Blogger Layouts

I made this widget at MyFlashFetish.com.

zikrullah n doa

Khamis, 17 Februari 2011

MADAH UNTUK WANITA SOLEHAH

                                MADAH UNTUK WANITA SOLEHAH


insyaAllah                                    
                
Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini,
Keayuan wanita solehah itu tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah itu tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu bukan pada kemanisan bicaranya yang menggoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaan bermain lidah dan memujuk rayu,
Bukan dan tidak sama sekali pada kepetahan wanita solehah itu,
Juga bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama…
Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kehebatannya dalam ilmu
Serta pandangan dari segala aspek,
Hati mengatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai…
Wahai wanita,
Jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
Kerna suatu hari nanti ia akan lapuk ditelan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman agar diri sentiasa bersih dan mendapat rahmat ILAHI…
Wahai wanita,
Jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai,
Kerna ada lagi manusia yang berpengetahuan darimu,
Wahai wanita ,
Jangan pula berdukacita kerana kekuranganmu,
Kerna ada lagi insan yang lebih malang darimu,
Wahai wanita,
Jangan dirisaukan akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita
yang hanya kerana kecantikannya,
Bersyukurlah di atas apa yang ada,
Serta berusahalah demi keluarga,bangsa dan agama,
Salam perjuangan untuk sahabatku, wanita solehah…
`Jarang terhimpun pada seorang wanita itu sifat cantik,cerdik dan terdidik”
         

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...