslah) tentulah mereka itu orang yang paling akhir masuk syurga. Mahukah begitu, orang lain sudah bersenang hati menikmati syurga, anda baru hendak bermula.
Jika anda rasa tidak senang hati dengan keadaan dan kedudukan itu, pastikan anda tidak memilih tiga jalan di atas. Sebaliknya pilih yang satu iaitu mukmin. Tidak susah untuk menjadi seorang mukmin kerana Allah hanya memberi tiga syarat untuk menjadi mukmin sejati iaitu:
1. Apabila disebut nama Allah gementar hatinya;
2. Apabila dibacakan ayat Allah bertambah imannya;
3. Dan kepada Allah mereka berserah diri.
Mungkin kita boleh menilai diri sendiri, adakah ketika kita berbuat dosa, hati kita boleh tersentak apabila diingatkan kawan atau sahabat bahawa Allah sedang memerhatikan perbuatan kita? Barangkali kita boleh tersentak apabila diberitahu bahawa polis ada membuat sekatan jalan raya, tatkala lesen kereta kita sudah tamat tempoh. Kalau begitulah keadaannyaa, taraf mukmin anda masih rendah.
Kita selalu membaca al-Quran, tetapi berapa kali anda terasa iman meningkat ketika membaca al-Quran itu. Iman boleh meningkat kalau kita faham apakah teguran Allah terhadap kita, apakah sindiran Allah terhadap kita, dan apakah pengajaran yang disampaikan kepada kita. Tetapi kebanyakan kita tidak faham mesejnya, lalu dibacakan begitu sahaja. Bolehkah dengan cara itu boleh meningkat iman? Inilah yang perlu difikirkan semula.
Seterusnya setelah berusaha dan berikhtiar dalam kehidupan ini, kita harus berserah kepada Allah, bertawakal mengharapkan kejayaan. Hasil dan keputusan sama ada jaya atau gagal hanya Allah yang menentukannya. Jadi, sebagai seorang mukmin kita perlu redha dengan apa yang tentukan Allah.
Sehingga di saat ini, di manakah anda sekarang? Anda boleh pilih mana yang anda suka tetapi ingat, Allah hanya mahu hamba-Nya berada di tempat yang terbaik di dunia dan akhirat.
~sumber dari PT~
Selasa, 15 Mac 2011
La Takrabuz Zina
Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan
yang keji dan satu jalan yang jahat.'
Kebanyakan umat Islam menganggap penzinaan itu adalah semata-mata melakukan persetubuhan haram dan inilah perbuatan maksiat yang dilarang keras dan merupakan satu daripada dosa-dosa besar. Sebenarnya dalam agama Islam, bukan perbuatan zina itu saja yang dilarang keras, tetapi termasuk juga sebarang perbuatan@perlakuan kearah menghampiri zina yang disebut sebagai 'budaya takrabuz zina'.Takrif 'zina' itu luas, meliputi banyak aspek perlakuan. Rasulullah s.a.w. memperincikannya sebagaimana dalam sabda-sabda Baginda s.a.w. yang bermaksud:
'Zina kedua mata itu memandang, zina kedua telinga itu mendengar, zina kedua tangan itu menjabat(sentuh), zina kedua kaki itu melangkah dan zina hati itu mengingini, mengangan-angankannya.'Riwayat Bukhari dan Muslim.
Demikianlah, semua perbuatan maksiat itu zahir atau batin adalah dikira zina belaka. Samada berdua-duaan, berdating, berhimpit-himpitan, berbual di telifon, dan bermesra semuanya termasuk dalam kategori zina.Larangan melakukan tindak-tanduk yang membawa kepada perbuatan zina itu bukan khusus ditujukan kepada pasangan yang berkenaan sahaja, tetapi termasuk juga orang lain yang terbabit(bersyubahat).
Maka jika anda membantu rakan anda dalam perbuatan maksiat, seperti menjadi perantara pasangan yang berbuat maksiat, member sesuatu yang digunakan untuk maksiat dan sebagainya, maka dosanya samalah seperti mengerjakan maksiat.Ramai orang tidak sedar, bahawa mereka turut terlibat dalam melakukan perbuatan menghampir zina itu.
Di kalangan kita, masih ramai ibubapa yang sengaja (sportinglah kononya) member peluang kepada anak gadis mereka berdua-duaan dengan teman lelakinya. (Sebenarnya dalam sosial Islam, tidak ada istilah 'teman lelaki' bagi perempuan dan sebaliknya.) Ada-ada saja helah ibu bapa untuk tidak menganggu anak gadis mereka yang melakukan khalwat(berdua-duaan, berbual mesra) dengan teman lelakinya.
Umpamanya, ada ibu yang masuk ke dapur, ada bapa yang ada-ada saja kerjanya yang perlu dibuat, lalu keluar rumah atau ke biliknya. Meninggalkan sepasang pasangan haram.Ramai ibubapa membenarkan anak gadis mereka keluar berdua-duaan dengan teman lelakinya(tanpa pihak ketiga) dalam keadaan tidak dharurat.
Mereka tidak sedar atau sengaja tidak mahu menyedarinya, bahawa dengan tindakan itu mereka turut terlibat atau bersyubahat atau secara tak langsung meluaskan peluang kepada anak gadis mereka menceburkan diri dalam kegiatan budaya takrabuz zina, walaupun sebenarnya mereka tidak mengharapkan anak gadis mereka melakukan perbuatan zinayang sebenarnya itu.
Ramai yang tak terfikir, kalau belum lagi melakukan zina, mungkin anak gadis mereka melakukan mukadimah zina. Pastinya, anak gadis mereka sudah melakukan zina mata, zina tangan, zina kaki atau zina hati dengan teman lelakinya.
Kerana terlalu jahil dan terpengaruh kepada amalan sosial barat yang dikatakan moden, ramai orang menganggap apa yang mereka lakukan itu adalah perkara biasa, sudah menjadi tradisi. Malah, mereka menganggap itulah tindakan yang selari dengan zaman moden sekarang ini.
Tambahan lagi jika terhadap mereka ketika masa muda dulu, ibu bapa mereka pernah bertindak demikian, membiarkan mereka berdua-duaan dengan kekasih mereka.Pengaruh budaya barat dalam bidang sosial ini harus disedari sebagai virus berbahaya yang merosakkan budaya Islam, sekaligus meruntuhkan kekuatan umat Islam.
Pada peringkat awal orang-orang barat(Kristian khususnya) melancarkan perang bersenjata terhadap kerajaan Islam, tetapi mereka gagal. Lalu menukarkan perang bersenjata itu kepada perang psikologi.Dalam tahun 1268, seorang Raja Perancis pernah mengemukakan saranan:
Antara 'langkah lain' itu ialah melancarkan perang psikologi dengan cara mengumpankan corak hiburan yang membawa kepada amalan pergaulan bebas antara muda-mudi Islam yang boleh diistilahkan sebagai'budaya takrabuz zina'. Sebagai contoh, pada masa kini, banyak rancangan televisyen yang memberi contoh negatif kepada masyarakat seperti Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Mentor dan seangkatan dengannya.
Apabila seluruh Malaysia sudah didedahkan dengan hiburan seperti itu, maka ia dianggap biasa oleh orang ramai, maka tidak ada rasa berdosa kepada mereka yang melakukan pergaulan seperti itu.Hiburan dari barat itu sengaja dieksport ke Negara Islam sebagai satu strategi perang psikologi untuk melemahkan umat Islam.
Tanpa kesedaran ini, umat Islam, bukan sahaja tidak peka dengan 'umpan' atau matlamat negatif hiburan dari barat, malah mereka menerimanya sebagai hasil seni dan budaya yang mereka iktiraf sebagai 'budaya global'. Sebenarnya apa yang disebutkan sebagai 'budaya global' itulah yang merupakan 'budaya takrabuz zina'.Tuduhan terhadap barat dalam hal ini bukan tidak berasas. Kaum Yahudi dan Nasrani memang selamanya mendendami dan memusuhi umat Islam. Allah SWT mengingatkan Rasulullah saw melalui firman-Nya:
Perkembangan budaya takrabuz zina memang dirancang oleh musuh Islam untuk menghancurkan umat Islam. Inilah yang dikatakan sebagai strategi dalam perang psikologi mereka terhadap umat Islam. Seorang orientalis pernah berkata,
Mudah saja manusia terseret dan tergelincir dari landasannya jatuh ke lembah maksiat, kerana kegiatan dan pergaulan bebas dalam dunia hiburan bercorak barat(muzik, sukan, dan sebagainya) itu adalah meliputi ciri-ciri'budaya takrabuz zina'. Di mana-mana saja, perbuatan maksiat dalam dunia budaya ini telah, sedang berlaku dan senang dilihat.
Fenomena keruntuhan akhlak yang amat teruk sekarang, di kalangan muda mudi Islam khususnya, sehingga merebaknya wabak bohsia, bohjan, gay, pembuangan bayi luar nikah, seks bebas, pelacuran dan sebagainya adalah antara bukti-buktinya.Dalam rancangan Edisi Siasat di NTV7 pernah menayangkan betapa runtuhnya akhlak anak-anak muda melayu Islam melakukan seks bebas dalam tajuk rancangan 'Seks tepi tangga'. Kemanakah maruah umat Islam kini?
Dikatakan Malaysia ini Negara Islam, tetapi gejala seperti ini berleluasa sehingga sukar untuk dibendung lagi, saban hari kita terdengar, terbaca di dada akhbar, kes pembuangan bayi, rogol, seks bebas dan sebagainya. Kemana perginya nilai-nilai Islam? Sehingga sanggup menjual maruah Islam seperti perempuan tidak bertudung, berpakainan ketat menampakka susuk tubuh badan.Jadi, dimanakah anda pada ketika ini?
Adakah anda termasuk dalam golongan sedemikian? Jika ya, maka keluarlah dari lembah kehinaan itu dan bertaubatlah dengan taubat nasuha, kerana Allah Maha Pengampun. Jika tidak, maka usahakanlah menghidupkan kembali sinar-sinar Islam ke dalam masyarakat yang amsih lemah dan tidak menyedari semua ini. Laksanakan perintah Allah.
Wallahua'lam
Isnin, 7 Mac 2011
Hanya Kepada Allah Kita Berserah
Sabtu, 5 Mac 2011
Cukuplah Allah bagiku..
Seorang lelaki memasuki sebuah masjid bukan apada waktu solat,lalu ia menjumpai seorang anak kecil berusia sepuluh tahun sedang melaksanakan solat dengan khusyu'.Ia menunggu hingga anak kecil itu menyelesaikan solatnya,kemudian orang itu mendekatinya dan bertanya. "Anak siapa wahai anakku?"anak kecil itu menggeleng-gelengkan kepalanya dan menitiskan air mata dipipinya.Kemudian ia mengangkat kepalanya dan berkata,"Wahai pak cik,saya seoranag anak yatim piatu."
Lelaki itu tersentuh sekali hatinya dan berkata,"Mahukah kamu menjadi anak angkatku?"Anak kecil itu berkata,"Apakah jika aku lapar engakau akan memberiku makanan?"Orang itu menjawab"Ya!!"
Anak kecil itu bertanya lagi,"Apakah jika aku tidak mempunyai pakaian,engkau akan memberiku pakaian?"Orang itu mengangguk dan mengatakan,"Ya!!"
Anak kecil itu bertanya lagi,"Apakah engkau akan menyembuhkanku jika aku sakit?" Orang itu menjawab,"Wahai anakku,aku tidak dapat melakukan itu"
Anak kecil itu bertanya lagi,"Apakah engkau akan menghidupkan ku bila aku mati?" Orang itu menggelengkan kepala."Aku juga tidak sanggup"
Akhirnya anak itu berkata,"Kalau demikian wahai pak cik,serahkanlah diriku kepada:
"Tuhan yang telah menciptakan aku,maka Dialah yang menunjukkan hidayah kepadaku,danb Tuhanku yang Dia memberi makanan dan minum kepadaku dan apabila aku sakit Dialah yang menyembuhkan aku ,dan yang akan mematikan aku kemudian akan menghidupkan aku (kembali),dan yang amat ku inginkan akan mengampuni keslahanku pada hari kiamat" (Surah As-Syu'ra:Ayat 78-82)
Lelaki itu pun diam dan pergi meneruskan urusannya ,sedang anak kecil itu berkata,"Aku beriman kepada Allah .Barangsiapa bertwakal kepada Allah nescaya Dia akan memberi kecukupan kepadanya."
Begitulah kisah anak seorang ank kecil yatim piatu yang begitu kuat pergantungan nya pada Allah dan begitu tinggi keyakinannya pada kekuasaan dan ketentuan Allah.Dia merasakn cukup hanya Allah tempat dia bergantung dan bertawakal.Sedangkan anak kecil ini begitu yakin akan ketentuan Allah tapi kita sndiri sering takut dan terfikir adakah akan ada rezeki untuk kita pada hari ni,esok dan seterusnya?sehinga ramai manusia yang alpa dan terus tenggelam mengejar dan mencari kekayaan dunia .Mereka merasakan seperti tidak akan ada hari esok untuk mereka.tak habis rasanya harta juga kekayaan di dunia.tetapi kerakusan manusia mengejar kemewhan juga kekayaan dunia seperti ianya akan habis jika mereka tidak merebutnya.apatah lagi ibadah dan kewajipan mereka pada Allah dilupakan dan diketepikan lantaran keasyikkan mengejar keduniaan ini.tidakkh mereka juga kita terfikir,bahawa rezeki manusia telah Allah tetapkan bahagian masing2 sejak kita di dalam rahim lagi.bukanlah bererti kita tidak perlu berusaha tetapi jangn pula sehingga kwajipan pdNya diabaikan.
bila kita ditimpa keuzuran,sering kita runsing dan risau kan hilangnya nikmat sihat ini.waktu ni,mula lah sibuk mencari doktor hatta bomoh untuk memastikan penderitaan juga kesakitn yang dialami sembuh secepat mungkin,tak sabar rasanya ingin mengecapi kembali nikmat sihat yang telah dipinjamkan sementara itu yang telah dihabiskan dan disia2kan dgn melakukn kerja yang sia2 dan kemaksiatan.sehingga berhabis ratusan hattan ribuan ringgit untuk membeli kembali nikmat kesihatan itu.kenapa tidak kita merendahkan diri berdoa dan bertaubat padaNYA agar disembuhkan segala kesakitan dan diampunkan segala dosa2 yang telah kita lakukan selama ini .Mungkin penderitaan yang kita alami adalah kafarah atas segala dosa2 kita .adakah kita sedar semua ni?kita sibuk mencari penawar untuk menyembuhkn tetapi kita lupa pula kpd yang menyembuhkan.
tak perlulah saya jelaskan panjang lebar mengenai kisah ank kecil ni,sama2lah kita fikirkan apa istifadah yang boleh kita ambil dari kisah ini sebagai panduan dan ingatan bersama.begitu juga pada hal2 yang lain.yakin dan bertawakl lah padaNYA .Sesungguhnya Dia menyukai orang2 bertawakal.tetpi jgn pula kita slah gunakan konsep tawakal.Berusaha dulu kemudian berdoa dan bertawakallah padaNya.InsyaAllah ,Dia tidak akan menghampakan permintaan juga Doa hambanya yang briman dan berdoa bersngguh2 padaNya dengan Sabar dan Solat.Renung2lah kembali,adakah sudah cukup keyakinan dan pengharapan kita PadaNya sehingga kita merasakan cukuplah Dia segalanya.??? Wallahualam
Bersabarlah,sesungguhnya Alah mengiringi kesusahan dengan kemudahan.Mudah2an kesusahan itu akn lenyap dengan segera



Get More Islamic Testi Here!