Blogger Layouts

I made this widget at MyFlashFetish.com.

zikrullah n doa

Selasa, 1 Februari 2011

HUKUM MENYAMBUT HARI VALENTINE

Tarikh 14hb Februari merupakan hari yang dianggap keramat oleh pasangan-pasangan yang sedang berkasih. Hari yang dikenali sebagai Valentine’s Day atau Hari Memperingati Kekasih dianggap sebagai satu masa untuk mengisytiharkan ketulusan cinta kepada pasangan masing-masing. Maka pada 14hb Februari pasangan-pasangan kekasih ini akan memakai pakaian-pakaian yang terbaik dan sebaiknya hendaklah ia berwarna merah, bertukar-tukar hadiah dan seeloknya adalah bunga ros berwarna merah. Pasangan-pasangan kekasih ini juga akan bercanda di merata-rata tempat sehingga terjadilah adengan-adengan maksiat yang bertentangan dengan syarak demi untuk membuktikan kasih dan sayang mereka yang tidak ternilai harganya. Saban tahun juga para ulamak mengingatkan kepada umat Islam agar menghindari menyambut Hari Valentine ini namun ianya seperti menuang air ke daun keladi. Oleh itu penulis melihat begitu pentingnya untuk mengupas sejarah sambutan Hari Valentine ini agar ianya dapat menyedarkan muda-mudi kita yang hanyut di lautan cinta bahawa ianya adalah sambutan yang berkaitan dengan agama Rom Kuno dan juga Kristian. Hari Valentine tidak ada kena-mengena dengan umat Islam malah hukum menyambutnya adalah haram.


SEJARAH SAMBUTAN HARI VALENTINE


Bila kita membicarakan tentang sejarah sambutan hari Valentine maka kita akan dapati bahawa terdapat 4 pendapat berkaitan dengannya.


Ø Pendapat pertama mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13hb hingga 18hb Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata. Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun. Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih 2 pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu. Setelah itu akan di adakan perarakan besar-besaran yang diketuai 2 pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ianya akan menambahkan kesuburan mereka.


Ø Pendapat kedua mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat 2 versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini.


Versi pertama. Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II. Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. Pengorban yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan ‘From your Valentine’ (Daripada Valentinemu). Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.


Versi kedua. Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin. Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M.


Ø Pendapat ketiga. Ia dirayakan sempena kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang telah memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.


Ø Pendapat keempat. menyatakan sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris.


Disini kita dapat melihat dengan jelas bahawa asal-usul sambutan Hari Valentine ini tidak ada hubung-kaitnya dengan budaya serta agama bagi umat Islam.




Hukum Menyambut Hari Valentine


Sebagaimana yang telah termaktub di dalam al-Qur’an dan al-Sunnah dan disepakati oleh generasi awal umat Islam hari kebesaran bagi umat Islam yang mana disyariatkan bagi kita menyambutnya hanyalah Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Ini sebagaimana yang firman Allah S.W.T.:


Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus. – al-Hajj : 67


Anas bin Malik r.a berkata: Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” - Hadis riwayat al-Nasaai, no: 959.


Oleh itu hendaklah umat Islam hanya membataskan diri dengan menyambut hari-hari perayaan yang diiktiraf oleh Allah dan Rasul-Nya khusus untuk umat Islam. Setelah berakhir zaman salafussoleh iaitu 3 kurun terbaik bagi umat Islam, pelbagai hari perayaan telah ditambah ke dalam kalendar umat Islam seperti Mawlid al-Rasul, Israk Mikraj, Maal Hijrah, Nuzul al-Qur’an dan lain-lain lagi. Namun demikian apa yang mendukacitakan adalah umat Islam pada zaman kini telah mula merayakan hari-hari perayaan yang langsung tidak berkaitan dengan umat Islam malah ianya berasal dari budaya serta agama golongan yang ingkar kepada perintah Allah S.W.T. seperti sambutan Tahun Baru Masehi, Hari Halloween dan juga Hari Valentine yang sedang kita perbincangkan ini. Terdapat larangan daripada baginda s.a.w. untuk meniru budaya orang bukan Islam dan bagi mereka yang meniru budaya seperti ini ditakuti mereka akan tergolong bersama dalam golongan tersebut. Sabdanya: Barangsiapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka. - Hadis riwayat Imam Abu Dawud, hadis no: 3512.


Tambahan pula sambutan Hari Valentine ini merupakan satu upacara yang berhubung-kait dengan agama Rom Kuno dan juga Kristian sebagaimana yang telah penulis paparkan sebelum ini. Justeru itu bagi mereka yang menyambut hari tersebut ditakuti dia tergolong dalam ke dua golongan tersebut sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. di atas. Apabila seseorang itu merayakannya bermaksud untuk mengenang kembali peristiwa kematian St. Valentine maka tidak disangsikan lagi bahawa perbuatan tersebut boleh menyebabkan pelakunya terkeluar dari agama Islam. Apabila dia tidak bermaksud sedemikian dan menyambut Hari Valentine sekadar untuk bersuka-ria maka dia sebenarnya telah melakukan suatu kemungkaran yang besar kerana sambutan hari tersebut menyerupai perbuatan golongan yang durhaka kepada Allah S.W.T.. Tambahan pula sambutan Hari Valentine ini turut diikuti dengan perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan syarak seperti pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan, membuang masa dengan berpeleseran ke tempat-tempat yang tak tentu hala malah mencurigakan dan membazir wang dengan memberi hadiah yang mahal-mahal. Tentang hukum menyambut Hari Valentine, Syaikh al-‘Utsaimin berkata: “Maka bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar.”


Tidak dapat dinafikan pergaulan bebas ketika sambutan Hari Valentine ini membuka pintu perzinaan sedangkan Allah s.w.t. memerintahkan kita untuk menutup segala ruang yang boleh menyebabkan terjadinya perzinaan. Firman-Nya: Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). – al-Israa’ : 32


Sebagaimana yang telah dilaporkan dalam akhbar Utusan Malaysia pada 10 Februari 2007, Pengasas Pusat Kebahagiaan Wanita dan Remaja (Kewaja), Yahaya Mohamed Yusof telah menegaskan bahawa kes remaja hamil anak luar nikah meningkat pada akhir Februari dan awal Mac. Beliau berkata: “Sebahagian besar remaja yang ditempatkan di Kewaja mengadu mereka lupa diri ketika menyambut Hari Memperingati Kekasih atau Valentine’s Day. Mereka keluar berpasangan dan berpesta sehingga larut malam, kemudian mengambil pil khayal hingga tidak sedar terlanjur lalu hamil.”


Harus kita ingat bahawa golongan yang memusuhi Islam, akan sentiasa berusaha menanamkan benih-benih kesesatan dalam jiwa umat Islam supaya mereka jauh dari jalan yang lurus lagi diredhai Allah S.W.T.. Firman-Nya: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar)". –Al-Baqarah (2) : 120


Oleh itu mereka mempopularkan sambutan Hari Valentine ini di negara-negara Islam dan menampakkan sambutannya sebagai satu perkara yang begitu romantis serta indah bagi pasangan-pasangan yang ingin membuktikan perasaan cinta mereka. Inilah sebenarnya sikap syaitan yang sentiasa berusaha untuk menyadur perbuatan maksiat agar kelihatan seperti satu perkara yang baik dan diamalkan oleh manusia tanpa rasa berdosa. Firman-Nya Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik". – al-Hijr (15) : 39-40


Bersandarkan kepada hujah-hujah di atas maka para ulamak telah merumuskan bahawa sambutan Hari Valentine adalah diharamkan bagi seluruh umat Islam. Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam”.


Justeru itu hendaklah pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya untuk menghalang budaya golongan yang ingkar kepada Allah ini dari diamalkan oleh umat Islam di Malaysia. Media Massa sepatutnya dihalang dari memasyhurkan sambutan Hari Valentine ini kepada umat Islam. Sebagai gantian media massa perlu digunakan untuk menyebarkan fatwa-fatwa para ulamak yang mengharamkan sambutan Hari Valentine.

Wahai Adam...

assalamualaikum.. Harap dapat hayati.. dan ambil iktibar dan tindakan!!

surat cinta buat adam..

Adam, 
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu
Sesungguhnya aku adalah Hawa
Temanmu yang kau pinta semasa di syurga dahulu
Aku asalnya dari tulang rusukmu yg bengkokmu
Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mahu terpesong dr landasan
Kerana aku buruan Syaitan..

 
Adam
Maha Suci ALLAH yang mentakdirkan
Kaumku lebih ramai dari kaummu di akhir zaman
Itulah sebenarnya kelebihan ALLAH dalam urusanNYA
Jika bilangan kaummu melebihi kaumku
Nescaya akan merahlah dunia kerana darah manusia
Kacau bilaulah suasana
Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa
Buktinya cukup nyata dr peristiwa Qabil dan Habil
Sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya
Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang2 ALLAH
Yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu
tapi tidak lebih dari 4 pada satu waktu...

 
Adam
Bukan kerana ramainya isterimu yg membimbangkan aku
bukan kerana sedikitnya bilanganmu yg merunsingkan aku
Tapi.... aku risau, gundah gulana menyaksikan tingkahmu
Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu
Namun... terasa berat pula untukku menyatakan isi perkara...
 

Adam
Aku tahu bahawa dalam al-Quran ada ayat yg menyatakan
kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita
Kau diberi amanah utk mendidik aku
Kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku
Memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa di dalam redha Tuhanku dan Tuhanmu
Tapi Adam
nyata dan rata2 apa yg sudah terjadi pada kaumku kini
Aku dan kumku ramai yg telah menderhakaimu
Ramai yg telah menyimpang dari jalan yg ditetapkan
Asalnya ALLAh mengkehendaki aku tinggal tetap di rumah
Di jalan2, di pasar2, di bandar2 bukan tempatku
Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup
dari hujung kaki sampai hujung rambut
Tapi.... realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnye
Adam... Mengapa kau biarkan aku begini?
Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu
Aku ibu dan guru kepada anak2mu
Tapi skrg di waktu yg sama, aku ke muka menguruskan hal negara,
aku ke hutan memikul senjata
Padahal kau duduk saja
Ada di antara kau yg menganggur tiada kerja
Kau perhatikan saja akupanjat tangga di pejabat bomba
Kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara
Apakah kau tidak lagi seperti dulu?
Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku??

 
Adam...
Marahkah kau jika kukatakan andainya Hwa terpesong,
Maka Adam yg patut tanggung!!
kenapa? Mengapa begitu Adam?
Ya! Ramai org berkata jika anak jahat ibu bapa tak pandai didik,
Jika murid bodoh, guru yg tidak pandai mengajar!
Adam, Kau selalu berkata
Hawa memang degil, tak mahu dengar kata
Tak mudah makan anasihat, kepala batu, pada hematku yg dhaif ini.
 

Adam, 
Seharusnya kau tanya dirimu,apakah didikanmu terhadapku
sama seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri2nya?
Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?
 

Adam
Kau sebenarnya IMAM dan aku adalah makmummu
Aku adalah pengikut2mu
Kerana kau adalah ketua
Jika kau benar, maka benarlah aku
Jika kau lalai, lalailah aku
Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu
Akalmu sembilan nafsumu satu
Aku.... akalku satu nafsuku beribu !!
Dari itu Adam, pimpinlah tgnku, kerana aku sering lupa dan lalai
Sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu2nya
Bimbinglah daku untuk menyelami klaimah ALLAH
Perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku
Tiuplah roh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi Mujahidah kekasih ALLAH..
 

Adam
Seandainya aku masih lalai dengan karenahmu sendiri
Masih segan mengikut langkah para sahabat
Masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah
Dunia ini akan hancur bila kaumku yg memerintah...
Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri
dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu ......
 

# anggaplah surat ini adalah daripada adik prmpuan antum, gf [sape yg ada]<-- maneleh bercouple dalam ISLAM maa, kakak, ibu atau sesiapa yg ada kaitan dgn antum.. KAMI perlukan bimbingan anda dalam melayari hidup ini.. wallahua'lam,wassa<

Firman ALLAH :
Katakanlah, sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya itu tetap akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan yang Maha Mengetahui segala yang tersembunyi dan yang nyata, maka Dia akan memberitahu kamu apa yang pernah kamu lakukan. [Al-Jumu'ah:8]
Ukhwah fillah endless !! 
 

Selasa, 18 Januari 2011

Berpurdah..Biar Bernilai Solehah



Ramai wanita yang mengimpikan diri dinobat wanita solehah, tapi malang dalam ia mencari solehah ia tersilap langkah.Sedang ia berusaha memperbaiki diri sendiri, tanpa disedari ia sedang melumurkan najis pada hati sendiri.Kadang-kala hati bergelora inginkan perubahan, namun malangnya kerana kaki yang masih belum mahir berenang, akhirnya lemas di lautan dalam.Sebenarnya kenapakah anda berpurdah?cuba teliti, mungkin ada salah satu jawapan dibawah :

Mungkin kalian ingin menunjukkan pada orang lain bahawa kalian adalah solehah
Mungkin kalian ingin menawan hati lelaki yang beriman
Mungkin ingin dianggap sebagai seorang seorang gadis cantik, kerana kebiasaannya wanita berpurdah di kaitkan dengan seorang yang berwajah cantik
Mungkin ingin lebih menonjol berbanding kawan-kawan  yang tidak berpurdah
Atau mungkin juga hanya kerana takut dirogol

Andaikata salah satu jawapan diatas adalah selari dengan apa yang tersemai di hati kalian, tahniah! kerana nafsu kalian telah berjaya menumpaskan iman.

Solehah Bukan Di Mata

Lelaki bukan memandang solehah seorang wanita pada purdah yang dipakai, atau labuhnya jubah yang digandal.Namun solehah itu terletak pada hati.Ramai dikalangan wanita yang memakai purdah, tetapi apabila berbicara dengan lelaki, MasyaAllah! jauh sekali dengan penampilan, hanya indah khabar dari rupa, hidup hanya untuk sedap di pandang mata.Sahabat, bukan begitu caranya mejadi wanita solehah.

Tak kurang juga yang memakai sarung lengan, sepatutnya bila kalian memakainya, cubalah kalian sembunyikan menggunakan lengan baju dengan semampunya.Inikan tidak, lengan baju yang elok kalian sinsingkannya(lipatkan untuk menampakkan sarung lengan).Untuk apa?untuk menunjuk-nunjuk?.Kalau begitu sama sahaja kalian dengan Mami Jarum yang suka menunjukkan perhiasannya.Dan kalian akan bersama-sama golongan seperti mereka menghirup azab api neraka.

Bukanlah bermakna saya menafikan kebaikan berpurdah atau tidak menyukainya, namun peringatan agar dalam melakukan sesuatu keharusan kita tidak menambahkan lagi dosa.Biarlah sucinya hati itu sesuci pakaian yang ada di tubuhnya, walaupun kita mengerti bahawa begitu sukar untuk mendapatkannya, tapi kita mesti teruskan usaha.Sesungguhnya Allah senantiasa bersama sangkaan hambanya.

Ikhlas Menutup Pintu Fitnah, 

Pemakaian purdah sebenarnya bertujuan untuk menutup pintu fitnah, bukan menambahkan lagi kuantiti wanita yang bergelar solehah hanya di wajah.Sekalipun kalian berpurdah, belum tentu kalian memakainya semata-mata kerana Allah,renungkanlah apakah sikap dan sifat  di bawah adalah kelakuan kalian :

Suka mengupload gambar berpurdah/berpenampilan solehah di Facebook
Menampakah wajah tanpa purdah kepada lelaki muhrim yang dicintai melalui Yahoo Mesengger atau sebagainya
Memakai purdah hanya di tempat-tempat tertentu
Memberikan gambar yang berpenampilan solehah kepada lelaki muhrim

Andaikata salah satu atau lebih daripada ciri-ciri yang saya berikan adalah wujud dalam diri kalian, maka muhasabahlah dan bertaubatlah kepada Allah memohon keampunan.Sesungguhnya mereka yang berpurdah itu hakikatnya mereka ingin menutup pintu fitnah pada diri mereka, tidak ingin dilihat oleh lelaki sekalipun wajah itu adalah ruangan halal untuk di zahirkan.Apatah lagi untuk dikongsi-kongsikan.Saya sebagai lelaki tahu untuk memikirkan, kenapakah kalian tidak pernah terfikir di benak fikiran?



Maksiat Di Sebalik Tudung

Fenomena yang tidak asing lagi mewarnai wanita bertudung, ada sebahagian wanita yang mengambil kesempatan bertudung untuk melindungi dirinya daripada disangka buruk bila bersama-sama dengan lelaki, sehingga tudung itulah yang dijadikan penutup wajah lelaki yang bersembunyi di sebalik tudungnya, membenarkan teman lelaki memuaskan nafsu serakahnya, bahkan ada yang jadikan tudung sebagai pakaian untuk mengaburkan mata manusia daripada mengetahui bahawa ia sedang hamilkan anak luar nikah.Kalau pakai tudung, orang takkan nampak ada dua tangan jantan yang sedang memegang "tombol" api neraka di badannya.Wanita inilah yang menodai kesucian mereka yang benar-benar memakainya kerana mematuhi syariat Allah.Demikianlah wanita yang bergelar calon ahli neraka yang akan menerima azab siksaan hari akhirat nanti.Ambillah nasihat yang baik daripada bicaraku ini.

“Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan orang-orang yang menyucikan diri” (Al-Baqarah [2]: ayat 222)

Sabtu, 15 Januari 2011

Zinnirah: Matanya Buta Hatinya Celik

  ~ZINNIRAH~ 
                                                                                                                                                     
   Zinnirah,wanita yg tdak mempunyai degri,tidak terkenal,tidak mempunyai harta apalagi memiliki pangkat besar.Tetapi,Allah telah memberi penghormatan kepadanya kerana pengorbanannya yg begitu hebat.

   Zinnirah,seorang wanita suci ,mempunyai akidah tauhid yg begitu menebal dlm jiwanya.Biarpun fizikalnya diseksa dgn berbagai kesakitan,penderitaan dan kesusahan tetapi hatinya tetap dengan Allah.Dia menerima penyeksaan itu dgn redha dan tenang walaupun seluruh tubuhnya hancur akibat pukulan demi pukulan,sepakan demi sepakan,hantukan demi hantukan.Tapi demi Islam,demi Allah,Zinnirah tdak akan menyerah kalah.

   Jiwa tauhid telah menebal dlm dirinya,tdak ada satu pun yg memberi bekas melainkan Allahlah yg berkuasa.Sekalipun dilonggokkan emas sebesar gunung Uhud dia tdak akan menukarkan akidah yg telah bertunjang di hatinya.

   Dia merupakan seorang wanita yg nmpak lemah fizikalnya tapi sebenarnya dia mempunyai jiwa yg kuat.Biarpun ujian datang bertubi-tubi,bahkan penderitaan yg diterima itu sebenarnya mematangkan lagi jiwanya,menguatkan lagi akalnya dan  menambahkan lagi keyakinan dan cintanya  pada kesucian agama Islam.

   Penderitaan yg diterimanya itu menambahkan lagi rasa cintanya pada Allah.Semakin banyak sujudnya,semakin deras air mata yg mengalir di pipinya.Itulah  Zinnirah,wanita yg mendapat pimpinan dan kasih sayang Allah.

   Menurut riwawat silam, Zinnirah adalah diantara orang yg awal memeluk Islam.Zinnirah menerima berbagai penderitaan, kecaman kata nista dan berbagai penindasan.Beliau yg berketurunan Rom telah ditawan  dan dijual di Kota Mekah.Umar membelinya dengan harga yg murah dan kini menjadi hamba Umar sekaligus menjadi orang tawanan Umar.

   Islam pada awalnya dijalankan dlm keadaan sembunyi-sembunyi.Ketika itu,Rasulullah berdakwah hanya untuk kaum keluarganya.Zinnirah cuba menyembunyikan pengIslamannya sebab dia bimbang kalau-kalau diketahui Umar.Dia bersembahyang,membaca Quran,atau apa sahaja ibadahnya yg lain dilakukan ketika orang lain tiada di rumah atau di waktu tengah malam ketika orang lain sedang nyenyak tidur.Maka di waktu itulah  dia sujud pada Allah,membaca Quran dan bila tiba pada ayat tentang dahsyatnya api neraka maka dia menangis hingga pengsan.

   Rahsia yang cuba disembunyikan itu akhirnya diketahui musuh.Umar dengan perasaan bengis segera mendapatkan hambanya.Sebelum ini, Umar juga mengesyaki Zinnirah telah bertukar agama kerana telah dilihatnya banyak perubahan pada Zinnirah.

   Sebelum Umar memeluk agama Islam,beliau terkenal sebagai orang paling kejam,bengis,ganas,garang dan sebagainya.Menurut sebuah riwayat Umar telah menyeksa 11 orang hambanya kerana memeluk agama Islam.Umar juga telah membunuh anaknya sendiri kerana benci dan merasa rendah diri  mendapat anak perempuan.Tetapi apabila beliau telah memeluk Islam,segala sifat buruknya telah ditukar dngan sifat2 terpuji.

   Zinnirah telah ditampar,ditendang,diikat kedua belah kaki dan tangan dan dijemur di tengah panas mentari.

   Tetapi,semua itu tidak sedikitpun memberi bekas di hati Zinnirah.Bibirnya yg merekah kerana lapar dan dahaga itu masih mampu menguntum senyuman,hatinya tidak putus-putus mengucapkan:
"Allah.Allah,Allah,Allahu Akbar, Allahlah Yang Maha Besar."
Dan hatinya berbisik,"Ini untuk-Mu ,Wahai Tuhan,aku membeli kesusahan untuk kesenangan di akhirat kelak..Perjuangan ini memang berat,selalu menderita dan sengsara kerana aku sedar untuk mendapatkan syurga terpaksa menagih ujian berat...sedangkan neraka itu ribuan nikmat."


   Kemuncak penyeksaan yg diterima oleh Zinnirah ialah matanya telah dicucuk dengan besi tajam dan akhirnya gelaplah seluruh pandangannya.Hatinya berbisik lagi:"Tuhan,walaupun aku dibunuh  sekalipun aku rela dari menjual agama -Mu ini Tuhan,makin aku diuji makin terasa kehebatan,keagungan-Mu Tuhan.Cuma satu sahaja permintaanku berilah petunjuk kpd orang yg menyeksaku ini."

   Dia tetap sabar walaupun buta melihat alam maya tetapi hatinya tidak buta untuk menerima cahaya kebenaran Islam.Pandangan hati boleh menembusi pandangan zahir.

   Apabila melihat keadaan Zinnirah,orang-orang Quraisy cuba mempermain-mainkannya.Mereka mengatakan Zinnirah buta kerana laknat Tuhan mereka,Latta dan Uzza.Zinnirah menolak penghinaan itu dan baginya Latta dan Uzza sedikitpun tidak ada kena mengena.Dan Zinnirah cuba meyakinkan  mereka bahawa buta ini  datangnya dari Allah dan Allahlah yg berkuasa untuk mengembalikan pancainderanya seperti biasa.

  Orang-orang Quraisy mencabar Zinnirah kerana mempertahankan dirinya.Zinnirah dengan yakin tetap mengatakan Allah sebenarnya menentukan dia buta hasil perbuatan Umar.Maka turunlah ayat Quran yang memuji sikap Zinnirah itu yg disampaikan melalui Rasulullah.Umar berhenti menyeksa kerana bosan dengan ketabahan hatinya,walaupun diseksa dengan berbagai rupa tapi keyakinannya tidak sedikitpun berubah.Malah semakin kuat penyeksaan yg dilakukan semakin kuat pautan hatinya pada Allah.

   Allah memberi karamah kepadanya,mata yg buta telah diganti dengan mata yg lebih baik.Dia dapat melihat seperti biasa ,lebih terang dari matanya yg asal.Bahkan sinaran matanya menyilau pandangan orang-orang Quraisy.Begitulah pertolongan Allah kepadanya bagi menguatkan lagi keimanannya.Saidina Abu Bakar datang menyelamatkan Zinnirah dengan membelinya dengan harga yg tinggi.Dan akhirnya selamatlah dia dari penindasan orang-orang kafir.

**Hatinya dipimpin oleh Allah,setiap tutur katanya,perbuatannya bahkan tingkah lakunya adalah benar-benar terpimpin.Kemerdekaan jiwa inilah yang diperoleh oleh Zinnirah,wanita yg tidak terkenal di dunia tetapi terkenal di langit.**

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...