Blogger Layouts

I made this widget at MyFlashFetish.com.

zikrullah n doa

Rabu, 9 Mac 2011

AURAT WANITA MENGIKUT MAZHAB













Assalamu'alaikum wbt..ada sahabat saya yang bertanya..antara bahagian-bahagian aurat pada wanita, yang mana satu perlu ditutup (dijaga) dan mana satu bukan dikategorikan sebagai aurat. Sebagai contoh, dari hukum yang biasa didengar dan menjadi pegangan, seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali pada bahagian muka dan tapak tangan (yang biasa digunapakai di Malaysia - Mazhab Syafi'e)



Namun begitu, ada di antara kita yang keliru dengan pendapat ini berikutan ilmu yang dibawa balik oleh ustaz2 yang mengajar mereka menggunakan pendekatan mazhab yang berlainan. Berikut merupakan secara ringkasanya pendapat 4 mazhab utama mengenai aurat wanita terhadap lelaki anjabi:



Mazhab Malikiyah

Semua badannya, kecuali muka dan dua tapak tangan. Mubah (harus) didedahkan muka dan dua tapak tangannya di jalan dan di hadapan lelaki ajnabi,tetapi dengan syarat aman daripada fitnah. Jika ditakuti fitnah, maka wajib ditutup.
Aurat dibahagikan kepada dua (1) Mukhaffafah (2) Mughallazah. 

Mukhaffafah ialah dada yang bertentang dengan dada dari belakang, dua tangan dan dua kaki selain dari anggota-anggota tersebut adalah aurat mughallazah. Pembahagian ini dibuat berkaitan dengan hukum sembahyang ketika terbuka aurat-aurat tersebut itu.


Mazhab Hambali

Aurat perempuan seluruh badannya kecuali muka dan dua tapak tangannya di mana ke dua-dua anggota itu terdapat khilaf padanya sama ada aurat atau bukan aurat.

Ada dua qawl (pendapat):

1. Semua badannya kecuali muka dan dua tapak tangan. Muka dan dua tapak tangannya halal dilihat lelaki ajnabi, jika aman daripada fitnah. Tetapi wajib ditutup sekiranya ditakuti mendatangkan fitnah.
2. Semua badannya, tanpa kecuali. Ini berdasarkan kepada satu riwayat daripada Iman Ahmad dan inilah qawl yang paling sahih.

Di dalam zaman sekarang ini yang banyak memerlukan tenaga wanita di luar rumah maka pendapat yang mengatakan muka dan dua tapak tangan itu bukan aurat adalah difikirkan munasabah kerana “ hajat “. Hajat itu umpama menuntut ilmu, memberi ilmu, mencari nafkah menampung saran hidup, menunai kewajipan yang khusus dengan wanita atau kerana pertunangan atau menjadi saksi atau lain-lain yang tiada dapat tiada dibuka mukanya atau kerana mengelak dari kepayahan/kesusahan sekiranya tiada dibuka muka seperti untuk rawatan perubatan.

Mazhab Asy-Syafi’i

Ada dua qawl berdasarkan dua riwayat daripada Iman Shafi'iyy:

1. Semua badan, tiada kecuali. Inilah qawl yang paling sahih atau paling nyata atau mu'tamad, sebagaimana diterangkan oleh Ibnu Hajar al-Haytamiyy di dalam az-Zawajir dan al-Baydawiyy di dalam Tafsirnya dan juga para Ulama' Shafi'iyyah.

2. Semua badan, melainkan muka dan dua tapak tangan. Mubah (harus bukan wajib) didedahkan muka dan dua tapak tangan di hadapan lelaki ajnabi dengan syarat aman daripada fitnah. Wajib tutup muka dan dua tapak tangan itu bukan kerana ianya aurat, tetapi kerana menutup pintu fitnah dan fasad.

Seluruh badan kecuali di dalam sembahyang maka dikecualikan muka dan dua tapak tangan demikian juga ketika tawaf dan Imam Nawawi salah seorang ulama’ Syafie mengecualikan muka dan dua tapak tangan di dalam sembahyang dan di luar sembahyang.



Mazhab Hanafiyah

Aurat perempuan ( merdeka ) seluruh badannya termasuk rambut yang terhurai kecuali muka dan tapak tangan ( tapak dan belakangnya ) dan dua kaki di dalam sembahyang tetapi di luar sembahyang ia adalah aurat juga tiada boleh dilihat atau disentuh.

Berdasarkan dua riwayat daripada Iman Abu Hanifah:

1. Semua badan kecuali muka dan dua tapak tangan. Mubah di dedahkan muka dan dua tapak tangan di jalan dan di depan lelaki ajnabi dengan syarat aman dari fitnah. Jika ditakuti mendatangkan fitnah atau membawa kepada fasad,maka wajib ditutup.

2. Semua badannya, kecuali muka, dua tapak tangan dan dua qadam (iaitu tapak kaki) dan pergelangannya.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...