Beritahu pada muslimah itudirinya ibarat kaca;
disentuh terguris,dihantuk serpih,dihempap berkecai.
Beritahu pada muslimah itujaga tutur kata;cakap tinggi nanti dibenci,
terlalu rendah dipijak pula,cakap sombong mengundang lawan,hati-hati meluah kata,kerana pulut santan binasa,kerana mulut badan binasa.
Beritahu pada muslimah itu
jaga tingkah laku;harga diri letaknya di situ,
jangan meluru ikut telunjuk nafsu,sesekali tersilap langkah,akan dihukum selamanya,keturunan dicerca payah,menyesal kemudian bukan faedah.
Beritahu pada muslimah itujaga pakaian;ia cermin peribadi,juga lambang bangsa,
di mana dan dalam keadaan macam manapun,biar orang kenal...Dia orangISLAM.
Beritahu pada muslimah itu
simpan secebis malu;kerana malu itu,sebahagian dari iman...
Isnin, 14 Mac 2011
haaaaaaaaa boleh kan2,,lalalala~
Dicatat oleh nor liyana di 5:18 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan